#1

9.9K 211 4
                                    

Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 20 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
MATANYA tertancap pada sesusuk tubuh tersarung dress hitam yang melekat mengikut susuk tubuh langsing menggiurkan. Buat nafsu jantannya terjentik. Tidak terlalu terdedah di mana-mana jika mahu dibandingkan dengan gadis-gadis lain yang cuba menayang segala aset yang ada.

Tersugil senyum sinis di bibir melihat gelagat-gelagat gadis yang menghadiri annual dinner yang diadakan syarikatnya. Entah kenapa matanya leka menatap si gadis yang asyik berbicara sopan dengan wajah-wajah yang turut dikenalinya.

Annual dinner syarikatnya turut menjemput klien-klien penting untuk mengeratkan lagi kerjasama di antara syarikat. Tetapi gadis itu wajah baru di matanya. Rasanya tidak pernah mereka bersua di mana-mana. Tentunya dia akan ingat wajah secantik itu walaupun tiada niat mahu memikat.

Senyuman tidak lekang dari bibir itu. Menambah ayu dan manis di wajah. Dia bosan sebenarnya. Sudah penat melayan klien-klien yang menyapa. Tidak lupa pada gadis-gadis yang datang menggedik di hadapannya. Tiada selera untuk itu.

Sejak dia mengambil alih tanggungjawab ayahnya sebagai peneraju syarikat masanya sudah tiada untuk bercanda dengan gadis-gadis murahan. Mungkin dia sendiri sudah muak untuk itu. Permainan yang memenatkan emosi baginya. Malas melayan gadis-gadis yang masih ingin menempel sedangkan dia sudah jemu.

Dari bibir yang tersenyum, matanya jatuh pula pada mata hitam si gadis. Dahinya berkerut sedikit. Mata dan bibir tidak selari perbuatan. Senyuman yang cukup manis tidak sampai ke mata. Mata hitam yang beralis lentik cantik. Sayangnya, mata itu bagaikan hilang cahaya. Bagaikan merenung kosong. Tiada sinar di mata itu. Mata yang tidak menzahirkan apa-apa masakan mampu mengukir senyuman.

Ternyata senyuman di bibir itu palsu. Senyuman palsu yang cukup meyakinkan. Makin sinis senyum yang tersugil di bibir. Bagaimana begitu mudah gadis itu mengukir senyum begitu manis sedangkan mata itu menceritakan sebaliknya. Mata itu bagaikan beku. Hebat benar lakonan si gadis. Kagum dibuatnya.

"Ice," komen Hijam yang datang menempel di sebelah tiba-tiba.
Ghazi berpaling pada sahabat merangkap adik iparnya. Kurang senang tumpuannya diganggu tanpa salam diberi.

"Ice?" soalnya kurang faham.
"Kau nak try ke, Ghaz?" soal Hijam. Bukan dia tidak perasan mata Ghazi terarah ke mana.

"Itu ke?" Dia tertawa sinis. Dia hanya melihat-lihat. Bukan bermakna dia berminat mahu dekat. "Nope. Not interested."

"Good for you." Bertaut kening Ghazi bagaikan tercabar dengan komen sahabatnya. "Dia bukan untuk didekati. I'm warning you. Ice queen. Buang masa aje kalau nak dekat."

"Aku mungkin dah tak ada masa nak layan perempuan. Bukan bermakna taring aku dah hilang," bidas Ghazi sinis. Mahu sahaja dia melangkah berhadapan dengan si gadis yang dikatakan Ice Queen. Mahu dileburkan menjadi air. Belum ada gadis yang pernah menolaknya jika dia mahu. Dan terlalu ramai yang datang menggedik tanpa dipinta.

Belum sempat dia melangkah namanya sudah diseru oleh Dato' Ariffin. Dia menghela nafas berat. Tiada lain kalau namanya dipanggil. Mahukan dia bertemu kenalan-kenalan yang mempunyai anak gadis yang sesuai dijadikan teman hidup. Topik yang membosankan. Hilang terus imej itu dari pandangan. Ice Queen. Punya senyuman yang cukup manis. Sayangnya, palsu!

