13 : Terimalah

52 10 2
                                    

#Now play-Taemin (Danger)

Hyejin masuk ke syarikat Big Hit. Sedang dia ingin duduk di kerusi. Dia baru saja teringat akan sesuatu cepat cepat dia keluar dari syarikat itu semula bersama dengan motornya.

Hyejin masuk ke dalam mall. Dia hanya terlupa untuk membeli helmet yang dia ingin beli semalam. Dia sudah berjanji pada pengurusnya akan kembali sebaik sahaja dapat meraih helmetnya.

Dia lalu keluar dari kawasan mall itu. Dia tersenyum puas. Sedang dia berjalan dia ternampak seorang perempuan yang sedang melintas jalan. Dan ada sebuah motor dengan kelajuan tinggi. Hyejin segera berlari ke arah perempuan itu dan menarik lengannya. Perempuan itu baru sahaja tersedar dari lamunan.

Aku terus berpaling ke arah perempuan yang telah menyelamatkan nyawa aku. Aku terkejut juga dengan kelajuan motor itu.

"Awak tak apa-apa?"
"Saya ok... terima kasih."

Dia tersenyum manis dan menunduk hormat. Terhutang budi lah pula. Aku lalu berjalan dengan lebih berhati hati. Lydia di villa tak henti henti mundar mandir sahaja. Dia asyik menggigit bibir sahaja sehingga terluka bibirnya. Loceng di pintu pagar berbunyi. Dengan segera Lydia keluar.

Aku lalu ditariknya masuk ke dalam. Aku hanya mengerutkan dahi. Kenapa dengan Lydia ni? Aku terperasan luka Lydia di bibir. Gigit bibir lagi ke?

Aku baru sahaja hendak duduk di sofa. Lydia terus menerpa aku dengan riak wajah yang risau. Kenapa dengan dia ni?

"Kau ok tak? Aku rasa risau pula dengan kau ni."
"Aku ok cuma..."
"Cuma apa?"
"Ada sebuah motor nak langgar aku tapi ada orang Selamat kan aku.. aku ok! Sumpah aku ok!"
"Hmm lain kali tolonglah hati hati!"
"Hmm yalah..."

Sarah hanya memuncungkan bibirnya. Lydia menggeleng kepala berulang kali. Sungguh dia risau.

Alice mendapat tawaran baru untuk muncul dalam majalah bersama ahli kumpulan exo. Dia menerima tawaran itu dengan hati yang terbuka. Dia lalu ingin berjalan keluar dari bangunan SM Entertainment. Telefon nya berdering menandakan ada satu noti baru. Langkahnya terhenti dia lalu membuka telefon nya.

Jom keluar makan! Saya belanja ;). - V
Yalah.... kat mana? -Alice
Saya akan datang dan jemput awak. - V
Tak usah... tunggu saya kat depan syarikat awak. - Alice
Baiklah... :) - V

Tanpa dia sendiri sedari di bibirnya terukir senyuman yang manis. Mungkin terlalu awal untuk menolak. Fikirnya dan melangkah keluar.

Sehun memandang saja ke arah Taemin yang asyik mengelamun itu. Kopinya tidak terhirup. Kai dan Sehun sama sama memandang. Apa nak jadi dengan Lee Taemin? Fikir mereka berdua. Sehun mula bersuara.

"Kau nak ikut kami pergi bercuti tak?"
"Kat mana?"
"Dia tanya lak? Dekat pulau Jeju."
"Bila?"
"Bila habis promosi lagu Shinee and bila habis penggambaran untuk majalah 'The Style'"
"Ouhh..."
"Nak ke tak nak?"
"Nak..."

Mereka lalu sama sama keluar dari kafe itu. Taemin mula mendongak ke langit biru. Kalau kat pulau....

Mereka berjalan masuk ke bangunan itu dan mereka lalu terpisah apabila Taemin berjalan menghala ke dormnya. Sehun masuk ke dalam dorm Exo. Kai tidak langsung ke dorm kerana ingin mencari Minji.

Minji duduk di dalam sebuah bilik dan bermain piano. Kai yang sedang lalu di sebelah bilik itu terdengar suara merdu Minji. Langkahnya terhenti dan mengintai Minji dari tingkap. Dia tersenyum. Dia lalu berjalan ke arah pintu dan mengetuk nya.

Minji berhenti sejenak dan memandang ke arah pintu. Kai lalu masuk ke dalam.

Minji dengan segera bangun dan ingin berjalan keluar dari bilik studio itu. Kai segera mencapai lengannya.

[√] Press My Number | L.T.MWhere stories live. Discover now