Bab 20

1K 11 0
                                    

" Dah ? Sedap ? " tanya Dayani kepada Nasuha yang sedang asyik menikmati Nasi Lemak kegemaran nya.

" Sedap .. Err umi cuti ke ni ? " tanya Nasuha. Hairan dia melihat ibunya di rumah pada jam 2:00.

" Yes. Umi cuti. Jadi ? " Dayani memandang Nasuha sambil tersenyum sinis.

" Nak pergi rumah Iskandar ye ?" tanya Dayani. Tersembur nasi yang dimakannya. Aik umi ni ?

" Mm.. Ma.. Mana ada lah. " dalih Nasuha.

" Eh eh. Budak ni. "

****

" Assalamualaikum ibu. " ucap Safwa dan Imran serentak. Terus ibu Safwa keluar untuk menjenguk. Senyuman terukir dibibirnya. Anak tersayang balik kan ? Mesti lah suka.

" Ehh Waalaikumsalam . Masuklah. " jemput ibu Safwa.

Mereka masuk dn terus duduk di sofa. Safwa memandang semua sudut. Masih sama. Rindu rasanya nak bergurau senda dengan abanglong dengan kakngah.

" Bu , bang dengan kak mana ? " tanya Safwa.

" Hmm .. Abang kau buat apa lagi selain pergi perpustakaan tu. Kak kau pun macam biasa lah pergi rumah kawan dia. Kenapa ? " jawab ibu Safwa ringkas. Safwa menggeleng.

Safwa POV

Kawan ? Siapa pula kawan Kakngah ni. Selama ni kalau ada kawan dia akan bagitau aku.
Ishh kau ni Saff takkan semua benda dia nak beritahu kau. Haii.. Aku membawa beg naik ke bilik. Imran mengikuti ku dari belakang. Kelihatan wajahnya Amat penat. Eleh mengada lah tu.

" Kenapa bang ?~~ " Okay ni first time aku melenggokkan suara dengan Imran. Dia memandangku ..

" Saff , ehehe tolong angkat boleh ? Penat lahh .. Pelis pelis. " dia mengerdipkan matanya berkali-kali .. Fikir comel ? Macam bayi tua. Hahaha..

" Uhh sorry lah abang. Saff pun penat nii .. Bubbye abang. " aku terus berlari masuk ke bilik. Hehe sebenarnya beg aku tak adalah berat sangat. Hahaha.

Sesampainya di bilik , aku terus merebahkan diri di atas katil. Ahh rindunyaa dengan katil ni.

" Sampai hati Saff. Mana boleh tinggalkan suami macam ni je. Saff sayang katil daripada abang ehh .. Sampainya hati. " Imran mencebik.

" Whatever ! " jawab ku sambil berlari masuk ke bilik air. Fuh selamat.

****
Sahara POV

" Ibu , Assalamualaikum. " ucapku sesampainya di depan pagar rumah. Ibu menjawab salamku. Mataku terpaku pada sebuah kereta. Kereta Safwa ke ? Eh dia datang ke ? Ya Allah... Bestnya.

" Buu .. Saff balik eh ? " tanyaku. Ibu hanya mengangguk tanpa memandangku. Yeah apapeun aku memang excited gila. Safwa , here I Come.

Langkah ku atur menuju ke bilik Safwa. Pintu biliknya ku kuak. Ish ish ish .. Tidur tak ingat dunia. Aku tanpa rasa segan silu masuk dan terus memukul lengannya. Hah tidur lepas Asar kenapa.

" Saff bangunlah !! " kejutku. Dia terkebil-kebil dan terus bangun.

" Kakngah ! Orang ngantuklah. Eh mana Abang Im ? " tanya nya. Eih suami sendiri tanya kita pula. Tapi betul juga , aku tak nampak pun kelibat Imran dari tadi.

" Entah. " jawabku sepatah. Dia mula bangun dan keluar dari bilik. Heii budak ni. Boleh pula tinggalkan aku yang comel ni dekat sini ? Tahulah caring.