DIAMBIL air di meja buffet yang disediakan. Hidangan buffet mewah yang menyelerakan cukup menunjukkan besarnya dan gah sesebuah syarikat. Bukan murah untuk mengeluarkan kos bagi annual dinner semewah Diamond Group.

Dia sendiri peneraju syarikat. Dan dia tahu kos yang diperlukan untuk majlis semewah ini. Bukan calang-calang hotel yang dipilih. Syarikatnya hanya bersaiz kecil. Jauh untuk dibandingkan dengan Diamond Group yang sudah bertapak lama. Sudah berpuluh tahun menongkah arus. Badai yang menghentam tidak buatnya jatuh. Malah semakin kukuh biarpun ekonomi dilanda gawat.

Syarikatnya hanya setahun jagung. Namun jika diikutkan pencapaiannya juga tidak boleh dipandang rendah. Bukan mudah untuk membangunkan sesebuah syarikat dalam masa hanya 5 tahun. Mudah sahaja untuk hancur jika tidak kena gaya.

Diteguk jus oren menghilangkan dahaga. Perit tekak melayan tetamu-tetamu majlis yang turut mengenalinya. Bibirnya terasa penat mengukir senyuman manis. Senyuman yang dipasakkan kemas menghias wajah. Menutup apa sahaja yang bergolak di dasar jiwa. Ya, segalanya ditutup.

Dahinya berkerut sedikit. Terganggu memikirkan sepasang mata hitam yang cuba menebak ke dasar yang tertutup rapi. Walaupun dari jauh, dapat dirasakan renungan tajam menikam yang menjamah wajahnya. Hanya dia yang pura-pura tidak sedar. Tidak membalas kembali renungan itu.

Dia kenal pemilik sepasang mata itu. Peneraju Diamond Group. Pewaris. Lelaki itu mungkin tidak mengenalinya. Namun dia tentunya kenal kerana dia berurusan dengan anak syarikat Diamond Group. Tentunya dia ambil tahu segalanya tentang syarikat itu sebelum memulakan apa-apa urusan. Dan dia mengambil tahu perkara yang penting. Peneraju syarikat tentunya cukup penting untuk diketahuinya.

Senyum sinis bermain di bibirnya kini. Hanya sedetik cuma. Kemudian bibir itu terus melakar senyum manis pada lelaki-lelaki yang menghampirinya. Lelaki-lelaki yang perlu ditepis yang mahukan perhatiannya. Lelaki-lelaki yang pantang melihat perempuan berdahi licin. Tetapi lelaki beginilah yang digunakan untuk mendapatkan projek.

Didekati lelaki bukan keinginannya. Namun jika bibirnya perlu mengukir senyum manis buat lelaki-lelaki yang mampir, pastinya tidak akan dibiarkan percuma sahaja. Senyum manisnya pasti berbayar. Baginya tiada yang percuma di dalam dunia ini. Setiap sesuatu perlu dibayar setimpal dengan harganya.

Tiada jalan yang mudah buatnya. Kerna itu dia tahu tiada yang percuma untuknya. Usah diharapkan bulan jatuh ke riba. Dia akan terus menongkah arus mendapatkan apa yang dimahukannya. Dengan usaha kerasnya. Dengan akal fikiran yang diberikan.

Dia bukan pewaris sesiapa. Dia perlu berdiri di atas kaki sendiri. Jalannya tidak semudah pewaris Diamond Group. Lahir di atas dulang emas. Sebuah empayar sudah menanti untuk diambil alih. Sedangkan dia perlu mengesat lelah sendiri untuk syarikatnya berdiri teguh.

Entah kenapa renungan mata itu tadi terasa menyakitkan. Mahu sahaja dia berhadapan dengan lelaki itu menyoal akan renungan tajam yang terasa cukup sinis padanya. Ditepis jauh persoalan yang mengganggu dan dia menatap wajah-wajah di hadapan mata. Wajah-wajah yang nyata cuba memikatnya. Dan akan dipastikan kecundang jua.

BATRISYIAWhere stories live. Discover now