Bab 16 Iskandar Suap ?

440 13 0
                                    

Nasuha berjalan-jalan mengelilingi sekolah nya. Fikirannya bercelaru sekarang. Sudah lah tadi diejek , sekarang ? Haii..

" Haii Suha. Buat apa dekat sini ? Jom masuk kelas. " tegur kawan baik Nasuha , Qalesya atau nama sebenar Qalesya Safiyah.

" Oh Qesya. Nantilah. Aku tak ada mood lah. Stress. "Jawab Nasuha sambil membetulkan tudungnya yang senget.

" Eh Suha , kau jangan macam ni. Tahun depan kita nak UPSR. Jom masuk kelas. Nanti kau share masalah kau dekat aku ya. Aku sedia mendengar. " Qalesya senyum. Inilah sebabnya dia amat menyayangi Qalesya. Selalu mengambil berat tentang dirinya. Nanpaknya Nasuha tidak salah memilih kawan. Dengan langkah yang malas mereka berjalan menuju ke kelas.

***

" Yo , Piqah. " sapa Iskandar.

" Assalamualaikum ya Iskandar." Ucap Nasuha. Apalah Iskandar ni orang beri salam , dia yo yo bagai. Nasuha menggelengkan kepalanya dan senyum. " Ops , Waalaikumsalam Piqah. " Iskandar tanpa diundang terus duduk di hadapan Nasuha.

" Piqah , nanti lepas habis sekolah datang rumah aku ya. Qalesya pun ada. Aku nak korang rasa kek buatan aku dengan dessert² yang lain. " Iskandar mengangkat kening nya. Dia tahu Qalesya dan Nasuha gemar akan kek dan pencuci mulut. Mata Nasuha terus bersinar-sinar dan mengangguk.

" Kau jangn risau. Mesti datang punyaa... " kata Nasuha sambil membuat thumbs up. Iskandar hanya senyum. Comelnya Piqah.

***

" Sayang , tak payah lah angkat pasu bunga tu. Sayang dapat mc untuk cuti rehat bukan untuk angkat-angkat macamni. " Imran menegur Safwa. Yalah , sudahlah Safwa tidak sihat , lagi nak biarkan dia buat kerja ? Nanti teruk macam mana. Safwa menjeling. " Alaa abang ni. Saff bosan lah. Boleh lahh.. " Safwa menjawab. " Cuba jangan degil ! " Imran membesarkan matanya. SSàfwa juga turut melakukan perkara yang sama.

" Err Assalamualaikum makcik." Sapa Nasuha sopan.

" Wa... waalaikumsalam nak. Ya , ada apa ? " tanya Safwa.

" Makcik , nombor 23A dekat mana ya ? " NASUHA mengeluarkan kertas untuk melihat semula alamat yang ditulis oleh Iskandar. Safwa tersenyum. Haii..

" Adik , adik hanya perlu berjalan beberapa langkah je lepastu sampai dik. " Safwa senyum.

" Lah tepi ni jeke ? Terima kasih makcik. " Nasuha mula melangkah kaki untuk ke rumah sebelah. Tetapi ..

" Ehh kejap dik. Adik ni Syafiqah Nasuha ke ?? " tanya Safwa.

" Ya , saya. Err makcik kita borak nanti ya. Saya perlu jumpa Iskandar sekarang. Assalamualaikum "

Safwa menjawab salamnya. Safwa dan Imran masuk ke rumah. Safwa memandang Imran. Dia kelihatan penat. Serba salah Safwa dibuatnya. Sakitnya sudah membaik pulih tetapi Imran tetap melarangnya membuat kerja-kerja rumah. Prihatin gituu !

" Abang , Sorry. " Imran mengusap kepala Safwa. Safwa kan anak yatim.

" Kenapa sorry pula ? Hmm ? " Imran merenungnya. Siapa tengok mesti cairr ... Safwa memandang ke bawah. Tidak sanggup untuk bertentang mata.

" Yelaa abang mesti penat kan. Tu laa Saff nak buat kerja abang tak bagi. Kesian abang. " Safwa menghadap Imran. Imran tersenyum. Ternyata isterinya mengambil berat tentang dirinya. Terasa bahagia di hati.

" Tak apalah. abang suka tolong orang .. Dah , abang nak solat Zohor nii.. Jomm. " ajak Imran.

Safwa menggeleng. Imran tersenyum. Tahu akan maksud gelengan Safwa ...

****

" Fuhh susah beno nak cari rumah kau Is , " kata Nasuha. Jalan kaki pula tu.. Hahah..

" Hehe kau sanggup juga datang kan ?? Sebab nak merasa air tangan aku kan.. " Iskandar meneka.

" Hoii , Is. Hang ni kan.. Mana kek hang ? Nak rasa. " sergah Qalesya. Terkejut Iskandar dan Nasuha. Qalesya ni kalau nak tegur bagila Salam dulu ke. Ni tak , main masuk je. Haish. ,silap hari bulan boleh gugur jantung Iskandar dan Nasuha.

" Hey Qalesya , kau ni , terkejut tau dak ? Sabaq na. Aku nak hidang lah ni. Kecoh betul. " Iskandar terus berjalan ke dapur. Sesaat kemudian , dia muncul semula sambil menatang dulang. Mata Nasuha dan Qalesya apa lagi ? Bersinar-sinarlah. Emas pun kalah rasanya.

" Sabar lah beb. " Iskandar bersuara tatkala melihat Qalesya seperti ingin menerkam kek keju buatannya itu.

" Ish , cepat laa. Tak sabar ni. " Nasuha pula bersuara mewakilkan Qalesya sekali.

" Nah Nasuha , " Iskandar menyuakan tangannya kepada Nasuha. Dia ingin Nasuha terima dan makan. Ini kali pertama ada lelaki yang menyuapnya. Selalunya bapanya sahaja.

Nasuha teragak-agak untuk membuka mulut. Yah satu suapan kek keju selamat masuk ke dalam mulutnya. Sedap. " Oi nak bersweet bukan di sini ya. " Qalesya bersuara. Huh nak bersweet pergila tempat lain.

Aku IsterimuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang