18 : Pulau Jeju

52 10 0
                                    

#Now play-Shinee(Symptoms)

Aku kini sudah pun berada di Pulau Jeju! Seperti dalam mimpi cantiknya warna laut yang membiru.

Angin pantai telah pun menerbangkan topi aku. Aku berlari cuba untuk mendapatkannya. Topi aku tepat tepat jatuh ke tanah bersebelahan dengan kaki seseorang. Seorang jejaka menunduk dan mengambil topi aku. Aku tersenyum dan berlari ke arahnya.

"Oppa!"
"Peganglah topi ni kemas kemas."

Dia lalu menyarungkan topi itu ke kepala aku. Aku tersenyum. Aku merenung ke dalam matanya. Sehun datang dan menyapa kami.

"Oi Taemin!"

Kai pula yang datang. Mereka semua menyapa Taemin. Aku lalu mengundurkan diri. Aku berjalan ke arah Lydia yang sibuk bermain dengan air laut. Aku menyapanya lembut.

"Lydia..."
"Sarah tengok ni jernih je air..."

Onew muncul dari belakang aku. Ok aku kena undurkan diri balik. Aku mengundurkan diri dan berjalan berseorangan di pesisiran air pantai.

Jimin menyuap rice cake ke dalam mulut Hyejin. Hyejin memakannya dengan senang hati.

"Wah Hyejin saya makan banyak juga hari ini... gemuklah nanti."
"Kenapa tak boleh ke? Kalau saya gemuk awak tak nak kat saya dahlah?"
"Eh tak lah pertama kali tengok awak makan banyak macam ni."
"Hmm saya memang makan banyak."
"Kelmarin pun dah makan banyak..."
"Dah baik kita makan cepat... masa lunch dah nak habis."

Alice dan V masuk ke dalam sebuah restoran. Mereka lalu mengambil tempat. Seorang pelayan memberi mereka dua keping menu. Selepas membuat pesanan. Pelayan tadi beredar. Alice dan V sama sama berbual sambil menunggu makanan tiba.

Seorang wanita berjalan masuk ke dalam restoran itu dan berjalan ke arah meja Alice dan V. Wanita itu mula menyapa V.

"Hello Kim Taehyun lama tak jumpa."

V mengangkat muka dan terkejut.

"Choi Min Ah..."

Alice berpaling ke arah wanita itu. Dia juga memandang wajah V yang ternyata terkejut dengan kehadiran wanita itu. Soalan yang terpacul dalam benak Alice ialah siapakah wanita itu?

Minji baru sahaja selesai membuat penggambaran muzik video. Dia juga sekarang berada di pulau Jeju. Dia ingin pergi ke sebuah kedai. Dia menghela nafas lega. Penggambaran ini mengambil masa dalam 2 hari. Esok mungkin dia sudah boleh pulang.

Dia melangkah masuk ke dalam sebuah kedai dan ternampak Kai yang sedang beratur hendak membayar minuman yang dibelinya. Dia yang terlalu terkejut terus berundur dan menyorok di sebalik pintu kedai.

"Kenapa aku hari hari kena tatap muka lelaki tak guna tu!"

Minji menarik nafas panjang dan ingin berlalu dari situ tapi sudah terlambat kerana seorang namja menarik lengannya iaitu Kai.

"Hello!"

Tak guna! Jerit Minji di dalam hati.

Kai memandang wajah Minji dengan senang hati. Adakah ini yang dinamakan sebagai takdir?

Malam itu, Taemin mendongak ke atas melihat langit dan melihat bintang. Bercuti untuk selama dua hari di pulau Jeju cukup menenangkan fikirannya. Kini mereka berada di sebuah rumah penginapan. Mereka telah pun menyewa dua buah rumah penginapan. Satu untuk Lydia dan Sarah dan satu lagi untuk Taemin dan ahli exo yang lain tinggal.

Taemin sedang berdiri di beranda rumah penginapan itu. Sedang dia melihat pemandangan pantai. Dia ternampak Sarah yang berjalan keluar dari rumah itu. Dia tersenyum.

[√] Press My Number | L.T.MWhere stories live. Discover now