05: Kawan saja

80 9 1
                                    

#Now play-Shinee (Blackhole)

Taemin mulai mendekati aku dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya itu. Aku membalas senyumannya.

"Erm rindu tak kat Encik Tae ni?"
"Tak ada maknanya nak rindu."
"Haha... Cik Sarah umur berapa?"
"20... Encik Tae?"
"Saya 23... tak best lah kalau main berencik bagai... panggil lah Oppa ke ni tak."
"Eii Encik saya tak selesa. Saya baru je kenal Encik tau."

Dia lantas menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Jom jadi kawan nak?"
"Boleh aja. Kawan sahaja."

Dia mengangguk perlahan. Aku lalu menyambut tangannya. Aku tersenyum senang. Begitu juga dengan dia.

"Boleh tak saya nak minta tolong sikit?"
"Apa dia?"
"Saya nak nombor telefon Encik Onew. Boleh?"
"Boleh tapi panggil saya Oppa dulu. "

Dia mula tersenyum nakal. Muka aku mulai merona merah. Amboi... ada syarat lah pula.

"Cepatlah..."
"Tak mahu."
"Sarah... nak tak nombor Onew hyung ni?"
"Oklah... Taemin O-P-P-A. Nak nombor telefon Encik Onew."
"Ok... hi hi..."

Dia tergelak kecil. Muka aku yang panas. Aku terus menekup muka ku. Malunya. Dia menulis sesuatu di atas kertas setelah mencapai pen di atas meja. Dia memberinya kepada aku. Aku mengucapkan terima kasih.

"Dah dapat nombor Onew hyung... saya pun nak minta tolong juga?"
"Minta tolong apa?"
"Nak nombor Sarah?"
"Eii... sedapnya dia... saya dah ada nombor awak nanti saya miss call ajalah."
"Tak nak.. nak sekarang juga please?"

Aku terus menaip sesuatu dan telefon nya berdering lagu Experience? Dia memandang aku sejenak. Lalu mengangkat panggilan telefon itu.

"Hello?"
"Nah ni nombor saya. Taemin.... O---Oppa."
"Thanks."

Aku menekan butang end call. Dah puas?

"Esok saya dah nak bertolak balik ke Korea dah. Harap dapat jumpa Sarah sebelum pergi... mungkin saya tak dapat jumpa Sarah lagi."
"kalau ada jodoh kita pasti bertemu lagi."
"Ya betul tu."

Kami sama sama membalas senyuman. Ahli shinee yang lain masuk ke dalam bilik. Mereka buat buat batuk. Dan mengangkat kening.

"Tak nak bergambar ke?"

Onew mula memberi cadangan. Aku mengangguk tanda setuju. Mereka berempat mula mendekati ku dan mula mengambil posisi masing masing. Taemin lalu berjalan Ke Arah Ku. Dan berdiri di sebelah aku. Taemin lalu mengeluarkan telefon nya. Dan mengambil gambar.

Selepas itu aku keluar dari bilik mereka. Taemin tampak senang sahaja.

SHINEE POV

Mereka yang lain mulai berkumpul di sekeliling Taemin untuk melihat gambar tadi.

"Comel juga Sarah ni. Beruntung kau Taemin. Tapi dia bukan saseng fan kan?"
"Tak adalah key hyung."
"Nasib baik."

Mata Taemin tidak berhenti menatap gambar itu tatkala melihat wajah Sarah di dalam gambar. Dia lalu memandang wajah ahli shinee sejenak.

"Esok nak tak melawat Sarah?"
"Kat mana?"

Serentak mereka bertanya. Taemin tersenyum sahaja dan mengangkat kening. Dia ingin bertemu Sarah dan mengajak Sarah keluar bersama nya. Dia ingin sekali bertemu Sarah sebelum berangkat pulang ke Korea.

SARAH POV

Aku telah pun keluar dari situ dan berjalan ke arah kereta Lydia. Lydia melambai lambai. Nanti nak ke parti hari jadi ibunya. Malam yang panjang.

[√] Press My Number | L.T.MWhere stories live. Discover now