Bukkkk...
"Aduhhh!!!" kata mereka berdua serentak. Kedua-duanya jatuh menyembah lantai hospital itu.
"Maaf, maaf doktor. Saya tak perasan. Saya cari handphone saya dalam beg tadi, tak perasan doktor ada dekat depan saya." kata perempuan muda itu. Amsyar masih menundukkan kepalanya.
"Tak apa, tak apa cik. Salah saya juga tak tengok depan." balas Amsyar yang sedang membersihkan tangan dan bajunya yang berhabuk lantai itu.
"Doktor ada luka mana-mana ke? Maaf sangat-sangat doktor." kata perempuan muda itu lagi.
"Saya okay je cik...." kata-kata Amsyar terhenti seketika.
"Qaseh. Nama saya Qaseh." sambung Qaseh dengan kata-kata Amsyar.
"Oh, cik Qaseh. Tak ap...pa cc..cikk."balas Amsyar dengan tersekat-sekat setelah mengangkat wajahnya memandang Qaseh.
'Qaseh?'kata hati Amsyar.
'Amsyar?'kata hati Qaseh pula.
Flashback...5 tahun lalu...
"Amsyar. Nenek ada nak tanya kamu sesuatu ni. Boleh?"
"Apa dia nek? Tanya lah."
"Kamu dah ada calon? Kalau belum, nenek nak kenalkan kamu dengan seseorang."
"Belum ada sesapa pun nek. Amsyar tak fikir pun lagi ataupun tergerak nak suka pada sesiapa lagi setakat ni nek. Sampai masanya, Amsyar cari orang yang sesuai untuk Amsyar nanti.." balas Amsyar.
"Oh yeke. Kalau macam tu, tak apa lah. Kamu cuba jumpa dengan orangnya dulu boleh Amsyar? Kalau kamu yak nak dengan dia tak mengapa. Yang penting, jumpa je dengan dia. Sekali pun tak apa Amsyar."
"In sha Allah boleh nek. Bila?"
"Hujung minggu ni? Sebelum kamu balik Paris."
"Okay nek."
End flashback....
" Amsyar?" "Qaseh?" kata mereka serentak setelah mengecam wajah masing-masing.
"Awak.." "Awak.." kata mereka serentak lagi.
"Ladies first." kata Amsyar.
"Okay, thanks. Awak dah lama ke kerja sini?"
"Lama tu tak lama sangat lah. Dekat 2 tahun juga. Awak ada apa datang sini? Melawat siapa?"
"Oh, yeke. Saya datang sini jenguk anak adik saya, Qisya. Anak Qisya dekat sebulan dah masuk wad." balas Qaseh.
"Siapa anak Qisya? Mana tahu saya kenal ke? Sebab saya banyak juga handle pesakit kanak-kanak." tanya Amsyar.
"Anak Qisya, Qaleesya." balas Qaseh.
"Oh, Qaleesya. Eh, Qaleesya? Qaleesya Asyra binti Qalif?" tanya Amsyar lagi.
"Ye, Qaleesya. Awak kenal ke?" tanya Qaseh pula.
"Lebih dari kenal. Esya baru je lepas merajuk dengan saya sebab lama tak jenguk dia."
"Esya merajuk dengan awak? Maknanya..."
"Maknanya apa?" potong Amsyar.
'Tak kan aku nak jujur kot dengan dia?' desis hati Qaseh.
"Maknanya, awak lah yang Esya selalu sebut-sebut tu? Apa dia panggil ye? Doktor Handsome? Ha ye, Doktor Handsome. Tapi dia cakap nama doktor tu Doktor Zahirul. Nama awak Amsyar." kata Qaseh dengan keadaan kebingungan.
"Awak tak tahu ke?" tanya Amsyar.
"Tahu apa?" tanya Qaseh balik.
"Nama saya?" jawab Amsyar.
"Kenapa dengan nama awak?" tanya Qaseh blur.
"Nama saya Zahirul Arman Amsyar wahai cik Qaseh Sophia." kata Amsyar sambil menunjukkan tag namanya kepada Qaseh.
"Oh, iye. Saya lupa. Maafkan saya Amsyar." balas Qaseh malu.
"It's okay Qaseh." kata Amsyar.
"Hmm, okaylah Amsyar. Saya gerak dulu. Nanti kesian Esya sorang-sorang dalam bilik tu." kata Qaseh.
"Okay Qaseh. Sampai jumpa lagi nanti." balas Amsyar.
"Okay. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam wbt." jawab Amsyar. Mereka berlalu pergi dari tempat itu.
'Qaseh, tak sangka kita akan jumpa lagi. Semakin cantik awak sekarang.'desis hati Amsyar.
'Amsyar, siapa sangka orang yang dah pernah mencuri hati ini hanya dengan sekali pertemuan saja, ditakdirkan untuk kami bertemu kembali. Takdir Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Amsyar, andai awak tahu isi hati ini.' desis hati Qaseh pula.
YOU ARE READING
JANJI KU
القصة القصيرةKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...