SEBELAS

587 22 1
                                    

"Iq kenal ke dengan Wani tu?" tanya Mamanya.

"Kenal one of my client. Kenapa tanya?" balas Iqbal. Mesti ada apa-apa ini. Kalau tak soalan merepek takkan keluar punya.

"Sebenarnya mama berkenan dengan Wani tu"

Bingo. Kan dah agak. Mesti ada something punya.

"Berkenan asal nak suruh papa tambah cawangan lagi ke?" duga Iqbal

"Jangan nak tarik papa sekali ya dalam masalah kamu berdua ini" sangkal Dato Syed Anuar.

"Ishh bukan untuk papalah untuk kamu. Kamu je yang belum kahwin lagi. Umur dah nak 27 tahun dah" bebel mamanya.

Hmmm sabar sahajalah telinga dengar sahaja lah bebelan Datin Sofea ini.

"Iq kamu dengar tak apa mama cakap ini" marah Datin Sofea. Mana tidaknya macam cakap dengan tunggul sahaja dibuatnya.

"Ya dengar. Okaylah Iq naik dulu nak buat kerja sikit" terus dia berlalu ke biliknya.

Datin Sofea hanya mengeleng melihat anak bujangnya yang seorang tu.

Semasa mendaki tangga ke biliknya. Dia terfikirkan sesuatu. Kenapa muka dia macam familiar sangat ah? Macam pernah jumpa? Kawan satu universiti? Ke kawan masa sekolah menengah? Ke pernah jumpa dekat mana-mana?. Dia hanya mengeleng. Biar sahaja lah.

**********

Huwaaaah bosannya tak tahu nak buat apa lah. Nak tengok tv cerita semua tak best , nak tidur belum mengantuk lagi. Telefonnya di ambil dia terus bergerak ke bilik rahsia. Sesiapa pun tidak dibenarkan masuk.

Dalam bilik tersebut tersimpan seribu kenangan di sepanjang hidupnya. Matanya tertancap pada satu kertas di atas meja yang dipenuhi album itu. Haih yang pergi ke tak ah?? Kalau tak pergi kata putus kawan. Adoi aku  sibuk lah. Kad tersebut adalah kad jemputan ke majlis reunion sekolahnya. Yang diadakan pada sabtu depan di Port Dickson. Hmmm malaslah nak fikir baik buat benda lain.

Laptopnya di buka satu fail dibuka. Terpapar gambar zaman persekolahannya puas aku menscroll fail tersebut. Aku membuka satu lagi fail.

"Ahhh kenapa gambar ini ada kat aku. Aku benci dia" fail tersebut di delete. Aku benci dia sampai bila-bila. Tanpa disedari air matanya mengalir. Sungguh hatinya sakit memikirkan hal tersebut. Dia terlelap setelah puas menangis.

************
Wani menghantar whatapps di group kelasnya.

Me: wei korang aku tak datang tau busy

Yana: alah Wani datanglah dah lama aku tak jumpa dengan kau rindu lah :-(

Paan: entah wani ini datanglah. Setiap kali reunion mesti kau tak ada. Datanglah wei demi aku.

Me: aku busylah korang

Nisa: Wani datanglah please. Lupakan sahaja perkara yang lepastu. Buat tak tahu je kalau dia datang

Hanya rakan sekolahnnya yang tahu hal berkaitan tersebut.

Fatin: Datanglah Wani please dah lama kita tak jumpa aku rindu sangat-sangat dengan kau ini. Pleaseeeeeee

Amir: Wani datanglah. Wei aku tak pandai pujuk perempuanlah but pleaseee datang. Kang keluar ayat bunga-bunga aku tak tidur malam kang kau.

Nisa: Dia dah mula merepek dah. Woi nak keluar ayat bunga-bunga pi whatapps gf hang tak payah kat sini.

Amir: ini yang aku malas nak masuk campur ini. Bila aku masuk mesti ada nak bash aku . Lagi-lagi si nisa ini. Hmph! Bye lah. Merajuk.

Aku hanya ketawa melihat telatah diaorang. Banyak chat yang dihantar memintanya untuknya datang. Nantilah aku fikir nak datang ke tidak. Telefon diletakkan di tepi katil. Lampu dipadam. It's time to sleep. Selimut ditarik menutupi seluruh badannya.

PerahsiaWhere stories live. Discover now