#Now play-Bts(Boys in luv)
-We'll create the memories. -
ALICE POV
Sambungan dari chapter peluang terakhir--
Aku hanya memandang ke arah V sahaja. Kami sedang berjalan sambil berpimpin tangan.
"Nanti kalau perempuan tu.."
"Shh.. nanti saya akan cuba selesaikan masalah tu ya?"
"Hmm... baiklah."V membuka pintu kereta untuk aku dan mempersilakan aku masuk. Dia lalu bergerak ke arah pintu di sebelah lagi dan mula menghidupkan kereta itu. Kami tidak banyak bercakap. V mula menghidupkan radio.
Suara radio--
"Dengan ini saya akan memainkan lagu hits terbaik.. iaitu Danger nyanyian Taemin."
Aku lalu memandang ke luar tingkap kereta.
"Erm... Alice?"
"Ya saya."
"Awak.. awak akan pulang ke China balik ke?"
"Ya... kenapa?"
"Tak ada apa apa... tanya je."
"Ok..."Dia lalu memberhentikan keretanya dan keluar dari perut kereta dan bergerak ke arah pintu ku. Dia membukanya. Aku tersenyum dan mula melangkah keluar.
"Apa ni... restoran?"
"Yalah... saya lapar. Kenapa awak tak nak makan ke?"
"Taklah... jom!"Aku menarik tangannya dan mula menapak masuk ke dalam restoran yang kelihatan mewah itu. Kami sama sama order makanan yang sama.
Min Ah asyik saja merenung ke arah cermin. Dia mula tersenyum sinis.
"Kau ingat kau akan bahagia ke V. Tak.. kau takkan bahagia... sebab aku akan hapuskan Alice Wong...."
Dia lalu menapak keluar dari tandas wanita itu. Dalam benaknya dia sudah memikirkan tentang satu rancangan untuk memisahkan V dan Alice.
Esoknya aku bangun dari tidurku yang nyenyak itu. Aku mula membuka TV setelah mencapai remote control TV itu. Aku sesekali menguap.
Aku terkejut kerana terpapar berita tentang aku. Aku mula membaca artikel tersebut.
"Alice ingin bercinta dengan V dari BTS? Hah??"
Aku menggaru kepala ku yang tidak gatal itu. Aku menatap lama skrin itu.
"Apa benda? Siapa yang tangkap gambar aku ni? Ini masa aku jumpa dengan V masa photoshoot dulu. Dah lama kot."
Aku lalu bersiap. Mungkin aku akan tunda dahulu untuk pulang ke China. Mungkin minggu depan aku akan pulang. Setelah bersiap aku mula menapak keluar dari bilik aku. Tetapi aku terkejut kerana terdapat ramai wartawan menanti aku. Mereka mula menyerbu aku.
"Betul ke apa yang dikatakan itu? Benarkah cik ingin bercinta dengan V? Adakah cik sudah pun bercinta dengan V?"
Aku sudah pun pening dengan terlalu banyak kamera dan mikrofon yang dihalakan ke arah muka ku.
"Maaf saya dah terlambat."
Aku mula bergerak tetapi mereka tidak henti henti mengikuti langkah aku. Aku cepat cepat berlari ke arah lif. Tetapi lambat lah pula! Aku mula berlari ke arah tangga di bilik api itu. Aku menuruni tangga dengan laju. Tumit ku mulai rasa sakit. Dahlah pakai heels!
Setelah sampai di tempat lobby. Aku segera berlari keluar dari kondominium itu. Tetapi bila aku keluar banyak lagi wartawan yang lain.
Sejak bila berita ini menjadi sensasi? Di sebelah kiriku ada beberapa peminat V di situ. Mungkin Sasaeng fans?
YOU ARE READING
[√] Press My Number | L.T.M
RomanceJust like we had fated to be together. Completed