09: Saling merindu

67 10 2
                                    

#Now play-Taemin (Reply*Live Version*)

Aku menunggu Taemin di kafe. Dah hampir sejam aku menunggu tapi masih tidak nampak kelibatnya. Tiba tiba seorang lelaki yang memakai topi menarik aku keluar dari kafe. Aku kenal sangat sentuhan ini. Aku berlari bersama lelaki itu.

Sedang kami berlari aku berpaling ke belakang. Wow! Ramainya fans. Semakin laju kami berlari. Kami berlari melintasi Han River. Aku menarik tangannya dan mengambil keputusan untuk bersembunyi di bawah jambatan.

Aku menunduk sedikit. Kelihatan semua peminat tadi berlari sahaja dan tidak perasan kami berada di bawah jambatan ini. Aku menarik nafas lega. Aku berpaling ke arah lelaki itu. Dia lalu membuka topi. Ya dia adalah Lee Taemin.

"Awak ok Sarah? Baju awak basah."
"Saya ok... awak tu ok tak?"
"Penat berlari.... saya ok."

Aku tersenyum mendengar jawapannya itu. Dia memandang aku dengan wajah yang serius.

"Saya rindukan awak. Saya rasa senang sebab awak ada kata sini."
"Taemin.... tapi saya tak rindu pun awak."
"Apa? Sikit pun tak ke?"
"Ah ya sikit pun tak..."

Aku tergelak kecil. Aku memandang nya dengan penuh rasa tenang.

"Saya tipu... saya pun rindukan awak."
"Sarah.... kalau saya cakap ni jangan terkejut pula."
"Apa dia?"
"Sebenarnya saya suk----"

Telefon Taemin berdering. Dia memandang aku. Dan cuba untuk membuka mulut. Bunyi telefon itu masih lagi tidak senyap. Aku lantas keluar dari jambatan itu.

"Awak angkat lah panggilan itu. Saya tunggu kat luar."

Taemin lalu mengangkat panggilan telefon itu.

"Taemin jom lepak! Aku dengar kau tak sibuk mana pun..."
"Oh Sehun, kenapalah kau telefon di saat aku nak... ah tak mengapalah. Nanti kita lepak ya?"
"Ok... jangan lambat!"
"Ya."

Taemin lalu menekan butang end call. Lalu keluar dari jambatan. Aku berpaling ke arah nya.

"Siapa call?"
"Sehun... erm Sarah jumpa lagi ok? Maaf pasal hari ni."
"Oh Exo Se hun... Tak mengapa. Awak pergi lah. Saya ok."
"Terima kasih."

Aku lalu berlalu pergi dari situ. Dia menarik lengan ku. Aku berpaling ke arahnya.

"Ya kenapa?"
"Boleh tak kalau awak tolong buang kumbang besar yang ada kat atas kepala saya ni?"
"Hah kenapa?"
"Please..."

Dia kelihatan agak takut. Di tangan nya dia menggenggam erat topinya. Aku tersenyum. Oh dia tak suka kumbang rupanya. Dia menundukkan wajahnya dan dengan perlahan aku menjinjitkan kaki dan membuang kumbang itu jauh jauh.

"Dah tiada..."

Dia mengangkat muka dan kami agak rapat. Dia memandang wajah aku dengan suatu renungan yang aku tak pasti. Telefonnya berdering lagi. Dia mengeluh. Aku menjarakkan diri dan meminta diri untuk pergi. Dia mengangguk perlahan dan menjawab panggilan itu.

Aku lalu melangkah pergi dengan hati yang penuh debar. Entah mengapa aku asyik berdebar di saat aku bersama dia. Aku tak faham. Mungkin sebab berlari tadi? Aku tak faham.

Minji keluar dari bilik itu. Hatinya juga tidak menentu. Niatnya hendak mengenakan Kai tapi dia yang terkena. Hatinya bagai dicuri oleh si Kai tu. Aku tak boleh! Aku tak boleh suka dia! Bentak hatinya. Bagaimana nak berdepan dengan Kai nanti? Naik gila aku begini. Desis nya.

Dia berlalu ke tandas wanita.

"Adakah aku patut cancel je duet tu?"

Fikir Minji. Dalam kepalanya, dia teringat detik indah antara dia dan Kai. Dia cepat menggeleng kepala cuba untuk membuang memori itu. Selepas hatinya kembali tenang. Dia kembali ke bilik itu bersama dengan beberapa helaian tisu kertas.

[√] Press My Number | L.T.MWhere stories live. Discover now