BAB 6-Kau Pergi Jua

121 4 0
                                    

"Apa? Tt...ttaakkk... Tak mungkin." kata Amsyar dan terus menangis. Amsyar terus menyerbu kembali bilik wad ICU itu dan terus berlari memeluk gurunya.
"Cikgu!!!" jerit Amsyar.
"A..Am...Amsyar. Jangan menangis Amsyar. Cikgu tak nak tengok kamu menangis." kata cikgu Hakimi dengan perlahan.
"Cikgu, jangan tinggalkan Amsyar. Amsyar sayangkan cikgu, Amsyar tak sanggup kehilangan cikgu."
"Amsyar, jangan macam ni. Cikgu pun sayangkan kamu juga. Cikgu dah anggap kamu macam anak kandung cikgu sendiri. Jangan menangis kerana cikgu, Amsyar." rayu cikgu Hakimi.
"Kalau cikgu sayang saya, kenapa cikgu tak berterus terang dengan saya? Kenapa perlu cikgu rahsiakan semua ni?" tanya Amsyar memerlukan jawapan.
"Maaf Amsyar. Cikgu terpaksa. Cikgu tak nak kamu terlalu memikirkan cikgu. Cikgu tak nak kerana cikgu, pelajaran kamu terabai. Cikgu tak nak kamu bersedih. Maafkan cikgu. Tolong relakan andai hari ni adalah pertemuan terakhir kita, Amsyar."jujur cikgu Hakimi.
"Cikgu, tolong jangan cakap macam tu." Amsyar merayu.
"Cikgu kena juga cakap pada kamu Amsyar. Waktu cikgu dah tak lama lagi. Cikgu dah tak sanggup nak tanggung sakit ni lagi." balas cikgu Hakimi untuk memujuk Amsyar. Amsyar terdiam. Mungkin dia perlu merelakan jua andai itu pertemuan terakhir mereka.
"Amsyar, boleh cikgu minta kamu berjanji dengan cikgu sesuatu?"sambung cikgu Hakimi lagi.
" Apa dia cikgu?" tanya Amsyar.
"Cikgu nak kamu berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya. Cikgu tak nak kamu bersedih kalau cikgu pergi meninggalkan dunia ni nanti." pesan cikgu Hakimi.
"Amsyar janji cikgu. Amsyar janji akan belajar bersungguh-sungguh." janji Amsyar.
"Cikgu senang mendengarnya Amsyar. Cikgu akan sentiasa mendoakan kamu." kata cikgu Hakimi.
"Terima kasih cikgu." balas Amsyar.

Tiba-tiba...
Tetttt........
"Doktor!!!!!"jerit Amsyar. Doktor berpusu-pusu masuk ke dalam wad cikgu Hakimi.
"Maaf adik, adik tolong keluar dulu." kata doktor Hazran. Amsyar terus keluar dari wad tersebut. Murali dan Chin tidak mampu bertanya apa-apa kepada Amsyar setelah melihat raut wajah Amsyar sebegitu.

Sebulan kemudian...
" Assalamualaikum, cikgu. Amsyar datang ni. Amsyar bawa nenek dengan Aina sekali." kata Amsyar. Dia kerap datang ke tanah perkuburan itu kerana rindunya kepada guru kesayangannya. Ya, Cikgu Hakimi sudah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya sebulan yang lalu.

Flashback
Doktor Hazran keluar dari wad ICU tersebut.
"Doktor, macam mana dengan cikgu kami?" tanya Murali.
"Cikgu kami okay saja kan doktor?" tanya Chin pula.
"Maaf, kami dah cuba lakukan yang terbaik, tapi Allah lebih sayangkan cikgu kalian. Dia dah pergi buat selama-lamanya sebentar tadi." kata Doktor Hazran. Amsyar, Murali dan Chin terkejut. Tapi mereka perlu menerima takdir tersebut.
"Dan Amsyar. Saya ada sesuatu amanat untuk kamu dari cikgu Hakimi." sambung Doktor Hazran lagi dan menghulurkan sesuatu dari dalam pegangannya kepada Amsyar.
"Cikgu Hakimi suruh saya sampaikan amanat ni bila dia dah hembuskan nafas yang terakhir." terang Doktor Hazran lagi.
"Terima kasih doktor." Amsyar menyambut huluran tersebut. Seutus surat bertulis namanya.
"Sama-sama." balas doktor Hazran dengan senyuman lantas berlalu meninggalkan mereka disitu. Amsyar terus duduk di bangku berdekatannya. Surat dibuka.

Kehadapan pelajar kesayanganku, Amsyar.

Waktu kamu membaca surat ini, pastinya cikgu sudah tiada lagi didunia ini. Ampunkan salah silap cikgu pada kamu selama ini. Cikgu tahu kamu sedang bersedih waktu ini. Jangan menangis sayang cikgu. Cikgu mohon. Walaupun cikgu dah tak ada, tapi cikgu sentiasa ada dihati kamu, sentiasa memerhatikan kamu. Cikgu doakan kamu berjaya dalam hidup kamu, didunia mahupun di akhirat. Jaga nenek dan adik kamu, Aina baik-baik. Jaga mereka dengan penuh kasih sayang. Bimbing mereka dan keluargamu kelak ke jalan yang benar. Jangan pernah tinggal solat, sentiasa ingat Allah, Amsyar. Cikgu harap kamu akan tunaikan janji kamu. Sampai disini saja penulisan cikgu. Cikgu sayang kamu, Amsyar. Ingat cikgu selalu dalam doamu.

Yang benar,
Hakimi bin Haridz
💜

End Flashback..

"Abang, jom balik." ajak Aina. Amsyar terkejut dengan sergahan adiknya tadi.
"Eh, ha. Jom balik." balas Amsyar dengan muka terkejutnya.

JANJI KUWhere stories live. Discover now