DUABELAS

555 32 0
                                    

Enjoy reading guys

*********
"Okay semua telah dibahagikan dalam kumpulan. Jadi sila bergerak ke kumpulan masing-masing" kata Shamil

Aku bergerak ke kumpulan aku. Aku berada di kumpulan 2.

"Wah bestnya dapat satu kumpulan dengan Wani" kata Nisa. Aku hanya menggeleng melihatnya.

Aku pandang ahli pasukan aku yang lain. Aku hanya tersenyum memandang mereka. Tak sangka aku satu kumpulan dengan Faizal ketua pengawas masa batch aku. Muka ketat je dari tadi tak pernah berubah.

"Hai saya Saiful" tegur Saiful

"Hai aku Nisa dan ini Wani" balas Nisa. Dalam kumpulan aku hanya ada dua orang wanita selebihnya lelaki.

Satu persatu lelaki dalam kumpulan aku memperkenalkan diri. Semuanya bukan dari kalangan kawan sekelas aku.

"Okay kalau macam tu Faizal jadi ketua kumpulan" kata Saiful.

Faizal hanya menangguk. Aku,Nisa,Faris dan Luqman hanya berdiam menunjukkan kami bersetuju dengan cadangan tersebut. Dengan itu bermulalah ekspidisi kami di sekitar kawasan pantai dan hotel.

***********
Tepat pukul 6 petang kami sampai di tapak permulaan.

"Okay jom kita gerak bagi nama dulu then baru balik berehat" cadangan Faizal.

Kami semua hanya menangguk tak mampu untuk mengeluarkan suara. Terlalu penat rasanya untuk mengeluarkan suara.

Lepas Faizal mendaftar terus kami balik ke hotel untuk merehatkan badan. Malam nanti penutup event ini.

Aku terus melangkah ke bilik untuk merehatkan badan.

*************
"Hahaha tak sangka kita kumpulan pertama petang tadi" kata Faris.

"Hah aku ingatkan kita yang last sebab dah lewat sangat sampai tadi" balas Nisa. Aku hanya tersenyum.

Selesai sesi fotografi maka berakhirlah reunion tersebut. Kebanyakan rakan sekelas aku pulang esok pagi. Mereka pun bergerak ke bilik.

Semasa aku berada di lobi hotel nama aku dipanggil. Terus aku berpusing memandang gerangan tersebut. Wajah yang aku benci menyapa mata aku.

"Wani please dengar aku cakap dulu" balas Danial.

"Stoplah aku dah tak nak dengar penjelasan kau. Move onlah kau yang tinggalkan aku kan" balas Wani.

"Aku pergi bersebab. Aku nak kejar cita-cita aku dulu. Then baru kita boleh bersama"

"Ohh kau pergi bersebab. Nak kejar cita-cita kau!! Kau tinggalkan aku masa majlis pertunangan dulu. Kau malukan aku. Kau jatuhkan maruah aku. Kau biarkan aku terkontang-kanting. Kau ingat lepas apa yang kau buat kat aku nak balik dengan kau semula. Wei memang tak lah wei" hambur Wani. Segala yang dipendamkan selama ini terhambur juga. Orang disekeliling hanya memandang mereka.

"Please Wani aku sayang kau. Aku menyesal sebab tinggalkan kau dulu. Please Wani we start over"

"Pergi mampus kau punya sayang tu. Ingat aku kesah ke? Kau buat aku ini macam anak patung. Bila kau suka kau simpan bila kau tak suka kau buang aku macam sampah" hambur Wani. Semua yang disimpan diluahkan.

Airmata tolong jangan mengalir sekarang monolog Wani. Dia perlu nampak kuat.

"Please Wani aku rayu dengan kau. Aku janji lepas ini aku takkan tinggalkan kau lagi" tangan Wani cuba diraih.

"Tak payah nak pegang-peganglah. Aku takkan percaya dengan kau lagi" terus Wani melangkah pergi. Airmata yang ditahan akhirnya gugur juga.

Wani terus melangkah tanpa.memandang hadapan. Tubuhnya melanggar seseorang.

PerahsiaWhere stories live. Discover now