SEMBILAN

593 27 0
                                    

*Disebabkan semalam birthday saya so saya update hari ini*

Enjoy reading guys......

*************

"Apa kau ini tarik-tarik ingat aku lembu ke ah??" marah Wani kepada Along

" ahh kalau aku tak tarik kau tadi memang habislah syarikat aku hilang klien paling penting aku"

"Hmm yelah. Kau nak bawa aku pergi mana ini?" tanya Wani

"pergi makanlah aku lapar ini"

"pergi je lah dengan diaorang tu aku nak baliklah penat lah."

"Tak ada maknanya nak balik kau kena ikut juga. No objection please"

"Alah kau ini aku mengantuk kot aku nak balik. Please bagi aku balik. Tolonglah along" aku mula merengek depan along.

"BIG NO"

Ishh dia ini dah lah paksa aku datang meeting ini pastu paksa aku ikut dia makan. Tak boleh ke sekali bagi aku hidup dengan aman sikit. Rungut Wani

"Okay tapi bersyarat" nak tak nak aku terpaksa beralah. Yelahkan dia abang aku adik. Terpaksa mengalah. Tak begitu

"Apa dia?"

"Lepas habis makan aku nak balik dan along kena cari pengangkutan untuk angah balik"

"No problem nanti along suruh pak mat hantar. Mana kau letak bagasi kau?" tanya along

Aku pun menunding ke arah meja pertanyaan itu. Tersadai bagasi aku dengan beberapa barang lain.

Along hanya tersengih. "Nanti along suruh pak mat ambil letak dalam kereta"

***********
Aku hanya menahan rasa hati sahaja sekarang ini. Mana taknya dahlah paksa aku ikut dia pergi makan lepas itu suruh aku jadi driver diaorang pula. Tak apa Wani bersabar. Kejap lagi aku balas. Senyuman jahat terlakar.

"Tu apa lagi senyum. Cepatlah bawa" arah along.

"Kejap sebelum tu nak pesan yang dibelakang sila pakai tali pinggang keledar anda. Then nak tanya korang dah tempah kubur ke belum ini?"

"Apahal pula?" tanya Rayyan pelik

"Kau jangan nak buat gila ye Wani" along memberi amaran.

Aku hanya tersenyum memandang mereka bertiga sambil kening dinaikkan.

Fairuz,Rayyan dan Iqbal mula cuak dengan senyuman Wani.

"Okay semua jom kita bergerak"
Brek tangan dilepaskan. Gear ditolak ke D minyak ditekan dan dilepaskan sesekali bagi menakutkan mereka bertiga.
Rasa nak gelak tengok muka diaorang bertiga.

Tanpa amaran terus dia menekan minyak dengan sekuat hati terus kereta memecut laju membelah jalan raya. Padan muka korang. Hahahah

**********
"Gila ke apa nak bunuh aku ke ah. Dah tak sayang aku ke!!!" marah along sebaik sahaja kami sampai di restoran pilihan mereka.

"Entah Wani ini dah lama tak jumpa lepas tu nak bunuh aku pula tu!!" giliran Rayyan pula.

Iqbal hanya mendiamkan diri. Mencari nafas. Kecut perutnya dengan gaya Wani memandu tadi. Mana tidaknya semasa di lampu isyarat berwarna kuning sengaja dia menekan minyak dan berhenti secara mengejut apabila isyarat bertukar merah. Hampir terhantuk mereka bertiga tadi.

"Ah kau tak nak marah?"tanya Wani kepada Iqbal

"Kau memang nak bunuh kitaorang ek tadi!!"sembur Iqbal.

Wani hanya ketawa. Ketiga-tiga lelaki yang ada dihadapannya berwajah bengis menahan marah. Sorry i janji tak buat lagi.hahahah

"Jom kita pergi makan" ajak Wani terus dia melangkah ke dalam restoran tersebut diikuti dengan mereka bertiga.

PerahsiaWhere stories live. Discover now