#Now play-Shinee (Everybody)
Aku duduk merenung di hadapan cermin. Kata kata doktor tu masih bermain di dalam benak aku. Tanpa aku sedari air mataku mengalir ke pipi. Kenapa ayah tak pernah nak beritahu Sarah? Aku menjerit dalam kesedihan. Aku tak pernah tahu bahawa ayahku menghidap penyakit barah. Kini dia di dalam penjagaan doktor Mariana. Tempoh hari ayah ada buat pemeriksaan di sebuah hospital di sini. Ayah lari ke Korea sebab nak jumpa dengan doktor Mariana. Doktor yang pernah merawat ibu aku dulu. Aku tak pernah tahu.
Kenapa ayah tak nak beritahu Sarah tentang hal tu. Aku menekup muka ku di bantal dan merintih. Aku menangis tersedu sedu. Ayah akan tinggalkan Sarah ke?
Sudah berjam Lydia dan Onew mencari tuan anak kucing itu. Mereka lalu di kawasan lorong dan ternampak risalah yang menunjukkan gambar anak kucing itu. Mereka berpaling sesama mereka dan tersenyum senang. Onew mengeluarkan telefon nya. Dan menghubungi pihak tersebut.
"Hello, Puan Kang... saya ada berita yang gembira. Anak kucing yang puan cari selama ni saya dah temukan."
"Ya ke? Baguslah kalau macam tu!"
"Besok kami akan ke rumah puan dan menghantar anak kucing tersebut."
"Terima kasih.... boleh saya tahu siapa nama kamu?"
"Saya.... Jinki..."
"Terima kasih Encik Jinki."Onew menekan punat end call dan memandang ke arah Lydia dengan senyuman yang manis. Lydia membalas senyum itu. Ini bermaksud anak kucing itu akan dihantar ke alamat rumah itu.
Onew menghantar Lydia pulang. Lydia berjalan ke pintu. Sebelum dia melangkah masuk. Dia terpandang anak kucing itu. Dia lalu melutut.
"Terima kasih Blackie..."
Dia membelai Blackie dan masuk ke villa. Dia berjalan ke dapur. Dia melihat di sekeliling. Mana Sarah? Fikirnya. Dia lalu berlari anak untuk mendaki tangga itu. Sedang dia ingin memulas tombol pintu bilik Sarah dia terdengar bunyi tangisan Sarah. Dia mula naik risau dan segera memulas nya. Aku berpaling ke arah pintu dengan air mata yang masih tersisa.
Lydia berjalan lalu menerpa aku.
"Kenapa ni?"
"Ayah aku.... dia tak pernah nak bagi tahu aku apa apa pun... aku tak tahu... tak pernah tahu..."
"Tahu apa dia?"
"Dia menghidap penyakit kanser hati. Dia kena menjalani pembedahan. Tapi dia tak nak."Lydia memeluk aku dan menggosok belakang aku. Dia menemani aku di saat aku sedih. Terima kasih Lydia.
Hyejin masih teringat zaman ketika dia masih kanak-kanak ada seorang lelaki yang gemuk ni... suka berkawan dengan Hyejin. Hyejin suka memanggil budak gemuk itu arnab hitam yang gemuk. Ya budak itu bernama Park Jimin. Kini budak itu dah membesar dan telah menjadi seorang lelaki yang pandai menyanyi.
"Jadi awak dah ingat siapa saya Hyejin?"
"Saya tak cam awak.... awak dah kurus....."
"Berbalik pada soalan janji tu...."Hyejin mula buat muka blur. Janji apa yang dia buat? Ya dia berkawan dengan Jimin sejak kecil. Tapi janji?
Jimin memandang tepat ke dalam mata Hyejin."Awak tak ingat ke?"
"Janji apa? Saya memanglah ada panggil awak arnab hitam yang gemuk... janji apa pula ni?"
"Kalau saya dah jadi kurus.... awak janji akan keluar date dengan saya apabila kita dewasa nanti."
"Hah? Mana ada saya buat janji karut tu dengan si arnab hitam!"
"Haha.... terserah...."Jimin tergelak kecil dan bangun dari kerusinya. Dia lalu memakai topinya kembali. Hyejin memikir tentang janji itu sejenak. Jimin lalu keluar dari kafe itu dengan rasa puas hati. Hyejin yang memulakan perjanjian itu dahulu takkan sudah lupa.
Minji berjalan mundar-mandir daripada tadi lagi dia telah rasa gelisah. Kai dan Minji berjaya keluarkan album duet itu dan kini dia berada di bilik persiapan KBS Inkigayo. Dia akan mempersembahkan lagu tu nanti tapi yang buat dirinya berasa resah begini adalah Kai... hatinya asyik berdebar apabila bertemu dengan Kai. Kenapa begini?
YOU ARE READING
[√] Press My Number | L.T.M
RomanceJust like we had fated to be together. Completed