"Abang, jom balik." ajak Aina.
"Eh, ha. Jom." jawab Amsyar. Dia terus menyirami tanah kubur itu dengan air bunga. Diikuti Aina dan neneknya.
"Cikgu, Amsyar dengan Aina dan nenek balik dulu ye. Nanti bila ada masa kami datang menziarah cikgu lagi. Assalamualaikum, cikgu."pamit Amsyar.
Dua tahun selepas itu, Amsyar telah menyambung pelajaran nya di peringkat universiti. Oleh kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang, dia mendapat pelbagai tawaran sambung belajar di universiti yang berlainan, termasuk tawaram daripada universiti luar negara berserta tajaan. Kerana terlalu banyak sangat tawaran yang diterimanya, Amsyar mengambil masa untuk memilih tempat untuk nya menyambung pelajaran.
Atas nasihat dan dorongan serta semangat dari orang sekeliling, juga neneknya, dia memilih untuk menyambung pelajaran di luar negara, iaitu di Kota Paris. Dia ditawarkan kos kedoktoran dan mengambil masa yang lama untuk menamatkan pelajaran nya, iaitu 8 tahun.
Setelah 5 tahun dia disana, dia mendapat berita yang terlalu menyedihkan. Neneknya, Nek Jah pergi meninggalkan dia dan adiknya untuk selama-lamanya untuk menghadap Ilahi. Dia mengalami kemurungan hampir sebulan.
Atas nasihat orang ramai serta memikirkan adiknya, dia kembali kuat semula. Jika dia begitu, bagaimana pula dengan adiknya kelak?
Adiknya, Aina juga telah menyambung pelajarannya di UM dalam bidang yang sama dengannya.
Sepuluh tahun kemudian...
"Hai, Doktor Zahirul Arman Amsyar!" tegur seseorang dari arah belakang Amsyar. Amsyar memusingkan badannya 180 darjah untuk melihat orang yang memanggilnya tadi. Pemuda India itu tersenyum ke arah Amsyar sambil melihat Amsyar dari atas ke bawah. Amsyar mula cuak dengan penglihatan pemuda tersebut kepada dirinya.
'Eh, aku ada buat salah ke dekat dia? Asal dia tenung aku atas bawah lain macam je? Dia ni gay ke apa? Eh, bersangka baik Amsyar.'desis Amsyar dalam hatinya.
"Ya, saya. Cari siapa ye Encik?" tanya Amsyar kepada pemuda tersebut.
"Doktor tak kenal saya ke? Sampai hati Doktor." jawab pemuda itu dengan nada yang dibuat-buat merajuk. Amsyar hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.
'Siapa dia ni ya? Macam pernah tengok muka dia ni, tapi, siapa dia?' tanya Amsyar didalam hatinya.
"Maaf, saya tak boleh ingat siapa Encik. Maaf lagi sekali. Tapi, muka Encik macam saya pernah lihat dan jumpa sebelum ni." kata Amsyar memberitahu kebenarannya.
"Hahaha. Tak apa. Saya maafkan. Ni saya lah, Murali. Ingat saya lagi?"
"Oh, Murali." jawab Amsyar blur.
"Eh!!! Mu...Mur...Murali ke ni? Murali anak Kumar?" tanya Amsyar lagi bila otaknya mula berfungsi kembali.
"Ya, saya lah Murali, Amsyar." jawab Murali.
"Apa khabar bro? Muka dah lain lah, itu sebab lah saya tak kenal." tanya Amsyar sambil memeluk rakannya itu.
"Awak pun apa kurangnya. Bertambah handsome dah sekarang. Dah jadi Doktor Zahirul dah. Smart." jawab Murali dengan mengangkat 'thumbs up' kepada Amsyar.
"Ada-ada saja awak ni Murali. Eh, mana Chin?" tanya Amsyar setelah perasan ketiadaan sahabat nya yang lagi satu itu.
"Chin tak dapat datang sekarang, ada meeting. Almaklum, CEO syarikat lah katakan." terang Murali lagi.
"Chin? CEO? Wah, dah jadi CEO kawan kita sorang tu. By the way, awak kerja apa Murali?" tanya Amsyar lagi.
"Saya kerja biasa je. Buat kerja-kerja berkaitan syarikat juga, tapi orang bawahan saya yang uruskan kedai, saya uruskan syarikat je. Bila perlu je saya turun ke kedai tu. Lebih kurang dengan, apa tu orang panggil, Businessman? Ha, macam tu lah."
"Businessman? Wow!! Dekat 10 tahun kita tak jumpa, masing-masing pun dah ada kerjaya tersendiri. Seriously terkejut!!" terjerit Amsyar. Tak sangka rakan-rakannya semua dah kerja besar. Ada nurse berdekatan dan orang lalu-lalang yang melihat ke arah mereka sambil tersenyum.
"Maaf, jumpa kawan lama macam ni lah jadinya." kata Amsyar menutup malu.
"Tak apa doktor. Kami faham." balas nurse tersebut sambil bibir mengukirkan senyuman.
Mereka terus berbual selama beberapa minit. Mereka berkongsi cerita masing-masing pada waktu perpisahan mereka.
Satu jam berlalu dan Murali meminta diri untuk beredar kembali ke pejabatnya.
"Okey lah. Saya pergi dulu ye Doktor Zahirul. Hahaha." pamit Murali kepada Amsyar sambil tergelak.
"Hahaha, okey. Hati-hati drive Murali. Jumpa lagi lain hari. Bawa Chin sekali." jawab Amsyar dengan tawanya.
"Alright, bro. No problem." kata Murali dan terus melangkah pergi.
Sesudah Murali hilang dari pandangannya, dia memusingkan badannya dan ingin pergi ke biliknya. Tiba-tiba...
"Abang!!!"
YOU ARE READING
JANJI KU
Short StoryKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...