DUA PULUH ENAM

589 20 0
                                    

Again.... Late update. Sorryy...

***********

"Hello Assalammualaikum abang ngah"

"Hmmm" Iqbal yang baru bangun tidur masih mamai. Hampir seminggu dia di Turki untuk menjaga Wani. Serentak itu dia ada mesyuarat dengan syarikat Turki.

"Kak ngah dah sedar. Datanglah sini. Ikmal nak pergi jumpa doktor sekejap"

Terus segar mata Iqbal setelah mendengar kata-kata tersebut. Terus dia bergegas mandi dan bersiap ke hospital.

*******

"Ikmal tu kawan kau datang tu" kata Wani sambil menunjukkan ke arah seseorang yang sedang berdiri di pintu wad.

"Eh abang ngah. Meh sini duduk" kata Ikmal

"Eh dik yang kau panggil di bang ngah pahal?! Bila masa pula aku kahwin ini?"

" Biarkan dia abang ngah. Nanti Ikmal cerita"

"Wei dik kan aku cakap yang aku tak kahwin lagi. Kau pahal ah?" kata Wani marah.

Tangan Iqbal ditarik Ikmal keluar dari wad.

"Macam ini abang, angah mengalami hetakan kuat dikepalanya menyebabkan dia hilang ingatan. Macam amnesia lah. Doktor sah kan tadi, masa Mal pergi jumpa dia. Tapi tak perlulah risau kena peratus untuk sembuh dan pulih ingatan itu tinggi"

"Ohh patutlah dia tak kenal abang tadi"

Ikmal hanya mengangguk.

"Okaylah abang esok angah boleh keluar dah. Tapi Ikmal kena balik Malaysia esok sebab minggu depan dah nak kena lapor diri untuk sem baru. Jadi nanti abang ngah bawa dia balik Malaysia. Okay Ikmal nak pergi cakap dengan dia dulu."

Iqbal hanya menangguk. Ya Allah besar sungguh ujian Mu untuk aku pulihkan keadaan ini.

**********

" Okaylah Abang ngah Mal balik dululah. Esok dah nak flight. Nak jejalan kejap dekat sini. Mal tinggalkan abang dengan angah. Sorry sebab tak boleh tunggu sampai angah keluar" kata Ikmal

Wani dan Iqbal hanya mengangguk.

"Thanks Ikmal tolong jagakan kak ngah lah" kata Iqbal

"No problah bang ngah. Bye" terus Ikmal melangkah pergi meninggalkan pasangan tersebut.

Iqbal ingin melangkah keluar tapi ada suara yang menghalangnya.

"Eh si mata hijau nak pergi mana tu?" tanya Wani.

Si mata hijau??? Hanya ada seorang je yang panggil aku macam tu. Tapi takkan dia kot...

"Tak pergi mana. Nak ambil angin kejap"

"Tak payah nanti terlebih ambil angin kembung pula. Meh duduk sebelah saya"

Iqbal melangkah ke arah Wani dan duduk dikerusi yang disediakan.

Lama Iqbal berdiam diri. Melihat Iqbal berdiam Wani mengeluh. Adoihai dia ini.

"Betul ke awak ini suami saya mata hijau?

"Ya saya memang suami awak"

"Tak ada lah macam mimpi pula awak jadi suami saya.." kata Wani bersahaja.

"Kenapa pula?" pelik. Kenapa nak mimpi bagai pula.

"Tak ada lah dahlah sombong bila saya minta kawan. Tup tup awak jadi suami saya"

"Bila masa pula saya sombong?"

"Alaaa tak ingat ke kejadian beberapa tahun yang lepas. Rasanya lah. Sebab Ikmal kata saya hilang ingatan. Kalau ikut kiraan saya lebih kurang kejadian tiga tahun lepas. Masa tu dekat Korea Selatan. Awak pernah pergi sana?"

Iqbal menangguk. Memanglah pernah sebab dulu aku study sana. Kejadia tiga tahun lepas???

Muka Wani dipandang tidak percaya. Patutlah macam familiar je. Perempuan yang kejar dia selama seminggu lepas seminggu terus lesap tanpa berita.

