EMPAT

756 21 0
                                    

Wani memarkirkan keretanya dihadapan rumah milik kedua ibubapanya.

Haih kalau tidak hujan memang aku bawa motor je tetapi hujan turun dari langit mencurah-curah seakan memberi tanda tidak mahu berhenti menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pandu kereta myvi miliknya.

Tiba-tiba sahaja ibunya Puan Laila menyuruh dia balik katanya ada hal penting. Sampai sahaja dihadapan rumah ibubapanya tadi terdapat beberapa biji kereta.

Adoi dah kenapa pula ni,ramai pula orang kat rumah aku ni. Kakinya terus dibawa ke pintu utama rumahnya.

"Assalammualaikum"
"Waalaikummusalam" terkejut aku dengan jawapan dari orang dalam rumah. Mana taknya hampir semua orang yang ada di dalam rumah menjawab salamnya hampir serentak.

Semua mata yang ada didalam rumah memandangnya yang berdiri kaku di muka pintu

"Hah dah sampai pun orang yang kita tunggu meh angah masuk duduk sini"suara ibu menegur.

Wani pun melangkah ke arah yang disuruh ibunya tadi

"Ada apa ni ibu?" tanya aku dah confuse dengan situasi dihadapannya sekarang .

Mana tak confusenya siap ada dulang dihadapannya macam meminang pula.
Jangan cakap aku pula yang dipinang memang taklah menyampah tengok lelaki yang dok tersengih-sengih pandang aku dari tadi.

"Tak ada lah mereka ni datang bawa hajat"

"So apa hajatnya" aku tidak sabar untuk mengetahui.

"Hajat mereka ni nak datang merisik atau lebih tepat lagi meminang." balas ibu

"Yelah tengok gaya pun tahu yang mereka ni datang meminang bukan datang nak memancing pula kan tapi nak meminang siapa??"

"Nak meminang kamu lah, siapa lagi,kalau alang dah lama mak suruh alang balik. Kan mak suruh kamu balik. Minang kamu lah"

Terkejut aku tak tahu nak cakap. Okay chill Wani, dia tak kenal aku siapa lagi

"ohhhh macam tu okay tapi saya ada beberapa soalan untuk melayakkan kau jadi suami aku."

Lelaki dihadapannya hanya menganggukkan kepala dan tersengih. Macam yakin

Hahha kau tak tahu apa yang aku nak tanya ni. Hehehe

"Satu kau seorang yang merokok
Dua kau kerja? Kerja apa?
Tiga kau ada rumah ? Empat kau ada kereta atau motor?" sekali nafas sahaja Wani menuturkannya.

Tercengang lelaki dihadapannya sekarang ni.

Aku dah tersenyum jahat."apa macam boleh jawab?"

"hmmm...arr.....err. Boleh bagi masa saya nak susun ayat??"

"of course with pleasure" aku ternanti-nanti jawapan daripadanya.

"First ya saya seorang yang merokok,kedua ya saya bekerja,kerja yang saya buat ialah perniagaan,tiga saya tiada rumah,empat saya tiada kereta mahupun motor."

Aku terangguk-angguk mendengar jawapannya.

"okay kalau macam tu bagi saya satu minggu untuk pertimbangkannya ya semua yang hadir"

Terus aku bangun dan menggamit ibu untuk datang kepadaku.

"Angah balik dululah malam nanti orang kerja. Then lepas je seminggu daripada hari ini ibu bagitahu mereka tu yang angah tak nak. Okay. Bye semua saya minta diri dulu Assalamualaikum.

Sebelum beredar semua tetamu perempuan yang hadir di salamnya. Terus dia berlalu keluar dari rumah.

*************

PerahsiaWhere stories live. Discover now