TIGA PULUH

1.1K 36 6
                                    

Sorry for the super duper late update. Saya minta maaf sangat sebab busy dengan kelas,assigment,program lagi. Sampai kadang seminghu tak buak wattpad. So sorry guysss. Enjoy reading......

*********

"Sebenarnya......." kata Wani.

"Sebenarnya apa?" Tanya Iqbal. Tidak sabar.

"Saya nak tahu satu benda. Syed Irfan dan Laila Amira sound familiar right?? Kenal tak?"

"Kenal Wani. Tu anak dan menantu mummy. Kenapa ini Wani?" Jawab Datin Sofea. Risau dengan tindak tanduk Wani.

Nafas dihela.

"Baiklah. Sebenarnya Naufal adalah anak kepada mereka, cucu mummy dan daddy dan anak buah Adrinna dan abang. Nama penuh dia Syed Naufal bin Syed Irfan" ucap Wani.

"Allah. Jadi betullah apa yang saya fikirkan ini." Kata Iqbal.

Wani hanya menangguk. Datin Sofea sudah teresak. Naufal bingung.

" Kalau tak percaya ini surat beranak Naufal" kata Wani seraya msnghulurkan sehelai kertas kepada Datin Sofea.

Tan sri Syed Anuar hanya berdiam diri. Mungkin tidak menyangka anak sulung  meninggalkan pewaris.

"Kenapa Naufal boleh ada dengan kak ngah?" Tanya Puan Laila. Tidak menyangka yang anak tunggal perempuannya memikul satu tanggungjawab yang besar. Dia turut terkesan dengan cerita Wani.

"Masa kejadian tersebut sebenarnya Wani ada kat tempat kejadian" satu statement yang keluar dari mulut Wani membuatkan seisi rumah terdiam.

"Masa balik dari reunion kelas hari tu Wani lalu jalan yang sama Irfan dengan Amira lalu. Tapi diaorang balik dulu sebab waktu tu Naufal masih kecil. Masa lalu jalan tu Wani ternampak kereta yang Irfan bawak dah tersadai kat tepi jalan dan orang semua dah kerumun kereta tu. Tanpa fikir panjang I try my best to save them but only Naufal that  I  can save."  Wani berjeda seketika. Terbayang dimatanya ketika dia menyaksikan macam mana kereta itu meletup di depan matanya dah kawan baiknya pergi di depan matanya.

"Then?" Tanya Tan Sri Anuar.

"Lepastu Wani hantar Naufal ke hospital untuk buat pemeriksaan mana tahu ada kecederaan. Alhamdulillah he fine. Wani hantar dia ke rumah kebajikan sebab Wani tak ada surat anak angkat. At the same time I try my best to find their family members. But usaha Wani selama setahun tidak mem buahkan hasil. Wani tak jumpa pun waris yang boleh jaga  Naufal."

Tan Sri Syed Anuar hanya menangguk. Mereka berpindah ke luar negara selama setahun sebelum pindah semula balik ke Malaysia.

"Lepas setahun, peguam Irfan jumpa Wani. Dia bacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh Irfan. Dalam wasiat tersebut Wani diamanahkan untuk menjaga Naufal sampai saya jumpa waris dia. Satu perkara yang perlu Wani pulangkan ialah share terbesar dalam Wawasan holdings. Wani diberi amanah untuk menjaga syarikat yang telah dibina oleh Irfan di German. Jadi yang tu Wani akan pulangkan. Urusan pengambilan anak angkat masa tu dipermudahkan atas bantuan peguam Irfan. Urusan tadbir syarikat menjadi mudah masa tu sebab masa tu Wani bekerja dengan syarikat penerbangan German. Semua urusan tersebut dipermudahkan." Ucap Wani. Seisi rumah hanya mendengaf ceritanya tanpa menyampuk.

"Now Wawasan Holdings sangat berkembang maju. Nanti Wani panggil peguam Irfan untuk tukar milik share syarikat tersebut. Ada lagi benda yang Wani nak bagitahu."

"Apa dia?" Tanya Fairuz.

"Lepas je tu Wani buat pertukaran tempat kerja di Malaysia. Atas sebab masa umur Naufal 2 tahun dia disahkan menghidapi jantung berlubang"

PerahsiaWhere stories live. Discover now