LAPANBELAS

583 20 0
                                    

*media Iqbal*  handsome tak??

Enjoy reading guys

**********
"Wani sampai bila kita nak tinggal asing ini?" tanya Iqbal

"Entahlah. Takkan aku nak tinggal rumah kau. Sedangkan kau sendiri tinggal dengan mak ayah kau kan" balas Wani. Yelah dahlah keluarga mertuanya.masih belum mahu menerimanya sebagai menantu.

"Haih. Okay kalau macam tu, apa kata aku pindah masuk rumah kau. Apa macam okay tak?"

"Okay je. Atleast ada orang jaga rumah aku bila aku pergi luar negara. Adik aku pun dah masuk study,kalau tak memang dia yang tolong tengokkan rumah ini"

"Ohh. Kau kerja apa ek?"

"Driver" balas Wani selamba. Air oren yang ada dihadapannya disisip perlahan.

Iqbal hanya mencebik. Malas nak ambil pusing dengan kata-kata Wani. Perahsia sangat.

Makanan yang dipesan terus dijamah. Selepas menonton wayang tadi terus mereka berdua ke Mary Brown untuk mengisi perut.

Langkah yang baik untuk membina hubungan yang rapat. Yelah tak sampai sebulan mereka kenal, kejadian tak diduga berlaku menyebabkan mereka bernikah.

Iqbal masih mencari siapakah dalang disebalik kejadian tangkap basah hari tu. Malas nak upah penyiasat semata-mata nak tahu dalangnya kerana mereka sudah pun bernikah. Haih. Keluhan dilepaskan dari mulut Iqbal.

Wani hanya memandang. Malas nak ambil pusing. Biarlah dia pendam apa yang berlaku.

**********
Selama seminggu Iqbal menjadi penghuni tetap di rumah Wani. Satu klu pun tidak dijumpa tentang Wani. Apa dia kerja? Apa yang disuka? Apa yang dia benci? Penat dia mengeledah rumah tersebut semasa ketiadaan Wani seminggu kerana dia ke Jepun atas urusan kerja.

Kunci pendua ini pun dia dapat dari adik bongsu Wani iaitu Ikmal.

Dia teringat perbualannya dengan Iqmal minggu lepas.

"Bang ini kunci rumah angah. Semua kunci ada dekat sini"

"Ohh terima kasih Ikmal. Semua termasuk bilik yang sebelah bilik tetamu tu?"

"Bilik yang mana ek?"

"Alah yang sebelah bilik dia simpan barang anak jiran tu"

"Ohh yang itu tak ada dekat sini. Kunci bilik tu ada satu je. Yang dekat angah tu. Tak payah kesahlah bang pasal bilik tu"

"Kenapa pula?"

"Bukan ada apa pun dalam bilik tu"

Iqbal meragui kata-kata adik iparnya. Kalau tak ada apa kenapa sampai nak kunci. Mesti ada sesuatu ini.

"Kalau tak ada apa,kenapa sampai berkunci?"

"Sebab kak ngah tak nak orang sepahkan bilik tu. Yelah bilik tu bukan ada siapa guna pun" Ikmal mencuba sebaik mungkin untuk menutup rahsia Wani tentang bilik tersebut.

"Ohhh"

Iqbal bersetuju. Betul juga.

**********
"Hello Wani. Naufal dah sedar. Insya allah lusa dia boleh discharge" kata Doktor Liyana

"Alhamdullilah. Lusa? Tapi aku ada dekat Japan sekarang ini. Boleh tak kau bawa balik dia dulu. Hari isnin ini aku ambil dekat rumah kau" balas Wani.

"Boleh. Tapi kau jangan lambat sudah. Muka dia dah mula nak hujan kalau kau lambat"

"Okay. No problem. Thanks kerana jaga dia dan rawat dia"

"No hal lah. Itu tugas aku sebaai seorang doktor. Okay byelah aku nak sambung kerja"

PerahsiaWhere stories live. Discover now