Tiga minggu berlalu. Kini tiba lah masa yang cukup mendebarkan hati para pelajar tingkatan 3. Pada hari ini, mereka akan menghadapi peperiksaan PT3. Begitu juga dengan Amsyar dan rakan-rakannya. Mereka berasa sangat gementar pada saat ini kerana mereka akan mula masuk ke dalam dewan sebentar lagi. Amsyar cuba menenangkan dirinya.
Setelah seminggu mereka bertungkus-lumus menjawab soalan peperiksaan PT3 tersebut, akhirnya kini mereka sudah selesai menghadapi peperiksaan. Amsyar juga berusaha mencari kerja pada waktu cuti itu sementara menunggu keputusannya nanti.
Sebulan selepas itu, keputusan PT3 kini bakal diumumkan. Amsyar dan rakan-rakannya, Murali dan Chin pergi ke sekolah bersama-sama menaiki basikal. Setinanya disekolah, Amsyar berasa sangat takut untuk mengambil keputusannya. Badannya menjadi seram-seram sejuk semasa sedang menunggu gilirannya untuk mengambil keputusan. Setelah keputusan itu sudah berada di dalam genggaman tangannya, dia hanya memegang sahaja kertas tersebut. Hampir 5 minit berlalu, baru dia memberanikan diri untuk melihat keputusannya. Amsyar sangat-sangat terkejut dengan apa yang dia perolehi. Amsyar mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 8A. Dia juga telah mendapat anugerah pelajar cemerlang. Begitu juga dengan Murali dan Chin. Mereka bersama-sama menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar mereka untyuk mengucapkan terima kasih.
Amsyar rasa sedikit kecewa kerana orang yang dicari-carinya tidak hadir. Amsyar termenung sejenak.
"Amsyar!!!" jerkah Murali dari arah belakang.
"Eh, Murali. Terkejut saya." balas Amsyar dengan nada yang sangat terkejut.
"Hahaha. Maaf Amsyar buat awak terkejut. Kenapa awak termenung ni? Apa yang sedang kamu fikirkan? Ceria lah pada kami. Mana tahu kami boleh membantu."tanya Murali.
"Tak ada apa lah Murali. Saya cuma rasa sedih saja. Kenapa Cikgu Hakimi tak ada pada saat-saat macam ni?" rungut Amsyar.
"Janganlah bersedih seperti itu Amsyar. Marilah kita pergi cari cikgu Hakimi bersama. Mana tahu dia ada di rumah?" ajak Chin pula.
"Betul ke ni Chin?" tanya Amsyar dengan perasaan yang sangat teruja.
"Tak ada lah. Saya main-main je." balas Chin selamba. Dia sengaja mahu menguji Amsyar. Dan kelihatan wajah Amsyar sudah bertukar keruh.
"Hahaha. Saya gurau je. Jom lah kita pergi." ajak Chin semula.
"Terima kasih Chin, Murali." balas Amsyar dengan cerianya.
"Sama-sama. Jomlah kita gerak sekarang." ajak Murali pula.
"Jom."Mereka bergerak menaiki kereta ayah Chin. Setibanya dihadapan rumah cikgu Hakimi, tiba-tiba saja Amsyar rasa tidak sedap hati. Dadanya rasa sesak dan jantungnya berdegup laju. Dia cuba menenangkan hatinya.
Tok..Tok..Tok..
"Assalamualaikum, cikgu." Amsyar memberi salam. Manakala Murali dan Chin berdiri dibelakangnya.
"Macam tak ada orang je rumah ni?" kata Murali.
"Iyelah, sunyi saja rumah cikgu Hakimi ni." kata Chin pula.
"Kita cuba lagi." Amsyar pula berbicara.
"Assalamualaikum. Cikgu, oh cikgu Hakimi." Amsyar memberi salam sekali lagi.
"Hai, adik-adik bertiga. Cari cikgu Hakimi ke?"tanya seorang pemuda dari arah belakang mereka. Ketiga-tiga mereka terkejut dan kesemuanya menyentuh dada mereka akibat jantung mereka yang berdegup sangat laju.
"Ye abang. Abang tahu tak Cikgu Hakimi ada dekat mana?" tanya Amsyar kepada pemuda itu.
"Kamu semua tak tahu lagi ke?" tanya pemuda itu kembali.
"Tahu apa bang?" Amsyar menjadi bingung. Apa yang pemuda iti maksudkan? Dan apa yang dia tak tahu?
"Sebenarnya cikgu Hakimi telah dimasukkan ke hospital seminggu yang lalu. Apa yang saya dengar dari orang kampung, katanya penyakitnya semakin teruk. Sebab tu juga cikgu Hakimi ditahan dihospital. Dan mengikut kata doktor, pembedahan juga akan membahayakan nyawanya. Mungkin juga cikgu Hakimi tak akan bertahan lama lagi." terang pemuda itu kepada mereka. Mereka sangat terkejut dengan kenyataan yang baru mereka ketahui itu. Tanpa disedari, air mata mereka jatuh ke pipi.
