#Now play-Taemin (pretty boy)
Aku berjalan keluar dari kawasan food court. Tadi berjumpa dengan lelaki yang tak tau mana cakap bahasa Inggeris di kafe. Nasib baik boleh teka yang dia itu mungkin orang Korea. Hmm apa pun dia cepat2 keluar selepas beri nombor telefonnya Hmm... macam pernah dengar suara dia tu. Hmm kat mana eh? Aku baru saja bertemu Lydia. Sekarang ni aku ingin pulang.
Suara dia tu... sangat familiar.... cara pemakaian pun penuh dengan style. Hmm... suara dia macam Lee Taemin! O. M. G! Tapi tak mungkinlah tu dia. Lagipun dia mungkin pergi rehearsal. Aku menggeleng kepala. Tanda tidak mungkin. Sedang aku berjalan. Sekali lagi aku terlanggar seseorang.
"Maafkan saya-"
"Ah... perempuan kat kafe!"Aku mengangkat muka untuk memandang siapa. Rupanya Si lelaki yang sama. Buat apa lagi boleh jumpa sini?
"Erm encik buat apa kat sini?"
"Saya sebenarnya sesat... tak boleh nak contact sesiapa."
"Tapi kan encik... saya macam kenal lah suara encik ni."
"Kenal?"
"Ya... macam suara Lee Taemin kumpulan shinee tu... mungkin suara je yang sama."Dia agak terkejut dan mula mengelabah. Aku memandang sahaja. Mungkin aku boleh bantu dia ni. Aku mengeluarkan telefon ku. Dan menghulurkan telefon pada dia. Dia kelihatan terkejut.
"Cik pasti?"
"Ermm silakan." Aku tersenyum manis.
"Terima kasih."Dia mengambil telefon aku dan segera menekan punat call selepas menaip nombor. Aku hanya perlu menunggu.
"Hello..?"
"Kau kat mana!!!! Hilang kat mana!??"
"Hyung saya masih lagi kat mall dan keadaan saya ok saja. Tolong ambil saya."
"Ok tunggu kami...jangan ke mana mana!"
"Baiklah umma... haha"Selepas menekan butang end call. Dia memulangkan semula. Aku mengambil nya. Aku ingin berlalu pergi tapi dia pula menarik lengan ku.
"Boleh tak temankan saya kat sini? "
"Hah?"
"Taklah saya... takut. "
"Baiklah..."
"Bagus! "
"Hmm jom kita duduk kat situ. Kat kerusi tu. Boleh duduk."Aku menarik lembut tangan nya tapi dia hanya membatu. Aku duduk. Dan mempersilakan dia duduk di sebelah. Lambat2 saja dia duduk.
"Erm boleh tak saya nak tahu nama awak?"
"Nama saya Sarah..."
"Ahh.. macam mana cik Sarah boleh pandai cakap bahasa Korea? "
"Ah saya pernah belajar bahasa korea sewaktu saya remaja dulu kat sekolah di Amsterdam. "
"Ahhh... ok."
"Boleh saya tahu nama encik?"
"Nama ringkas saja... Tae..."
"Tae?"
"Yup..."Aku tersenyum sahaja. Hmm kena tunggu lah ni? Lama lagi ke? Aku melihat sekeliling. Tae pula hanya mendiamkan diri. Dia Tiba2 memandang aku dengan wajah yang tak keruan. Kenapa pula? Ada beberapa orang gadis memandang ke arah kami tanpa henti. Aku lalu bangun dan menarik tangan nya dan lari bersama. Kenapa pula aku lari? Gadis-gadis tadi ikut mengejar kami. Tae pula yang menarik aku dan bergerak ke depan. Kami sama2 berlari hinggalah ke ruang stor. Kami mengambil keputusan untuk menyorok.
Aku hanya memandang kosong di hadapan pintu bilik stor. Penatnya. Aku menarik nafas. Dia lalu membuang kaca mata dan penutup mulutnya. Begitu juga dengan hoodie nya. Aku terkejut benar. Tak mungkin! Wajah nya mirip dengan lelaki di dalam poster. Adakah dia Lee taemin?
"Sarah Maaf..."
"Awak Lee Taemin?"
"Ya saya..."
"Awak buat apa kat sini? "Keadaan yang sempit membuatkan kami tak banyak bergerak. Tetapi aku cuba untuk berundur sedikit membuatkan aku tersilap langkah dan jatuh. Dia cuba untuk sambut tetapi jatuh bersama. Aku di bawah dan lengan nya di sisi muka ku. Tubuhnya berada di atas aku.
Aku terpaku dengan wajahnya yang tampan. Matanya tidak berkalih dari memandang mata aku. Aku tak tahu apa rasa ini.
