LIMA

685 22 1
                                    

*Jam tangan yang Iqbal bagi kat Wani*

"Hahaha sampai juga kau kan dekat rumah aku ni. Ingat kau sesat tadi" kata Jay

"Tak ada lah sampai sesat aku minta tolong orang tadi. Dia yang bawa aku ke sini" balas Iqbal.

Yelah perempuan yang diajaknya berjalan sekitar Kota London tadi. Sebenarnya hatinya terpaut dengan wanita tersebut. Muka wanita tersebut bagai menyimpan seribu masalah yang tak pernah habis.

"Ya darling. Tadi Wani bawa dia ke sini" sampuk Mary pula.

"Ohh mana Wani kita nak gerak dah ni"

Wani membawa langkah ke bawah terus berjumpa dengan Mary.

"Wei kalau aku tak ikut bolehkan?" tanya aku.

"Kau jangan nak mengada ehh aku dah cakap dengan kau kan tadi"

"Alah boleh lah beb"
Dia bukan apa segan sebenarnya dengan Jay dan Meon tu.

"No objection kau kena pergi juga. Aku bagi kau masa lima minit SAHAJA. Kau tak turun aku heret kau "

Perkataan sahaja,sahaja Mary tekankan.

Dengan muka yang masam dia bergerak ke arah bilik dan bersiap.

Setelah sampai di ruang tamu,muka aku maniskan bagi menghormati tuan rumah dan tetamu mereka.

"Okay guys let go " jerit aku.

"Ish kau ni terkejut aku tahu tak" serentak itu tangan Mary singgah di lenganku.

"Adoi sakitlah macam mak ketam. Kau eh yang mengajar anak ketam berjalan lurus." sekali lagi lengan aku dicubit oleh Mary.

"Ish kau ni suka naikkan kemarahan aku dah lah jom gerak"

"Jay macam manalah kau boleh terpikat dengan Mary yang macam mak ketam tu. Sekarang aku baru percaya yang cinta itu buta. Hahahha"

Jay dan Iqbal hanya menggeleng dan tersenyum. Mereka terus bergerak ke arah pintu untuk makan malam.

Hati bagai terpaut dengan wanita yang dihadapannya ini.

***********
Langkah aku dan Jay perlahan. Mereka membiarkan sahaja wanita-wanita yang dihadapannya ini menikmati *window shopping* mereka.

"Jay kau kenal ke kawan isteri kau tu?" tanya Iqbal.

"Ohh si Wani tu aku kenallah. Dia tu kawan baik Wani masa zaman sekolah. Asal kau tanya berkenan ke??" jawab Jay kening sengaja dijongketkan untuk menduga Iqbal.

"Ish kau ni entah-entah dia tu dah berpunya" bidas aku

"Belum lagilah aku tahu lah. Setiap kali dia datang London mesti dia tinggal rumah aku. Tapi aku tak tahu dia kerja apa"

"Asal kau tak tanya?"

"Aku dah tanya kau tahu dia jawab apa 'saya kerja biasa-biasa sahaja' " sambil mengajuk gaya Wani

Iqbal menghamburkan ketawanya. Kelakar dengan gaya Jay siap mimik muka lagi. Memang tak boleh blah.

Aku hanya mengangguk sahaja. Wanita dihadapannya ni seorang yang kuat berahsia rupanya. Tanya kerja apa pun jawapan dia biasa sahaja. Sedangkan orang lain bangga dengan pekerjaan mereka. Melihat perwatakan Wani menunjukkan dia bukan calang-calang orang.

*********
"Hafidz" jerit Wani

Lelaki yang dipanggil Hafidz menoleh. Lelaki tersebut tersenyum ke arah Wani.

Hafidz melangkah ke arah Wani dan bergerak menyalami Iqbal dan Jay.

"ohh patutlah tak ajak aku keluar rupanya jejalan dengan makwe. Sampai hati melupakan aku" dengan nada suara yang sengaja di sedihkan. Mohon simpati.

PerahsiaWhere stories live. Discover now