DUA PULUH DUA

575 19 0
                                    

Saya lanje dua bab sekali. Bye... Guyss mungkin saya akan lama menyepi.....

Enjoy reading...

**********

Wani berlari masuk ke dalam hotel dimana dinner syarikat Iqbal diadakan. Adoi dia ini aku dah lah baru balik dari Belanda sibuk je suruh aku datang. Sabar jelah Wani kau kahwin dengan orang yang paling,sangat,terlalu penting dalam syarikat.

Badannya menolak pintu hall tersebut. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan. Mana Iqbal duduk ini? Dia terus melangkah ke arah meja yang berdekatan dengan pintu tersebut.

"Maaf tumpang tanya mana meja VIP?"

" Oh meja VIP yang depan sekali"

Wani hanya mengangguk. Terus dia meninggalkan meja tersebut setelah mengucapkan terima kasih. Bukan dia tak perasan mata-mata yang memandang ke arahnya. Pelik sangat ke aku? Ke diaorang nampak aku alien dari planet pluto? Wani hanya membiarkan terus dia melangkah pergi.

"Pssst" signal dikeluarkan untuk meminta pertolongan.

Tiba-tiba ada suara membalas. Terus dia memandang ke arah tersebut. Terpampang wajah Iqbal tersenyum ke arahnya. Terus dia melangkah ke arah Iqbal. Kerusi yang kosong disebelah Iqbal ditarik dan dengan selambanya melabuhkan punggungnya di sebelah Iqbal. Mama Iqbal di salamnya.

"Sorry sayang. Sayang kena ada malam ini" kata Iqbal selepas Wani melabuhkan punggung disebelahnya.

" Penat ke?"tanya Iqbal. Sekali lagi soalan yang minta penyepak daripada Wani.

" Eh taklah. Saya okay mana ada penat." balas Wani dalam nada memerli.

Dia tak nampak ke air dari botol mineral yang dibelinya tadi tinggal suku je. Selamatlah Hafidz mempelawa menumpangkannya tadi. Kalau tak jalan kakilah jawabnya.

" Again, Sorry honey"

"Hmmm yelah. Dah lama ke mula?" tanya Wani

" Tak ada lah baru je. Tu pun papa baru berucap. Wani bukalah topi yang ada kat atas kepala tu"

Terus Wani memegang kepalanya. Patutlah orang memandangnya pelik. Formal sangat I pakai you aolls.

Wani hanya tersengih.

" Wani sini dekat sikit. Kita selfie. Comel pula sayang pakai baju pilot ini"

Wani hanya menurut. Klik gambar pun diambil. Cuma dia rasa sesuatu yang hilang.

Baru dia perasan yang Naufal tiada bersama. Dia menyuruh Iqbal menghantar Naufal di rumah Ikmal. Bising betul budak tu, dia hantar Naufal di rumahnya. Rindu katanya.

"Apa function saya kena ada malam ini?"

"Ohh saya nak memperkenalkan suri hati saya kepada staf saya"

Wani hanya menangguk. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah. Walau macam mana cuba aku sembunyikan akan terbongkar juga akhirnya.

"Tak kesah ke?" tanya Iqbal. Manalah tahu Wani tidak bersetuju.

"Okay. Tak adalah wanita-wanita yang menaruh harapan dekat awak lagi.Sebab semua orang tahu awak milik saya" Wani bergurau.

"Hahaha. Jeles ke?"

" Aik.. siapa tak cemburu kalau suami kita duk dikejar dan digilakan. Kalau awak buat perangai dekat belakang saya, saya tak teragak-agak penggal kepala awak" ugut Wani.

"Wohhh ugutan yang sangat menakutkan di abad ini. It's okay saya setia orangnya"

Wani hanya menangguk. Wuaaa penatnya. Bila nak habis ini? Aku dah tak larat nak buka mata dah ini.

PerahsiaWhere stories live. Discover now