"Qaseh. Qaseh. Qaseh." kata Amsyar dengan senyuman sentiasa terukir dibibir.
"Eh, kenapa aku asyik teringat dekat dia ni? Tapi....hmmmm.. Semakin cantik awak sekarang Qaseh." kata Amsyar lagi.
"Cik Qaseh Sophia, jujur saya kata, hati saya belum terbuka untuk sesiapa lagi. So, saya tak nak bagi apa-apa harapan dekat awak buat masa sekarang. Tapi, kalau antara kita ada jodoh, ada lah. Cuma buat masa sekarang saya belum bersedia lagi. Saya harap awak faham."
Masih teringat ayat yang pernah dia lontarkan pada Qaseh dulu.
'Ye, andai ada jodoh antara kita, kita akan tetap bersama.'desis hati Amsyar lagi.
*******
"Amsyar, bertambah kacak awak sekarang. Kalaulah awak jodoh saya....tak mungkin lah kan..mungkin awak dah berpunya sekarang kan.." kata Qaseh sendirian.
"Andai dia belum berpunya pun, nak ke dia dekat aku? Hmmm.. It's okay Qaseh, just move on okay. Kalau ada jodoh, ada lah."
"Mak Long, kenapa mak long cakap sorang-sorang?" tanya Qaleesya.
"Eh, Esya, tak ada apa lah. Saja je. Esya dah lama bangun?" tanya Qaseh kembali.
"Boleh tahan lama juga lah mak long." jawab Qaleesya.
"Errr.. Esya. Boleh mak long tanya sikit?"
"Pasal apa mak long?"
"Pasal Doktor Handsome?"
"Oh, kenapa dengan Doktor Handsome, mak long? Mak Long ada jumpa Doktor Handsome ke?"
"Saja je. Aah, mak long terjumpa dia masa dalam perjalanan nak datang jenguk Esya tadi. Tak sengaja berlanggar."
"Oh, yeke. Eh, mak long nak tanya apa?"
"Emmm.. Mak long nak tanya Esya. Doktor Handsome tu dah kahwin ke?"
"Hahaha, kahwin? Girlfriend pun tak ada lagi mak long. Macam mana dia nak kahwin?"
"Oh, bagus lah macam tu."
"Apa dia mak long?"
"Ha? Tak ada apa, tak ada apa."
"Mak long suka Doktor Handsome, eh?" usik Qaleesya.
"Eh, mana ada. Mak long saja je tanya." jawab Qaseh malu.
"Assalamualaikum." tiba-tiba ada yang memberi salam.
" Waalaikumsalam. "Jawab Qaseh dan Qaleesya.
" berborak apa tu? Macam best je? Boleh Doktor Handsome join?"tanya Amsyar.
"Tengah cerita pasal Doktor Handsome lah. Hehe." jawab Qaleesya laju. Qaseh hanya menjeling kearah Qaleesya.
'Jangan dia bocorkan rahsia sudah lah.'getus hati Qaseh.
"Cerita pasal Doktor? Pasal apa tu ye? Boleh Doktor tahu?" tanya Amsyar lalu memandang kearah Qaseh.
Dup...dap...dup...dap...
'Kenapa jantung aku ni lain macam sangat?' kata hati Qaseh.
'Kenapa jantung aku laju tetiba ni bila pandang Qaseh?' kata hati Amsyar pula.
"Sebenarnya......mak long....." kata Qaleesya perlahan-lahan..
"Ye? Sebenarnya??" tanya Amsyar ingin tahu selanjutnya.
"Sebenarnya, mak long suk-" sambung Qaleesya lagi, tapi mulutnya telah ditutup oleh Qaseh.
"Tak ada apa."kata Qaseh yang masih menutup mulut Qaleesya. Seminit kemudian, dia melepaskan mulut Qaleesya.
" oh, yeke tak ada apa?"tanya Amsyar lagi.
"Sebenarnya mak long suka dekat Doktor Handsome." kata Qaleesya laju. Amsyar tersentak. Qaseh terkelu. Masing-masing mendiamkan diri.
"Sa-saya ke-keluar sekejab." kata Qaseh ingin lari dari situasi tersebut.
"Qaseh.." panggil Amsyar. Qaleesya hanya memandang adegan romantik dihadapannya dengan teruja.
"I-iye?" balas Qaseh tanpa memandang kearah Amsyar.
"Betul ke apa yang Esya cakapkan tu?" tanya Amsyar lagi.
"Errr.. Tak ada lah. Dia main-main je tu." balas Qaseh lagi.
"Oh. Yeke. Emmm.. Tak apa lah kalau macam tu." balas Amsyar kecewa.
"Errr,, Amsyar."
"Ye?"
"Awakkk...marah?"
"Eh, tak ada lah. Kenapa pula saya nak marah?"
"Emm, saja je saya tanya."
"Oh, kalau macam tu, saya pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
****
"Mak long, kenapa tak jujur dengan Doktor Handsome?"
"Mak long tak bersedia lagi, Esya. Sebenarnya, dulu......" Qaseh menceritakan semua tentang dia dan Amsyar kepada Qaleesya.
"Oh, macam tu ke? Tak apa mak long. Esya tahu doktor Handsome pun suka dekat mak long. Esya dapat rasa Doktor Handsome sayang dekat mak long juga." kata Qaleesya.
"Jangan merepek lah Esya." kata Qaseh pula.
"Betul mak long."
'Esya kena tolong satukan dia orang ni. Esya yakin Doktor Handsome pun suka dekat mak long juga.'getus hati Qaleesya.
'Ya Allah, satukan lah mereka andai tertulis jodoh antara mereka berdua.'doa Qaleesya dalam hati.
YOU ARE READING
JANJI KU
Short StoryKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...