"Apa syaratnya?" tanya Qaseh."Syarat dia......."balas Amsyar tergantung lalu memandang ke arah Qaseh..
"Ye? Syarat dia??" tanya Qaseh tertunggu-tunggu.
"Syarat dia...awak kena kahwin dengan saya." balas Amsyar laju. Qaseh terkejut dan dia menunduk malu.
"Awak sudi tak?" tanya Amsyar.
"Hari tu kan...saya dah jawab?" balas Qaseh masih menundukkan kepalanya.
"Tu hari tu. Ni hari ni cik Qaseh Sophia." kata Amsyar.
"I-iye. Saya sudi." balas Qaseh malu.
"Apa dia Qaseh? Kuat sikit? Saya tak dengar lah?" tanya Amsyar ingin mengusik.
"Ish, awak ni! Ye, saya sudi. Suka buat saya malu." balas Qaseh sedikit geram lalu menutup mukanya dengan tangan. Amsyar ketawa perlahan melihat telatah wanita dihadapannya itu.
"Kalau macam tu....akhir bulan ni, tunggu pinangan saya." kata Amsyar lagi lalu pergi meninggalkan Qaseh dan menuju kearah adiknya, Aina yang hanya menjadi pemerhati sejak dari tadi. Amsyar tak lekang dari senyuman nya semasa sedang menuju ke arah Aina.
"Macam mana abang? Okay?" tanya Aina. Amsyar tersenyum bahagia.
"Okay." balas Amsyar ceria.
"Alhamdulillah."
***********
Tokkk...tokkk...tokkk
"Assalamualaikum."seseorang memberi salam.
"Abang. Tengok siapa datang tu." jerit Aina dari dapur. Amsyar terus membuka pintu rumahnya.
"Waalaikumsalam wbt. Ye? Pak Cik cari siapa?" tanya Amsyar.
"Ni rumah Encik Zahirul Arman Amsyar dan Cik Zahirah Aina Asyura ke?" tanya lelaki tersebut.
"Ye saya. Tu nama saya dengan adik saya. Kenapa ye Pak Cik?"tanya Amsyar.
"Kamu, anak Zahirul Arsyam?"
"Ye, tu nama ayah kami."
"Ya Allah." kata lelaki tersebut lalu memeluk Amsyar.
"Pak cik? Kenapa ni? Pak cik ni siapa?" tanya Amsyar hairan.
"Ni Pak Long, sayang. Kamu tak ingat ke?" tanya lelaki tersebut.
"P-pak Long Arsyad?"balas Amsyar gagap.
"Ye, sayang, ni Pak Long Arsyad. Kamu ingat?"
"Pak Long!" peluk Amsyar kuat setelah mengingati Pak Long Arsyad nya.
"Jom masuk Pak Long. Aina ada dekat dapur." ajak Amsyar.
"Abang, siapa tu?" tanya Aina dari dapur.
"Adik, sini dik. Ada tetamu istimewa ni." panggil Amsyar.
"Siapa bang? Sekejab ye." balas Aina. Aina terus menyediakan air untuk tetamu nya. Setelah itu, dia membawa dulang berisi air tersebut ke ruang tamu.
"Ni airnya, Pak cik."kata Aina kekok. Lalu Aina mendekati Amsyar lalu berbisik.
"Siapa ni abang?" bisik Aina.
"Dik, ni lah Pak Long. Pak Long Arsyad. Adik ingat?"
"Pak Long Arsyad? Abang kepada arwah papa?"
"Ye, nak. Ni Pak Long, sayang."
"P-pak L-Long?" kata Aina lalu melutut dihadapan Pak Long nya.
"Ye, aina. Ni Pak Long." balas Pak Long Arsyad lalu memeluk Aina.
"Maafkan Pak Long sebab baru cari kamu berdua."
"Tak apa Pak Long. Kami dah biasa berdikari sejak nenek meninggal."balas Amsyar. Mereka terus berborak-borak..
"Pak Long. Mak Long tak ikut?"
"Mak Long tak ikut. Dia tunggu kamu berdua dirumah, nak. Dia rindukan kamu berdua. Nanti kamu datang lah kerumah Pak Long ye?" ajak Pak Long Arsyad.
"InshaAllah, Pak Long."
"Pak Long nak tanya kamu berdua boleh?"
"Tanya apa Pak Long?"
"Kamu berdua dah berkahwin?"
"Belum lagi. Tapi abang Amsyar akan berkahwin. InshaAllah."balas Aina bagi pihak abangnya.
"Betul ke ni, Amsyar?" tanya Pak Long.
"Ye, Pak Long. Hujung bulan ni saya nak hantar rombongan meminang." balas Amsyar tersenyum.
"Dah ada orang yang akan wakilkan pinangan tu?" tanya Pak Long lagi.
"Belum ada lagi. Masih mencari." balas Amsyar.
"Kalau macam tu, biar Pak Long dengan Mak Long wakilkan kamu? Boleh?"
"Betul ke ni Pak Long?" tanya Amsyar teruja.
"Betul, nak. Pak Long akan wakilkan kamu. Dan mulai saat ni, kamu berdua akan jadi tanggungjawab Pak Long."
"Terima kasih, Pak Long." balas Amsyar.
"Sama-sama, nak." balas Pak Long.
"Pak Long, makan dekat sini ye? Aina ada masak lebih."
"Baiklah. Terima kasih, ye?"
"Sama-sama."
YOU ARE READING
JANJI KU
ContoKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...