24 : Onew and Lydia

46 9 3
                                    

#Now play-Shinee (Odd eye)

-let's fall in love.-

LYDIA POV

Setelah aku menerima panggilan dari ayah terus aku berangkat ke Shanghai. Aku ke Korea kerana ingin membantu Sarah tapi jika ayah aku mengetahuinya pasti aku akan kena marah. Aku rasa berat hati pula untuk tinggalkan Sarah sendirian.

Aku akhirnya sampai di Shanghai tapi tak lama selepas itu. Aku menerima panggilan dari Onew. Aku mengeluarkan phone aku dari poket.

"Hello?"
"Erm awak tengah buat apa sekarang?"
"Saya nak keluarkan beg dari bonet kereta. Dan nanti nak melangkah masuk ke sebuah hotel 5 bintang..."
"Kejap, hotel? Awak ada kat mana ni?"
"Saya.... kat k...."
"Lydia?"
"Saya ada kat Shanghai sekarang..."
"Eh? Dah tu Sarah macam mana?"
"Dia baik baik sahaja."
"Oh tapi bila awak akan balik ke Korea semula?"
"Dalam masa terdekat ni... nanti saya balik ya?"
"Saya akan tunggu awak..."
"Bye..."
"Bye Lydia."

Aku menarik nafas lega dan mula melangkah masuk. Ayah aku sudah pun menunggu aku di dalam. Aku pergi berjumpa dengan ayak aku di lobby. Ayah aku tampak serius ketika menunggu aku. Aku menelan air liur.

Aku juga takut kerana jika ayah aku tahu yang sebenarnya aku berada di Korea mati lah aku! Aku dengan langkah perlahan mendekati ayah aku.

"Ayah..."
"Baru balik?"
"Saya..."
"Mak kamu ni kan suka sangatlah manjakan kamu. Semua kehendak kamu dia ikuti. Buat apa kamu ke Korea?"
"Lydia cuma nak..."
"Nak apa!? Kamu ni kan satu satunya anak ayah. Kamu nanti akan menjadi pewaris harta ayah!"
"Saya tahu tu ayah."
"Ayah nak kamu duduk di Shanghai dan siapkan semua kerja kamu di sini!"

Dengan itu ayah aku terus melangkah pergi. Aku menghela berat. Dia dah tahu... aduh macam mana ni?

Aku lalu berehat di bilik seketika. Aku merenung kipas yang berpusing itu. Kasihan Sarah kena tunggu aku balik lama lagi. Dia nanti kesunyian.

Aku lalu menekan nombor Sarah.

"Hello?"
"Lydia..."
"Kau ok?"
"Ok.. aku sekarang tengah sibuk melukis."
"Amboi bila start lukis ni? Kau lukis apa?"
"Oh baru je nak start. Aku lukis bunga."
"Oh.. Sarah mungkin aku akan pulang lambat sikit sebab ada hal... nanti aku call kau balik ok?"
"Ok.."
"Kalau ada apa apa call aku tau!"
"Ya.. baiklah bye."
"Bye."

Aku menghela nafas. Sejak bila pula hati Sarah terbuka untuk lukis semula? Dulu mak Sarah yang suka melukis tapi sejak mak dia dah tak ada... Sarah mula ingin melukis untuk mengingati semua kenangan manis tentang mak dia. Tetapi sebab tengok ayah dia yang rindukan mak Sarah. Sarah pula mati hati nak lukis. Mungkin sebab Taemin kot.

Aku tiba tiba menerima panggilan daripada Onew. Aku tersenyum dan mengangkat phone.

"Hello ada apa?"
"Saya rindu awak balik lah sini cepat..."
"Ok.. tapi banyak lah pula kerja.."
"Kalau awak balik ke sini nanti saya nak ajak awak pergi date... boleh tak?"
"Boleh!"
"Bye.. Lydia saya cintakan awak."
"Onew oppa saranghae!"

Aku tersenyum bahagia. Tak lama selepas itu aku ke sebuah syarikat di Shanghai.

Aku bekerja dari pagi sampai malam. Penat gila! Bila boleh berhenti ni? Aku memusingkan kerusi ku ke arah tingkap. Rindu betul pemandangan di LA dan di Korea pada waktu malam. Semestinya suatu pemandangan yang indah.

[√] Press My Number | L.T.MWhere stories live. Discover now