Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 20 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
"KAU dah gila? Aku punya klien tu," tingkah Hijam sudah berdiri di pintu menanti Ghazi melangkah masuk. Segala yang berlaku menjadi tontonannya. Tidak sangka Ghazi akan bertindak begitu. Kenalkah Ghazi? Sejak bila pula kenal sampai boleh bertegur sapa? Kenapa dia tidak tahu pun?Ghazi tertawa sinis seraya masuk ke bilik Hijam terus duduk tanpa dijemput. Lagak seorang bos besar. Tidak perlu sebarang jemputan. Dia bersandar selesa di kerusi. Bibir terus sinis dengan senyuman.
Wajah cantik itu masih bermain di mata. Langsung tidak dipedulikan Hijam yang kini duduk berhadapan dengannya menanti penjelasan untuk drama sebabak tadi.
"Tell me her name," tuturnya dengan nada mengarah. Dia hanya tahu gadis itu klien Hijam. Tidak pula disoal nama si gadis sebelum ini. Pelik bukan? Dia langsung tidak tahu apa-apa tentang si gadis. Tapi mata biru itu sesekali mengganggu fikiran. Ya, sebulan yang lalu mereka bertentang mata. Terasa masih segar di ingatan. Tidak pula dia cuba menjejaki lagi.
"Kau tak kenal dia pun, kan?" tingkah Hijam serius. Nama pun tak tahu. Macam mana pula tangan si gadis selamba sahaja dipaut abang iparnya itu.
"Tell me her name," tegas Ghazi.
"Batrisyia."
"Beautiful name." Sesuai benar nama itu dengan pemiliknya. Nama yang indah untuk pemilik istimewa. Ya, gadis itu cukup istimewa. Tidak perlu dia tahu segalanya. Dia tetap boleh tahu gadis itu bukan gadis sembarangan. Gadis yang sesuai untuk bergandingan dengannya.
"Tell me about her."
"Kejap. Kau dah kenapa, Ghaz? Aku dah cakap perempuan tu dingin macam ice. Tengok boleh. Dekat... kau yang beku nanti. Cantik untuk dipandang sahaja. Bukan untuk kau dekat," tingkah Hijam. Tidak faham kenapa sahabatnya tiba-tiba sahaja berminat dengan Batrisyia. Dia pula yang bimbang.
"Kau rasa aku tak mampu?" soalnya bagai tercabar.
"Bukan soal mampu ke tak. Soalnya kau tak kenal pun dia. Lepas tu kau selamba aje pegang tangan dia. Aku tak faham dengan kau. Sejak bila kau kenal dia?"
"Aku tak kenal."
"Tapi kau selamba pegang tangan anak dara orang. You... really..."
"Selepas ni aku akan lebih kenal dan lebih dekat dengan dia. So, tell me about her," potong Ghazi tegas.
"Kau betul-betul nak tahu?" Serius raut wajah Ghazi dipandang. Terpikatkah sahabatnya itu?
"Aku sendiri tak tahu banyak pasal dia. Yang aku tahu dia ada syarikat sendiri. Without back up... dari keluarga kaya. Syarikat yang agak besar untuk interior design. She's a capable woman. Not easy to break."
Bukan mudah untuk seorang gadis tanpa sokongan keluarga kaya menongkah arus dalam dunia perniagaan rekaan dalaman yang lebih didominasi kaum lelaki. Lainlah jika gadis itu berasal dari keluarga yang kaya. Dia tahu Batrisyia hanya menggunakan tulang empat kerat dan akal yang bijak untuk berdiri di tahap ini. Dia sendiri kagum dengan gadis yang selalu berurusan dengannya itu.
"I don't want to break her."
"Habis tu apa kau nak buat dengan dia?"
"Yang tu... aku akan jawab lepas aku jumpa dia malam ni," bidas Ghazi bersahaja.
"Kau ada janji dengan dia ke malam ni?" Bertaut kening Hijam dengan jawapan itu. Yang dilihat tadi Batrisyia kelihatan marah. Tiada pula gaya seperti mahu bertemu lagi dengan Ghazi. Laju sahaja meninggalkan Ghazi bagai terserempak hantu.
"Nope. But I will find her," ucapnya tersenyum penuh misteri. Malam ini gadis itu pasti didekati. Malam ini dia ingin menatap sepasang mata biru itu lagi. Malam ini tiada kepalsuan di antara mereka. Malam ini...
YOU ARE READING
BATRISYIA
RomanceBatrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar. "I want you... and I will keep hunting you. Again... and again." "You dah gila!" "I mungkin gilakan...