"Dekat mana cikgu Hakimi dirawat?" tanya Amsyar dengan suara sedu sedannya. Dia tidak kisah apa pemuda itu akan berkata tentang nya. Apa yang
"Hospital Kuala Lumpur" jawab pemuda itu.
"Terima kasih bang kerana bagitahu berita ini pada kami. Kami minta diri dulu. Assalamualaikum." kata Amsyar.
"Waalaikumsalam dik." balas pemuda itu. Sesudah itu, mereka terus bergerak ke HKL. Amsyar tidak tahu lagi apa yang perlu dia lakukan selain daripada terus menemui guru kesayangannya sebelum terlambat.Setelah beberapa jam mereka dalam perjalanan, akhirnya mereka telah sampai ke tempat yang mereka tuju. Amsyar terus berlari keluar dari kereta milik ayah Chin dan terus meluru ke arah kaunter pertanyaan.
"Saya nak tanya, mana satu bilik Encik Hakimi bin Hazim?" tanya Amsyar kepada jururawat yang menjaga kaunter pertanyaan itu.
"Sebentar ye cik." kata jururawat yang bernama Lisa itu.
"Encik Hakimi ada di wad ICU, tingkat 5 bilik no 167."sambung jururawat Lisa lagi.
"Terima kasih nurse." kata Amsyar lalu terus menekan lif untuk ke tingkat 5. Sesampainya mereka di tingkat 5, mereka terus mencari wad ICU dan katil di mana gurunya berada.Dalam beberapa minit mereka mencari, akhirnya mereka menemui guru kesayangan mereka. Mereka rasa hiba melihat keadaan guru mereka saat itu.
"Assalamualaikum, cikgu." Amsyar memberi salam. Cikgu Hakimi terkejut dengan kehadiran pelajar kesayangan nya itu.
"Hai, cikgu." kata Murali dan Chin pula.
"Waalaikumsalam, Amsyar.. Hai Murali, Chin." balas cikgu Hakimi.
"Macam mana keadaan cikgu sekarang? Cikgu ada sakit dekat mana-mana tak? Nak saya tolong apa-apa tak?" tanya Amsyar bertubi-tubi.
"Macam apa yang kamu lihat sekarang ni, macam tulah keadaan cikgu. Cikgu tak sakit pun Amsyar. Kamu nampak cikgu sihat-sihat aje kan?" balas cikgu Hakimi. Walaupun dia sakit, dia perlu kuat dihadapan pelajar kesayangannya itu. Dia tak nak pelajar kesayangannya menangis dan risau akan dirinya.
"Betul ni cikgu?" kata Amsyar, Murali dan Chin serentak.
"Betul." balas cikgu Hakimi dengan senyuman. 'Maafkan cikgu. Cikgu terpaksa bohong lagi.' desis hati cikgu Hakimi.Mereka terus berbual dengan cikgu Hakimi. Setelah beberapa minit mereka berbual, tiba-tiba wajah cikgu Hakimi berubah dan dahinya berkerut-kerut seperti sedang menahan sakit. Amsyar yang perasan riak wajah guru kesayangannya itu terus saja menegur.
"Cikgu, cikgu okay?" tanya Amsyar cemas.
"Do...dok...doktor!" balas cikgu Hakimi dengan suara yamg sekat-sekat.
"Doktor!!!! Cikgu, tahan cikgu! Doktor tolong!!!" jerit Amsyar.
Setelah itu, seorang doktor memasuki ruangan bilik ICU itu dan terus meluru ke arah Cikgu Hakimi. Amsyar, Murali dan Chin diarahkan untuk keluar dari wad tersebut. Amsyar mundar-mandir dihadapan pintu wad cikgu Hakimi. Selang beberapa minit selepas itu, doktor keluar dari ruangan ICU. Amsyar terus menuju ke arah doktor yang bernama Hazran."Siapa disini yang bernama Amsyar?" tanya doktor itu setelah menutup pintu bilik wad ICU.
"Saya Amsyar, doktor. Macam mana dengan keadaan cikgu Hakimi?" tanya Amsyar kembali.
"Pertama sekali saya nak minta maaf, sebab mungkin apa yang saya akan katakan ni akan membuatkan kamu terluka. Dukacita saya katakan, Cikgu Hakimi hanya menunggu masa je untuk pergi." terang doktor Hazran itu dengan berhati-hati.
"Apa? Tt...ttaakkk... Tak mungkin."
YOU ARE READING
JANJI KU
Short StoryKisah seorang pelajar, atau juga seorang atlet sekolah yang terpaksa melupakan hasratnya menyambung pelajaran dalam tingkatan 3 kerana perlu menjaga dan menyara nenek dan adiknya. Dia merasa itu menjadi tanggungjawabnya setelah kehilangan ayah dan i...