BAB 8

108 5 0
                                    

"Abang!!!"

"Penat adik cari abang merata tau." kata Aina yang datang dari arah belakang Amsyar. Amsyar memusingkan badannya kembali. Dia melihat wajah adiknya, Aina. Aina kelihatan termengah-mengah.

'Dah kenapa adik aku ni termengah-mengah2? Berlari mungkin tadi? Kesian dia.' bisik Amsyar dalam diam.

"Ada apa adik oi cari abang ni?"tanya Amsyar.

"Ni, tadi pesakit abang, adik Qaleesya tu cari abang. Dia asyik tanya adik je mana Doktor Handsome Qaleesya. Tu yang adik cari abang tu. Tengok- tengok dekat bilik, abang tak ada. Rupanya dekat sini." terang Aina dengan nafas yang belum cukup teratur lagi.

"Oh, sorry la dik. Tadi Murali datang.  Tu yang abang dekat sini." balas Amsyar.

"Murali? Abang senior tu ke? Mana dia abang senior tu, bang?" tanya Aina sambil kepalanya mula mencari-cari kelibat Murali.

"Iya, abang senior. Dia dah balik dah dik oi. Baru je. Tak payah lah nak jenguk-jenguk sangat sampai dah macam zirafah nk  cari makanan tu dik. Buruk beno. Hahaha." kata Amsyar sambil meluku kepala adiknya dan ketawa mengekek-ngekek.

"Abang!! Kalau ye pun tak payah lah luku kepala adik. Sakit tahu tak? Dah jadi Doktor pun masih tak berubah lagi. Masih keanak-anakan la abang ni! Patut lah jadi doktor kanak-kanak, memang sesuai sangatlah!" marah Aina dan menggosok kepalanya yang sakit.

"Kalau adik sakit, abang rawat lah. Abang kan doktor. Hahaha." balas Amsyar menyambung gelak tawanya yang masih bersisa.

"Mengada lah abang ni. Malas layan." jawab Aina dan terus berjalan meninggalkan Amsyar.

"Merajuk lah tu? Hahaha. Abang nak gurau pun tak boleh. Jumpa Qaleesya, adik baru abang tu lagi best." balas Amsyar menarik perhatian Aina.

"Pergi lah sana. Tak kisah pun." jawab Aina. Amsyar tersenyum melihat wajah cemberut adiknya itu. Dia tahu adiknya cemburu tentang Qaleesya yang suka bermanja dengan dirinya.

"Yelah. Merajuk lah abang macam ni." kata Amsyar lalu pergi masuk ke dalam bilik Qaleesya. Aina masih terpinga-pinga di hadapan pintu bilik Qaleesya. Manakala Amsyar sudah tersenyum di sebalik pintu besar itu.

'Eh? Dia tak pujuk adik dia ni lagi, tapi sekarang dia pula merajuk? Abis lah aku kalau pakcik tua tu merajuk betul. Payah nak pujuk.'desis hati Aina sendirian.

"Assalamualaikum, Qaleesya comel." Amsyar memberi salam kepada Qaleesya. Qaleesya, seorang budak kecil berumur 5 tahun. Qaleesya di masukkan ke hospital kira-kira dua minggu yang lalu kerana menghidapi penyakit jantung berlubang. Dia disahkan menghidapi sakit tersebut sejak dia berusia 2 tahun kerana kerap kali mengalami sakit dada dan sesak nafas.

"Waalaikumsalam, Doktor Handsome." balas Qaleesya dengan nada suara berupa merajuk.

"Qaleesya sihat? Kenapa masam je muka ni?" tanya Amsyar dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Doktor Handsome pergi mana? Kenapa lama tak jenguk Esya?" luah Qaleesya.

"Doktor busy la Qaleesya sayang. Doktor banyak patient minggu ni. Sorry ye? Qaleesya marah dekat Doktor Handsome ke?" tanya Amsyar.

"Tak lah. Esya tak marah, Esya merajuk sikit je." balas Qaleesya. Amsyar tersenyum.

"Sekarang merajuk lagi tak dengan doktor?" tanya Amsyar lagi.

"Sekarang dah tak merajuk dah sebab doktor Handsome dah datang." balas Qaleesya terus menarik senyuman yang manis untuk Amsyar.

"Kalau dah tak merajuk lagi, doktor nak periksa Esya sekarang, boleh?" tanya Amsyar.

"Boleh, boleh." balas Qaleesya pula. Sesudah itu, Amsyar terus memeriksa kesihatan Qaleesya.

"Okay, sekarang Esya tidur dulu ye, sayang? Doktor nak pergi tengok patient lain pula lepas ni." pujuk Amsyar.

"Okay, Doktor Handsome." balas Qaleesya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Good girl.  Jangan lupa baca doa tidur ye? Assalamualaikum Esya." pesan Amsyar sebelum dia melangkah keluar.

"Okay, Doktor Handsome. Waalaikumsalam." balas Qaleesya lalu memejamkan matanya erat. Setelah betul-betul yakin Qaleesya sudah terlena, Amsyar terus keluar dari bilik Qaleesya. Dia menutup pintu bilik Qaleesya perlahan-lahan. Dia terus berjalan untuk kembali ke ruangannya.

Semasa dia sedang berjalan, ada seorang remaja perempuan sedang berjalan kearahnya sambil mencari-cari sesuatu di dalam beg tangan nya. Masing-masing tidak menyedari kehadiran antara satu sama lain. Dannn...

Bukkkk...

"Aduhhh."

JANJI KUWhere stories live. Discover now