****

" Abang pergi mana tadi ? Risau Saff tau. " katanya. Aku hanya memerhati dari dapur. Cehh risau konon.

" Ngeh. Abang beli aiskrim dekat kedai depan tu aje. Hah risau ? Hehe maaf lah ya. " ucap Imran.

" Mana ? Nak ? " tanya Safwa. Eh ? Hilang terus risaunya. Apalah Si Safwa ni. Masih gemar aiskrim rupanya.

Imran POV

" Mana ? Nak ? " tanya Safwa. Eh mana risaunya tadi ? Hilang dalam sungai ke ? Aku hanya tersengih.

" Err .. Dekat dalam peti tapi Saff tak boleh makan tau. " kataku. Ye. Memang dia tak boleh makan. Sebab ? Urm rahsia.

" Urmm nasib Saff meng- ehh Nasib Saff ni comel. " tengok , nampak sangat dia sorokkan sesuatu. Soroklah macam mana pun. Ini Imran Zaim lah. Semua rahsia Saff , abang dah tahu okay ? Nak berahsia konon. Comel betul isteri aku ni.

" Comel ke ? " tanyaku. Dia mengangguk laju.

****

Dayani POV

Huh , stressnya. Ni baru sehari Safwa tak datang kerja. Dah lah dia MC seminggu. Haiyo. Banyak kerja ni.. Sekarang baru aku sedar yang sebenarnya boss dan pekerja semua sama aje tarafnya.

Aku mengambil telefon ku dan menghantar message kepada Akmal. Hehe mestilah kan , suami aku tu.

Assalamualaikum , husband. Dekat mana tu ? Boleh tolong tak ?

Send !

Aku meletakkan kembali telefonku. Baru sesaat aku meletaknya telefon ku sudah berbunyi kembali. Hishh , cepatnya balas.

Waalaikumsalam , Tolong apa ? Kalau boleh tolong husband tolong lah.

Urmmm , tolong belikan coklat boleh ???

Orite wife.

Yeay ! Dapat coklat.. Sayang awak husband. Pintu bilik ku diketuk.

" Masuk. "

Daryn datang ke arahku.

" Ye , ada apa Aryn ? " tabyaku.wajahnya kelihatan serius.

" Ermm Puan , ni jadual perjumpaan puan dengan klien baru kita tu. Ahh lagi satu. Puan , saya nak bagi ini je. Saya keluar dulu. " aku mengangguk dan Aryn pun keluar. Buku tebal diatas meja kurenung lama. Nampaknya macam diary. Akhirnya aku membuat keputusan untuk membacanya.

Assalamualaikum Diary ,
Sahabat , kau tak kenal aku lagi ke ? Ya Allah. Aku Lailatul Safwa , Dini. Kau tak ingat ke ? Woah aku bersyukur sangat dipertemukan dengan kau kembali. Tapi kenapa kau tak kenal aku Dini ? Aku sayang kau. Dayani Zamia , kau betul-betul tak kenal aku ke ? Hurmm agak lawak jugak lah aku kena panggil kau puan. Hahaha. Kau ingat tak masa kita main cikgu-cikgu dulu ? Aku panggil kau puan ^_^ . Rasa nak kembali ke zaman dulu-dulu aje. Semoga kau bahagia dengan hidup kau sekarang. Jangan lupa ya suami lama tak rasmi kau tu . Cincin Rm1.50. Daniel Zarfan(Niel) dan Dayani Zamia(Dini). Kalau kau nak tahu kan sekarang dia dah kahwin , dah ada anak dah pun. Comell. Nama isteri dia kan sedap wei. Hani Zaryna. Nama anak dia pulak
Putera Muhammad Zharrif bin Muhammad Daniel Zarfan.
Hmmm mesti best kalau kita macam dulu. Dah lama aku nak membebel dekat kau. Hahahah .. I miss you Dini. Setakat ni je untuk harini. Terima kasih diary . ★

Tanpa ku sedari air mata jatuh berlinangan membasahi pipi.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Apr 18, 2016 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Aku IsterimuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang