01: Mana ayah?

404 19 2
                                    

Aku berlari keluar dari rumah dengan sekeping surat yang menyatakan ayahku telah lari ke Korea. Aku baru sahaja pulang dari tanah perkuburan kerana melawat kubur arwah ibuku.

Petang tadi bukankah dia berjanji untuk makan malam bersama ku tapi kini dia tiada puas aku mencari di sekeliling taman perumahan. Jari ku laju sahaja menaip nombor telefon ayah. Aku resah dan kecewa. Baru baru ini ayah kena kejar dengan si along kerana hutang yang bertimbun takkan lah sebab hutang dia telah larikan diri dan kenapa lari ke Korea?

Fikiran ku serabut. Aku lantas menelefon Lydia kawan karib ku sejak kecil lagi.

"Hello Lydia tolong aku... ayah aku lari dari rumah."
"Apa! Lari! Kenapa?"
"Tak tau. Aku jumpa surat je. Bilik dia bertaburan dengan baju. Aku dah naik risau! "
"Ok sabar... bawa bertenang. Sekarang ni kau nak buat apa?"
"Aku nak ke Korea dan cari dia tapi aku tak ada passport dan duit yang cukup itulah yang menjadi masalah! "
"Tenang aku boleh tolong kau hal passport dan duit."
"Aku tak nak lah susahkan kau. Aku nak cari kerja. "
"hmm yalah.. kat kafe bapa saudara aku ada tempat kosong kau boleh kerja kat situ."
"Cool! Kalau hal passport."
"Tu akan aku bantu dint worry."
"Betul ni? "
"Eh kau ingat aku sebagai kawan kau tak boleh nak tolong kau ke? Aku nak tolong sebanyak mungkin. Ok don't worry! "
"Thanks Lydia! "
"Welcome!"
"Bye aku nak gerak dah sekarang. "
"Ok bye! Kalau ada apa2 call aku. "
"Hmm ok."

Aku lalu pulang ke rumah dengan hati yang pilu. Makanan yang terhidang di dapur tidak aku jamah. Aku sudah tidak berselera untuk makan. Aku tak tau nak buat apa dengan situasi seperti ini. Aku menggaru kepala yang tidak terasa gatal. Aku lalu menghempas badan ku di katil.

Aku kini bersendirian di rumah. Rumah kini sudah pun sunyi sepi.

Aku lalu memaksa mata aku untuk pejam. Aku ingin bermimpi indah dan bangun untuk hari esok. Esoknya aku bangun dalam keadaan lesu dan dengan mata yang bengkak.

Ya aku menangis. Aku tak tahu nak buat apa lagi dah. Aku lalu masuk ke kamar mandi dan mandi saja.

Lydia pula di rumah tidak henti henti menaip nombor telefon Sarah. Dia lalu mengambil keputusan untuk ke rumah Sarah. Dia sudah pun bersiap dan mengarahkan pemandunya segera bergerak ke destinasi.

Aku baru saja selesai mandi. Aku segera menyarung kemeja putih yang beropol di bahagian tengkuk dan seluar jean hitam. Sedang ku menyisir rambut ku yang lurus, telefon ku berdering lagu danger. Nyanyian Lee Taemin. Aku segera menjawab panggilan itu.

"Hello?"
"Ni aku Lydia. Aku ada kat depan rumah kau. Aku risaukan kau jadi aku ingat nak tengokkan keadaan kau."
"ouhh Lydia. Ahh! Kenapa kat depan rumah! Ok.. aku ok."
"Kalau macam tu tolonglah buka pintu rumah ni."
"Kejap."
"Ok!"

Aku berlari menuruni tangga. Dan segera mencapai tombol pintu. Lydia muncul dengan senyuman manisnya. Dia manis orangnya tapi yang buat aku tertanya tanya... kenapa dia tak ada kekasih hati? Bila aku tanya kan dia hanya gelak dan jawab. Hanya onew di hati. Ni dah angau tahap apa tah.

Aku membalas senyumannya dam mempersilakan dia duduk di sofa yang empuk.

