DUA PULUH SATU

570 23 1
                                    

Sorry for the late update. Busy?? Ye kot. Tapi lebih kepada malas. So....... Nah saya lanje bab baru.

Selamat berpuasa semua readersss.

**********
Mata Iqbal meliar ke kiri dan ke kanan. Bukan dia tak perasan stafnya memandangnya dengan pandangan pelik. Yelah semua tahu aku dah kahwin tapi tak tahu aku ada anak ekspress. Sabar jelah ini semua Wani punya pasal terpaksa aku menghadap semua ini.

"Morning boss" sapa salah seorang stafnya.

"Morning" mata Iqbal terpaku kepada wajah Naufal. Dia seperti mahu menangis. Tiba-tiba suara Naufal memenuhi ruang lobi syarikatnya. Iqbal jadi tak keruan.Adoi dah kenapa pulak dia nangis ini.

"Naufal kenapa ini?" tanya Iqbal.

Naufal tidak membalas tapi suara tangisannya bertambah kuat. Iqbal bertambah terkejut apabila Naufal tiba-tiba bersujud di kakinya sambil menangis. Terus tubuh Naufal didukung.

Belakang badan Naufal digosok untuk memujuknya daripada terus menangis.

"syuhhh Naufal jangan nangis daddy ada ini. Kenapa nangis ini?"

"Kita rindu mummy. Kenapa mummy tinggalkan Naufal" jawab Naufal tersedu-sedan.

"Mummy kerjalah sayang janganlah nangis. Mummy pergi sekejap je nanti dia balik" kakinya melangkah masuk ke dalam lif. Haih Wani sebab tu lah aku membangkang cadangan kau sekeras-kerasnya nak jaga dia. Tengok kau naik flight pun belum dia dah mula nak rindukan kau.

Sampai sahaja di hadapan biliknya Iqbal bersuara kepada Sue.

"No words.Masuk bilik saya sekarang" Iqbal terus bersuara sebelum setiausahanya itu bersuara. Bukan dia tak tau apa yang akan keluar dari mulut setiausahanya itu.

Sue hanya mengangguk. Terus dia mengambil planner yang ada di atas mejanya itu.

*************

"Masuk" Iqbal bersuara Naufal diletakkan di atas ribanya.

"Yes boss. Jadual boss hari ini hanya ada satu meeting dengan BOD pukul 11 pagi nanti, lepas lunch boss free" mulut bercakap tapi matanya tertancap kepada budak yang duduk di riba Iqbal.

"Sue look at me while talking" Iqbal menegur.

"Sorry boss my mistake. Comel sangatlah dia macam rupa boss. Anak ke?"

"Entahlah Sue saya pun tak tahu nak dikatogerikan apa? Sama ada anak,kawan atau jiran" Iqbal hanya menggeleng.

"Hahaha okay. Tapi rupa dia sebijik macam boss. Mungkin dia ada iras-iras ahli keluarga boss yang lain"

"Awak pun rasa macam tu juga ke?" Ingatkan aku seorang je yang perasaan Naufal ada iras-iras aku.

"Yup. Okaylah saya minta diri dulu kalau tak ada apa-apa" pinta Sue. Comelnya budak itu. Rasa nak gigit je pipi dia. Dahlah mata warna hijau macam boss.

Iqbal hanya mengangguk. Pandangan jatuh kepada Naufal yang sedang membelek tali lehernya itu. Adoi tambah lagi satu masalah. Kena bawa Naufal masuk meeting pula. Adoi haih. Tiba-tiba Naufal mengangkat muka dan tersenyum memandangnya. Memang sebijik macam 'DIA'.

***************

"Okay Naufal daddy ada meeting kejap lagi. So Naufal dengar lagu dalam ipod ini boleh?"

"Okay tapi....Lepas tu kita pegi makan nak tak? Sebab Naufal lapar sangat dah ini" pinta Naufal

"Aik pagi tadi dah makan nasi lemak dengan ayam goreng lagi takkan dah lapar kot" Iqbal mengusik

PerahsiaWhere stories live. Discover now