Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 30 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
PANCURAN air yang dingin tidak dapat memadamkan api amarahnya. Api yang membakar tetapi tidak dapat diluahkan pada sesiapa. Siapa yang tidak marah jika hadir lelaki yang tiba-tiba sahaja memburunya tidak kira di mana.Kalau di tempat kerja pun lelaki itu boleh muncul, dia percaya ke mana sahaja dia pergi pasti Ghazi mampu menjejakinya. Privasinya begitu mudah diceroboh. Tidak mustahil tiba-tiba sahaja terpacul di depan pintu rumah.
Jiwanya makin kalut memikirkan kemungkinan itu. Tidak sanggup jika tempat paling privasi juga diserang lelaki tidak tahu malu itu. Apa yang patut dilakukan? Membuat laporan polis? Mahu kecoh nanti. Bukan sembarangan lelaki. Dia lebih suka selesaikan masalah sendiri selagi mampu.
"I mungkin gilakan you. Jaga-jaga. I mungkin buat you jatuh cinta."
Ayat itu terpatri kukuh di dalam kotak memori. Memori yang kini asyik mengganggu. Serius dia tidak tahu bagaimana mahu menghalau lelaki yang tiba-tiba menempel dalam hidupnya."Argh, stop it!" Tangannya memicit kepala yag terasa pusing. Terlalu lama di bawah pancuran air. Hanya tubuh yang dingin. Hati tetap panas membara.
"Kalau dia tak gila aku yang gila dibuatnya!" Pancuran air ditutup. Tuala singkat dicapai menutup tubuh yang basah. Dia keluar dari bilik air. Terasa dingin angin luar mencengkam kulit. Angin yang menghembus melalui tingkap balkoni yang sengaja tidak ditutup rapat.
Dia suka begitu. Bermesra dengan malam. Malam itu kehidupannya. Malam yang menutup kelam hati. Malam yang mencerminkan dirinya. Malam ini di dada langit penuh berbintang. Di dadanya pula penuh amarah. Dihela nafas berat. Kepala ligat berfikir.
"Meowww."
Jemarinya menggamit agar Gugurl datang padanya. Gugurl yang cukup manja berbulu putih bertompok kelabu. Bermata biru. Menjadi peneman di banglo mewah miliknya. Dia selesa sendiri. Tiada sesiapa di sisi.Gugurl terus memanjat naik ke riba tuannya. Dijilat manja tangan tuannya yang masih basah. Batrisyia mengetap bibir menahan geli.
"Aku nak buat apa kat mamat tu?" soalnya pada kucing yang tidak mengerti apa-apa. Gugurl terus menggesel manja. "Semua sebab mata biru kau, kan?" Dielus mata Gugurl lembut. Makin suka Gugurl melentok padanya.
"Aku patut ajar mamat tu, kan? Kalau tak dia akan terus ganggu hidup aku. Apa patut aku buat dengan mamat ego tu, Gugurl? Angkuh!"
Dia mengetap rahang bengang. Kepala ligat mencari cara untuk menghalang Ghazi dekat dengannya. Dia bukan perempuan yang lemah untuk berserah sahaja. Dia bukan mainan buaya seperti Ghazi. Tidak semudah itu untuk mempermainkannya. Dia Batrisyia. Tak mungkin kalah!
YOU ARE READING
BATRISYIA
RomanceBatrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar. "I want you... and I will keep hunting you. Again... and again." "You dah gila!" "I mungkin gilakan...