ENAM

620 18 0
                                    

Sampai sahaja di kondominium bagasinya diletakkan di tepi sofa.

Penatnya lahai. Selamatlah aku tak jumpa si Meon tu. Ingat aku nak jumpa kau lagi ke. Memang tak lah aku nak jumpa kau balik. Baik aku tidur lagi best. Badan aku dah penat sangat ni.

********

Sedang Wani mengemas bagasinya ke dalam almari. Tiba-tiba dia terpandang bungkusan dari dalam bagasinya.

Apa benda ini? Cantik pula tu bungkusannya. Bungkusan tersebut dia buka. Terselah seutas jam tangan berwarna putih dan emas. Cantiknya......tapi bila masa aku beli hah??

Otaknya ligat memutarkan memorinya untuk mencari bila masa jam tangan ini dibelinya.

"hah baru aku teringat ini Sameon tu bagi kat aku malam tu. Haih romantik juga meon ni. Pandai juga meon tu pilih mesti kaki perempuan sebab tahu je taste perempuan. Hahaha. Ish tak baik lah Wani"

*************
Malam itu

"Okay aku jawab dengan jujur. Sebenarnya kenapa aku tunggu kau adalah......" tiba-tiba Iqbal menghentikan bicaranya.

"adalah... Wei tak payahlah stop aku nak tahulah" marah Wani. Sahaja nak melambatkan masa

"Sabarlah aku nak cakaplah ni. Cuba bersabar sikit. Sabar itu kan separuh daripada iman..."

Belum sempat Iqbal menghabiskan bicaranya Wani sudah memotong.

"Wei aku bukan nak dengar tazkirah kau. Aku tahulah sabar itu separuh daripada iman. Masalahnya kau ini nak melambat-lambatkan masa"

"Yelah aku sambung. Sebenarnya dah malamkan dekat pukul 10 malam. Jadi bahaya untuk aku meninggalkan seorang perempuan yang cantik ini berseorangan. Kalau jadi apa-apa tapi aku tak minta eh, aku tak dapat nak maafkan diri aku sendiri sebab aku lebihkan penat aku daripada keselamatan seorang wanita. Sekarang puas hati?"

"Ohh itu motif kau. Okay aku puas hati and thank you sebab temankan aku balik. Rasa terharu kejap. Hahaha" luah Wani.

"Asal terharu pula?"

"Hmm tak ada apa-apalah"

"By the way nah" seraya Iqbal menghulurkan sebuah bungkusan kecil kepada Wani.

"Apa ini?" tanya Wani pelik

"Kotaklah apa kau nampak dia macam biskut ke" perli Iqbal.

"Yelah aku tahu kotak tapi untuk apa? Wei aku baru je kenal kau petang tadi, then tiba-tiba kau bagi aku benda yang berupa seperti hadiah apahal?"

"Ye aku pun baru kenal kau petang tadi. Ini memang hadiah yang aku bagi kat kau sebagai tanda terima kasih"

"Apasal lah nak berterima kasih pula kau bukan pun terhutang budi dengan aku"

"Sebagai tanda terima kasih teman aku petang jalan satu bandar ini"

Dan sebagai tanda yang kau telah berjaya mencuri hati aku. Kata-kata tersebut hanya dapat diluahkan di dalam hati.

"Tak payahlah nak bersusah payah. Kalau kau tak letak syarat tadi aku memang nak tebus salah aku dengan jadi tour guide kau" Wani menolak.

"Ish kau ni ambil je lah orang kasi" terus bungkusan tersebut di letakkan di tangan Wani

Wani terkejut dengan tindakan Iqbal tersebut. Yelah orang dah bagi aku ambillah kang merajuk pula orang tua ni.

"Yelah thank you very much" balas Wani. Wani meneruskan berjalan.

"You are welcome" balas Iqbal.

********
Iqbal tersenyum seorang diri di dalam pejabatnya. Tak sangka aku boleh buat macam tu.

PerahsiaWhere stories live. Discover now