Murali dan Chin berasa sangat gembira kerana rakan yang mereka nanti-nantikan selama ini akhirnya kembali bersekolah semula. Muka mereka kembali ceria seperti selalu sewaktu mereka sentiasa bersama.
"Hai Amsyar. Gembira rasanya kami dapat bersama dengan awak lagi. Kami rindukan awak Amsyar." kata Chin.
"Betul tu Arman. Kami sangat merindui awak. Hari-hari kami rasa sunyi tanpa awak ada bersama kami." sambung Murali pula.
"Sudahlah Chin, Murali. Kan saya dah ada depan mata kamu berdua sekarang ni kan? Janganlah susah hati lagi ye. Saya janji tidak akan kemana-mana lagi tanpa kalian." pujuk Amsyar kepada dua sahabatnya itu.
"Eh, jom lah kita pergi kantin. Nanti kang tak sempat pula nak makan." ajak Amsyar.
"Jom." balas Murali dan Chin serentak.Jam ditangan menunjukkan tepat jam 1.30 petang. Amsyar pulang ke rumah bersama Murali dan Chin.
"Bye Amsyar." Murali dan Chin melambai tangan mereka kepada Amsyar.
"Bye korang." balas Amsyar.Semenjak dari hari pertama kembalinya Amsyar ke sekolah, dia sudah bertekad akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa pihak sekolah dan guru-gurunya yang banyak membantu dia dalam pelajaran. Amsyar juga kerap membuat study group bersama-sama dengan Murali dan Chin. Walaupun dia serba kekurangan, tidak seperti rakan-rakannya yang lain, itu tidak memberi sebarang halangan untuk dia teris berjaya kelak. Malah, orang yang berjaya kebanyakannya bukan orang-orang yang hidup senang mahupun hidup mewah. Tapi kebanyakkannya daripada orang yang hidup serba kekurangan dan mereka berjaya kerana mereka berusaha untuk merubah kehidupan masa silam mereka kepada yang lebih baik.
Sebulan sebelum Amsyar menduduki peperiksaan PT3, Amsyar telah dikejutkan dengan berita tentang guru kesayangannya, cikgu Hakimi, dimasukkan ke hospital kerana dipercayai menghidap penyakit jantung dan ketumbuhan dalam paru-parunya. Dia tidak sanggup kehilangan guru yang selama ini banyak memberi semangat kepadanya untuk menyambung pelajaran semula. Dia berasa sangat sedih dengan berita itu kerana selama gurunya mengajar di sekolah, tidak pernah kelihatan pun tanda-tanda yang gurunya itu menghidap penyakit kronik.
Selepas seminggu cikgu Hakimi berada di hospital, dia dibenarkan untuk pulang oleh doktor yang merawatnya kerana keadaanya sudah mulai stabil. Setelah Amsyar mendapat tahu tentang kepulangan guru kesayangannya itu, dia terus pergi melawat gurunya dirumah.
"Assalamualaikum." Amsyar memberi salam.
"Waalaikumsalam, oh kamu rupanya Amsyar. Silakan masuk Amsyar." pelawa cikgu Hakimi.
"Terima kasih, cikgu." Amsyar menjawab dan memulakan langkah untuk masuk ke dalam rumah cikgu Hakimi.
"Cikgu sihat?" tanya Amsyar.
"Cikgu sihat-sihat saja Amsyar. Kenapa Amsyar tanya cikgu macam ni?" tanya cikgu Hakimi kembali. Dia risau jika rahsia yang disimpan rapi selama ni akan terbongkar.
"Tak ada apa-apa cikgu. Em, cikgu. Boleh saya tanya sesuatu?"
"Boleh. Apa salahnya. Tanya lah."
"Sebenarnya saya ada dengar berita tentang cikgu. Saya dengar yang cikgu masuk hospital sebab cikgu sakit. Betul ke cikgu?" tanya Amsyar dengan riak wajah yang risau.
"Tak ada lah Amsyar. Siapa yang kata semua ni pada kamu? Cikgu sihat-sihat saja Amsyar. Kamu tengok muka cikgu ni ada nampak muka orang sakit ke? Tak ada kan?" balas cikgu Hakimi pula. Dia terpaksa menipu. Dia menuturkan kata dengan tenang untuk meyakinkan Amsyar.
"Oh yeke cikgu. Baguslah kalau macam tu. Lega saya dengar. Tapi kenapa cikgu cuti lama sangat?" tanya Amsyar kembali kerana terlalu banyak persoalan di mindanya.
"Cikgu cuti lama sebab cikgu balik kampung. Cikgu pergi melawat saudara-saudara cikgu dekat kampung. Sebab tu cikgu cuti lama." tipu cikgu Hakimi lagi.
"Oh. Maaf cikgu sebab saya ganggu cikgu petang-petang macam ni. Saya ridau dangat dekat cikgu." terang Amsyar
"Tidak mengapa Amsyar. Cikgu faham. Cikgu tak kisah pun."
"Okey lah cikgu. Kalau macam tu saya minta diri dulu ye cikgu." pamit Amsyar.
"Baiklah Amsyar. Baliklah dahulu. Nanti risau pula nenek kamu kalau kamu lambat balik nanti." nasihat cikgu Hakimi.
"Okey cikgu. Assalamualaikum."kata Amsyar dan menyalami tangan gurunya itu.
"Waalaikumsalam wbt." balas cikgu Hakimi. Dia memerhati kelibat Amsyar hingga hilang dari pandangan matanya.
"Maafkan cikgu Amsyar. Cikgu terpaksa." dialog cikgu Hakimi sendirian.Amsyar berasa lega setelah mengetahui keadaan gurunya. Dia juga turut berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Cikgu Hakimi banyak beri semangat dan dorongan kepada Amsyar untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan penuh ilmu di dada. Cikgu Hakimi juga sudah menganggap Amsyar seperti anak kandungnya sendiri.
YOU ARE READING
JANJI KU
Short StoryKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...