28 : Yang Terakhir

66 9 4
                                    

-I thought break ups were easy but why it isn't that easy with you, girl there's something about you..-

-The memories go dimmer.-

-My insecure heart filled with you eventually.-

#Just Come back and be here.

Aku kini berada di pulau jeju atas jemputan yang diterima daripada Alice. Aku hanya tersenyum saja. Lydia begitu setia menemani aku sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung. Aku ada berbual bual dengan Alice dan dapat berkenalan dengan suaminya, V dan ahli bts yang lain.

Kai bersama dengan Minji. Yang lain semuanya sibuk menikmati juadah yang tersedia. Bts asyik saja berbual dengan V. Sesekali mereka ketawa. Majlis itu disambut dengan gemilang. Aku gembira untuk Alice.

Ahli shinee semuanya ada kecuali Taemin. Kata Onew dia agak sibuk. Aku tidak mengharapkan kehadiran nya. Aku tidak mengharapkannya. Tidak... aku tipu... ya... aku harap sangat kalau dia hadir. Walaupun aku tak boleh berjumpa dengannya tetapi sudah cukup buat aku mengetahui keadaannya. Ya ia sudah pun memadai.

Aku juga ada menerima berita baik yang mak saudara aku sudah pun dibebaskan selepas siasatan semula dan Donghyun dipenjarakan selama 40 tahun. Tetapi oleh kerana dia sebenarnya seorang pesakit jiwa maka dia ditahan di sebuah rumah sakit jiwa.

Aku menarik nafas dan menghembus nya. Aku hanya duduk diam di meja aku. Sambil berbual bual dengan Lydia. Aku tak tahu nak buat lagi selain berbual dengan dia. Ah... kenapa hati aku terlalu ingin berjumpa dengan Taemin?

Aku lalu merehatkan dagu aku di atas tapak tangan. Sarah! Dia sibuk wake up lah dia takkan pernah mahu berjumpa dengan kau. Hyejin datang dan menyapa kami. Aku tersenyum palsu dan berbual dengan Hyejin. Dia sudah pun berdebut sebagai solo di syarikat big hit.

Albumnya yang berjudul "Let's not fall in love." Lagunya berkisar tentang seorang lelaki yang begitu mencintai perempuan itu dan terpaksa memutuskan hubungan mereka. Lagunya telah pun di dalam top chart 10. Baguslah.. dia mendapat tempat yang 2. Aku harap lagunya mendapat tempat 1.

Muzik di dewan itu bertukar kepada muzik romantis.

"Ok para pengunjung sekalian sila bawa pasangan anda ke pelantar."

Ucap jurucakap majlis itu. Jimin datang dan menjemput Hyejin menari. Begitu juga dengan Kai yang dengan perlahan mendekati Minji. Dan memaut pinggangnya. Mereka tersenyum bahagia.

Lydia yang melihat mereka itu. Memuncungkan bibirnya.

"Kan best kalau ada pasangan boleh menari macam tu."
"Ah... pergilah dengan Onew itu."
"Dah dia tak ajak.. macam mana nak menari?"

Onew berjalan ke arah Lydia dan menghulurkan tangan.

"Maaf lambat jemput tapi kini saya datang hendak mengajak tuan puteri menari."

Lydia berpaling wajah ke arah aku.

"Boleh ke? Kau ok?"
"Aku ok... pergilah."

Dengan itu Lydia mencapai tangan Onew. Mereka lalu bergerak ke arah pelantar itu. Aku hanya mendengar bunyi alunan muzik itu. Aku suka bunyi piano itu. Aku suka bunyi biola itu dan tiba tiba saja aku teringatkan Taemin.

"Kalaulah dia muncul...."

Aku minum air masak itu.

Kenapa semua memori tentang dia asyik bermain di dalam kepala aku! Aku hendak melupakan segalanya tapi tak boleh. Kenapa harus begini?

[√] Press My Number | L.T.MWhere stories live. Discover now