Tiba2 telefon aku berbunyi. Membuatkan dia cepat2 bangun begitu juga denganku. Aku rasa sangat kekok. Aku lalu mengeluarkan telefon dan beri kepadanya. Dia lalu menjawab panggilan itu. Aku melihat sekeliling cuba untuk menenangkan hati yang berdebar.
"Kami dah sampai... cepat keluar nak sambung rehearsal. "
"Baik umma..."Dengan itu kami sama2 keluar tapi tiada siapa yang berani buka mulut. Macam mana ni? Aku yang suka sangat dengar dia nyanyi. Ini pertemuan yang gila! Dia sesekali memandang wajah aku. Aku menjadi semakin kekok ketika berjalan bersebelahan dengannya.
"Terima kasih... cik Sarah dah banyak membantu saya."
"Sama2..."Dia mendekat kan bibirnya ke telinga aku. Aku terdiam saja. Tidak bergerak.
"Awak comel. "
Dia berbisik ke telinga. Aku masih lagi membatu dan mengangguk perlahan. Dia lalu meminta diri dan keluar dari mall.
Aku seperti tidak percaya. Ini hanyalah mimpi! Ok jom jumpa Lydia dan beritahu tentang Taemin. Ok... baik jumpa Lydia sekarang! Aku cepat2 keluar. Hari hendak menjadi malam.
Sesampai sahaja di depan kediaman Lydia. Aku menekan punat loceng. Lydia keluar dan menyambut aku. Aku lalu mengikuti langkah nya tanpa bersuara.
"Kau nak tengok tak interview kumpulan shinee. Jom!"
"Ahh ok."Aku duduk di atas katilnya yang empuk. Rumahnya yang besar dan luas berbeza sekali dengan rumahku.
Dia lalu membuka tv di dalam biliknya dan menghulur kan alat kawalan jauh padaku. Aku hanya menyambut tanpa menoleh ke arah Lydia. Mataku tetap pada skrin. shinee... jap shinee! Taemin kat interview aku melihatnya dengan tekun.
Suara tv--
"Kami sangat gembira. Dan berasa tidak sabar untuk bertemu dengan peminat". *onew
"Jadi Taemin the maknae ada moment yang awak rasa awak tak boleh lupa? Semasa berada di sini? "*pdnim
"Ahhh saya pernah sesat. Semua member tinggalkan saya. Ada seorang perempuan ini telah membantu saya. Dan saya berasa sungguh gembira dapat berkenalan dengan dia."*Taemin
"Ouhh begitu. "*pdnimAlat kawalan jauh yang ada di tanganku terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai. Aku tidak percaya! Dia ingat! Lydia menggoncangkan bahuku. Bukan kah itu baju yang sama macam tadi. Bermakna ini live interview ke? Ok...
"Eh kenapa kau terkejut perut ni?"
"Aku jumpa taemin dekat mall masa dia sesat..."
"Apa! Onew kau jumpa tak?"
"Kau ni! Aku cakap serius ni. Aku jumpa dia seorang je! Aku tak percaya dengan apa yang terjadi?!"
"Bertuahnya!!! Aku bangga! "
"Bangga kau cakap?"
"Mestilah... tak sabar nya.. nanti boleh lah kau jumpa dengan dia buat kali kedua."Lydia melemparkan senyuman yang ada makna tersirat.
"Kau jangan nak mengada."
"Kan kau suka dia kan?"
"Tak ada maknanya! Dan aku tak nak temankan kau ke konsert tu. Aku tak nak jumpa dia dah!"
"Eleh nak berdalih... keh keh. Dah boleh baca pom. "
"Diamlah."Lydia lalu sambung menatap wajah one di skrin. Aku hendak bermalam di sini. Di rumah sunyi tapi di sini ada Lydia. Taemin? Di mall? Aku harap aku dapat bangun dari mimpi!
SHINEE POV
Taemin keluar dari bilik. Dia lalu mengambil air minuman. Baru sebentar tadi habis interview. Dalam fikirannya agak2 wanita itu akan muncul di konsert tak? Dia kadang kala tersenyum sendiri. Apabila teringatkan senyuman manis Sarah pipinya menjadi merah. Apa yang Sarah dah buat kat aku?
Boleh jadi mabuk cinta ni kalau terlalu teringat kan si dia. Minho menyapa Taemin dari belakang.
"So tak nak cerita ke siapa perempuan tu yang dah tolong kau tu?"
"Ah dia... nama dia Sarah. Cantik kan nama tu? Senang je nak ingat. "
"Jangan cakap kau dah jatuh suka kat dia, Taemin. "
"Entahlah... mungkin. "Minho hanya memerhati kan Taemin. Dah angau dah ke si Taemin ni? Bisik hatinya.
#hey semua pembaca harap maaf kalau cerita ini tak menarik tapi saya akan berusaha! Terima kasih kerana membaca fanfic pertama saya.
YOU ARE READING
[√] Press My Number | L.T.M
RomanceJust like we had fated to be together. Completed