********
Tiga tahun lepas

Wani berlari untuk mengejar bas. Tanpa dia sedar dia telah melanggar seorang lelaki. Habis berterabur barang lelaki tersebut. Baru dia ingin meminta maaf dia terdengar lelaki tersebut merungut dalam bahasa melayu.

Laaaa.... Orang Malaysia rupanya. Mati mati aku ingat orang negara barat. Rupa macam mat saleh. Dengan mata warna hijau. So... Cute.

"Maafkan saya" pinta Wani.

"Hmmm" balas lelaki tersebut.

"Nak jadi kawan saya??" tanya Wani. Mencuba nasib.

"Eeee tak hingin aku" marah Iqbal kepada wanita yang telah melanggarnya tadi.

Terus dia melangkah pergi. Wani hanya memandang langkah lelaki tersebut.

Tiba-tiba dia terpandang sesuatu milik lelaki tersebut. Terus dia angkat. Passport milik lelaki tersebut jatuh. Haih benda ini penting kot. Tak pe nanti aku cari dia.

Keesokan harinya.

Ketika dia berjalan di sekitar Bandar Itawon dia terperasan kelibat lelaki semalam. Terus berlari dia mengejar lelaki tersebut.

Iqbal yang perasan dirinya dikejar terus dia berlari. Takut dengan wanita yang mengejarnya itu.

Sampai satu lorong Iqbal berhenti berlari. Tercungap-cungap mereka berdua.

"Asal kau lari mata hijau?" tanya Wani. Setelah penafasannya stabil.

"Dah kau kejar aku larilah apa lagi" marah Iqbal tak puas hati.

Wani menepuk dahi. Adoi di silap tafsir pula niat aku.

"Ohh bukan macam tu. Ini kau tertinggal semalam mata hijau" kata Wani sambil menghulurkan passport tersebut kepada Iqbal.

Iqbal terus mencari passport di dalam begnya. Ternyata benda tu hilang. Terus dia mengambil dari tangan Wani.

"Dahlah bye" kata Iqbal. Terus dia melangkah pergi.

"Cehh bukan nak cakap terima kasih pun. Sombong betul. Menyampah aku" kata Wani pada dirinya. Terus dia pergi ke tempat lain.

***********
"Woi aku cakap dengan kaulah. Boleh pula kau termenung" marah Wani. Punya semangat aku cerita boleh pula dia termenung. Dah sampai mana tah?

Iqbal tersentak. Habis hilang semua bayangan kejadian tiga tahun lepas.

"Hmm awak cakap apa?"

"Tak ada saya tanya awak ada abang ke?"

"Ada kenapa tanya?" pelik. Dia kenal dengan arwah abang aku ke?

"Ohh patutlah muka kau ada iras dia. Irfan kan nama dia?"

"Haah. Mana awak tahu ini?"

"Adalah. Dia kahwin dengan Laila kan?"

Sekali lagi Iqbal menangguk. Pelik. Macam mana dia tahu ini?

"Diaorang tak nak melawat saya ke? Dah lebih seminggu saya kat sini. Diaorang tak datang melawat"

"Allah. Wani abang saya dengan kak Laila dah meninggal lima tahun lepas. Kemalangan"

"Biar betul awak ini? Jangan nak tipu saya" kata Wani. Tubir.matanya terasa panas.

"Ya. Saya tak tipu. Tapi yang saya tahu anak diaorang terselamat. Tapi saya tak tahu mana budak tu sekarang"

Wani hanya mendengar. Esakan terlepas dari bibirnya.

Mendengar tangisan Wani,Iqbal terus mendakap tubuh Wani. Cuba untuk menenangkannya. Lama kelamaan esakan bertukar menjadi dengkuran halus. Iqbal terus membaringkan Wani. Selimut ditarik ke paras bahu. Dahi Wani dikucup.

Semoga sihat sayang....

**********
Okay done......

Wait next chappy ye......

Bye.. Kasi vote sikit ye.... *o*

PerahsiaWhere stories live. Discover now