"Asal tetiba je nak melawat. Aku ok aja. "
"Hmm mana tak risau. Duk seorang kat rumah. Kan lebih baik kalau kau bermalam je kat rumah aku. Kan senang?"
"Aku tak nak Duk bergantung kepada orang. Aku boleh handle keadaan ini sendiri. "
"Tak payah... aku nampak kau tak berhenti menangis dari semalam. Dah berbengkak mata tu."

Aku segera menekup mataku. Dan tertawa kecil. Ya Apa yang Lydia kata tu betul aku rindu ayah. Aku tak suka duduk seorang diri. Aku sunyi. Aku tak ada teman untuk berbual atau berkongsi cerita lain. Kalau ada ayah... aku boleh borak sampai pagi. Tapi dia tak ada.

"Aku ada kawan. Rumah nilah kawan aku. Aku ok."
"Janganlah macam ni. Aku tau kau tak ok. Apa kata besok kau bermalam kat rumah aku. Dua hari pun dah kira cukup. Aku ni pun seorang diri juga. Eloklah tu ajak kau sekali. Jom nak tak?"
"Aer you sure?"
"Yup of course! "

Kami sama tertawa. Aku mengangguk tanda bersetuju hendak bermalam di rumahnya.

Seketika itu di Korea. Kumpulan shinee tak henti henti berlatih untuk melakukan yang terbaik. Mereka berharap dapat bertemu dengan peminat di Los Angeles.

Mereka lalu mengambil keputusan untuk berehat seketika. Lagu ditutup. Kumpulan exo tiba tiba muncul di bilik mereka. Kai cepat cepat berlari ke arah Taemin yang sedang meneguk air. Kai memeluk bahunya.

"Amacam dengan latihan kau? Ok tak?"
"Aku ok. Cuma rasa macam tak percaya dapat pergi ke Los Angeles tu. Tak sabar nya!"
"Aku rasa senang tengok kau seronok."

Kai melentok manja di bahu Taemin. Taemin tersenyum melihat Kai. Asal lah Kai ni suka sangat dengan bahu aku. Sedang mereka bergurau senda. Muncul sehun dari belakang menerjah mereka. Nasib baik tak tersembur air dari mulut Taemin.

"Sehun... kejut aku! Nasib tak kena sembur oleh Taemin."

Kai memukul bahu Sehun. Sehun hanya tertawa. Taemin menunduk kepala dan menutup air botol nya. Lalu memukul bahu Sehun. Sehun terjerit kecil.

"Ok I'm sorry. Lepas latihan ni Jom pergi lepak."
"Banyaklah lepak. Taemin ni sibuk tau."
"tak apa aku ok kalau nak melepak dengan korang. Tapi lepas latihan ni habis. Ok?"
"Ok bos!"

Sehun lalu memeluk bahu Taemin yang sebelah lagi. Hah ni seorang lagi peluk bahu orang. Sesekali terdengar tawa mereka di bilik. Mereka kelihatan sungguh rapat. Kumpulan exo yang lain duduk berbual bual dengan ahli shinee yang lain.

Setelah habis latihan. Taemin dan yang lain pulang ke dorm untuk mandi dan menggantikan baju. Taemin sempat membuka tumblr. Dia mula mencari gambar menarik di Los Angeles. Dia tersenyum manis sambil menatap skrin di telefonnya.

Tak sabar nak tengok Los Angeles. Kalau boleh nak shoot video kat sana pin best juga. Hmm nak shoot untuk lagu apa ya? Aku rindulah pula semasa solo debut aku. Kalau debut sekali lagi sebagai solo. Best juga.

Seronok sekali berada di atas pentas. Rasa perasaan itu sukar untuk diungkapkan. Onew mengetuk pintu bilik. Mata Taemin beralih ke arah pintu.

"Masuklah hyung!"
"Taemin sedang buat apa tu. Kata nak pergi lepak dengan kai dan Sehun."
"Tak tengah tengok picture. Ok hyung. Saya bersiap dulu ye."
"Ah yalah..."
"Oh onew hyung... kalau lah kita buat shoot video kat Los Angeles kan best?"
"Yup memang best. Tapi apa pun sila pergi mandi taeminie. "

Taemin lalu keluar dari bilik bersama dengan tuala mandi.

#hello Selamat membaca dan terima kasih.

[√] Press My Number | L.T.MWhere stories live. Discover now