6 bulan kemudian...
"Aina. Mana abang? Dah siap ke belum tu?" tanya Pak Long.
"Tak tahu lah Pak Long. Kejab Aina panggil kan." jawab Aina.
"Abang!! Dah siap belum??" panggil Aina.
"Ha, kejab, kejab. Abang nak turun ni." sahut Amsyar.
"Lambat betul Doktor Zahirul bersiap." ngomel Aina.
"Hehehe, maaf. Bukan selalu. Hari ni hari bahagia abang. So, kena lah betul-betul handsome, kemas."
"Dah-dah. Perasan lebih. Lambat nanti kang sampai sana. Tak nikah karang abang tu nanti."
"Eh adik. Jaga sikit mulut tu ha. Abang cili kang nanti. Tak pun jahit terus, senang." marah Amsyar.
"Ek-eleh, tau lah nak kahwin. Nak jahit mulut kita pula."
"Abis tu dah adik tu yang celupar sangat."
"Ala, gurau pun tak boleh."
"Apa gurau, gurau?"
"Eh kamu berdua ni. Dah, dah la tu gaduh. Mak long ikat juga dua-dua dekat pokok rambutan belakang tu nanti." bebel Mak Long.
"Abang ni ha."
"Eh, apa pula abang? Adik lah." marah Amsyar.
"Eeee, dasar singa lapar." marah Aina.
"Kucing manja!" balas Amsyar pula.
Mereka terus keluar rumah. Tetapi sambung gaduh semula di hadapan pintu. Bergaduh siapa nak keluar dulu.
"Eeee, abang ni. Tepi la, Aina nak keluar dulu."
"Tak ada, Abang keluar dulu."
"Aina lah!!!"
"Abang lah!!!"
"Eh, budak-budak. Apa lagi tu bergaduh nya? Nak kata budak kecil, dua-dua doktor. Yang sorang tunang orang. Sorang lagi nak nikah dah kejab lagi. Tapi perangai, kalah budak darjah satu kamu tahu." tegas Abang Shariq, iaitu abang sepupu mereka, anak Pak Long dan Mak Long.
"Biar Pak Long Mak Long keluar dulu." kata Pak Long.
"Maafkan kami Abang Riq." kata Amsyar.
"Ha, minta maaf sesama sendiri." kata Abang Riq lagi.
"Adik, abang minta maaf. Abang izinkan adik keluar lah dulu." kata Amsyar kepada Aina.
"Adik maafkan abang. Adik minta maaf juga. Tak apa, abang keluar lah dulu." balas Aina.
"Tak apa, adik keluar dulu."
"Tak apa, abang dulu."
"Adik!!"
"Abang!!!"
"Ya Allah budak-budak ni. Meh sini dua-dua. Abang hempukkan kepala dua-dua nanti, baru tahu." marah Shariq lagi.
"Okay-okay, adik cepat keluar." kata Amsyar.
"Ha, okay." balas Aina.
Setelah peperangan kecil yang berlaku antara Amsyar dan Aina itu, mereka terus bergerak ke dalam kereta untuk ke destinasi yang ingin dituju, iaitu masjid.
Amsyar hanya mendiamkan diri sahaja ditempat duduknya. Mana tak diam, nervous nak jadi suami orang!!
Setelah setengah jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di Masjid Jamek berdekatan rumah Qaseh.
"Am, sampai dah." tegur Shariq. Sunyi.
'Eh, tak jawab. Tidur ke budak ni?'getus hati Shariq.
"Am??" panggil Shariq lagi kerana tiada sahutan dari Amsyar.
'Tak sahut lagi, mata buka je dari tadi. Tak kan tidur mata celik?'
"Am!!!!" jerit Shariq lagi.
"Oh, ha abang Riq. Kenapa?" jawab Amsyar terkejut lalu menoleh ke luar kereta.
"Oh, dah sampai ke?" tanya Amsyar lagi.
"Tak lah, baru nak gerak. Ni berhenti sini sebab nak makan." jawab Shariq memerli juga bergurau dengan adik sepupunya itu. Dia lalu tersenyum sinis pada adik sepupunya itu.
"Makan? Kot ye pun nak perli, jangan lah bab makan. Lapar ni!" jawab Amsyar sambil tersenyum.
"Dah Am tu yang mengelamun jauh sangat. Abang panggil banyak kali pun tak jawab."
"Hehehe. Maaf bang. Nervous!"
"Ha, yelah. Dah cepat. Pak long dengan mak long dah masuk dah. Kang Am tak masuk, abang yang Salam tok kadi nanti." ugut Shariq.
"Eh, jangan lah bang. Okey-okey. Am masuk ni."
"Ha, tahu takut!"
Setelah itu, Amsyar terus masuk ke dalam masjid tersebut. Ramai orang yang datang untuk menyaksikan hari bahagia mereka.
Amsyar terus menuju kearah tok kadi, dan duduk dihadapan tok kadi. Tok kadi terus memulakan bicara.
"Dah tengok pengantin perempuannya?"
"Belum lagi."
"Ha, tengok sekarang."
"Oh, baiklah." Amsyar terus memandang sekilas kearah Qaseh. Qaseh juga turut memandang Amsyar yang sedang memandang nya.
'Ya Allah, adakah bidadari ini yang akan menjadi bidadari ku disyurgaMu nanti? Sungguh indah ciptaanMu'. Hati Amsyar berbicara.
'Sungguh lawa bakal imam ku Ya Allah. Biarkan dia menjadi imam ku hingga jannahMu.' kata hati Qaseh pula.
"Dah-dah, pandang sekejap je. Nanti boleh pandang lama-lama." usik tok kadi. Tetamu yang ada terus tergelak mendengar usikan tok kadi tersebut. Setelah itu, majlis diteruskan. Dan hanya dengan sekali lafaz, Qaseh bergelar isteri kepada Amsyar dan Amsyar bergelar suami kepada Qaseh, berwalikan ayah Qaseh sendiri.
'Terima kasih ya Allah, engkau telah menyatukan hati kami.' kata hati Qaseh.
Mereka melaksanakan solat sunat bersama-sama, dan selepas itu, mereka meneruskan majlis pembatalan air sembahyang.
Buat pertama kalinya, mereka bersentuhan dan bersalaman. Indahnya cinta selepas nikah.
Petang itu pula, majlis resepsi diadakan. Lebih kurang jam 5.30 petang majlis selesai.
InshaAllah, next chapter will be the last chapter for this story. Hope you guys enjoy this story. Sorry for late update. Much love 💜💜💜💜💜 for all the reader. Thanks for your support...
YOU ARE READING
JANJI KU
Short StoryKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...