"IS this a joke?" soal Batrisyia dengan wajah tegang. Tunak matanya tepat memandang wajah Hijam yang juga tampak serius. Tidak pernah Diamond Wood Sdn Bhd memberikan masalah buatnya sebelum ini. Semua kayu yang ditempah cantik kualitinya. Sudah lama mereka bekerjasama.
Bila ada masalah begini dia terus sahaja menyerang bos besar di Diamond Wood. Senang kerja. Sememangnya dia senang berurusan dengan Hijam. Dan Hijam melayannya hormat kerana tempahan yang dibuat bukan sikit jumlahnya. Dia klien besar buat Diamond Wood.
"Let me check about this, Trisy. I rasa mungkin ada kesilapan..."
"Memang silap besar," potong Batrisyia mengetap bibir yang selalu tersenyum di hadapan lelaki itu. Tidak hari ini. Hari ini dia menyimpan marah. Seboleh mungkin lahar berapi dipendam agar nada suaranya tidak melengking di hadapan lelaki itu.
Bagaimana tidak marah jika kayu yang berkualiti tinggi yang dijanjikan sedangkan yang sampai barang yang patutnya dibuang. Kesilapan begini tidak patut terjadi. Lewat sehari sahaja boleh buat projeknya tertunda berhari-hari.
"I need it by tomorrow. Please settle this matter as soon as possible," tekan Batrisyia tegas.
Sedari tadi matanya asyik merenung si gadis yang tampak marah. Tampak hangat dalam perbincangan bersama adik iparnya. Bilik kaca itu membolehkannya melihat seraut wajah cantik itu. Hanya pintu yang tertutup menghalangnya mendengar apa yang dibicarakan. Entah apa masalah yang timbul hingga bibir itu terketap menahan lahar yang bergelodak.
Dia selamba sahaja bersandar selesa di dinding kaca menjadi pemerhati. Matanya tajam pada seraut wajah yang buatnya melangkah tanpa tujuan ke kelab malam sebulan yang lalu. Tiada mata biru. Mata hitam palsu menutup keindahan itu. Ada rasa tidak senang dengan kepalsuan itu. Ingin ditatap sekali lagi sepasang mata biru yang bersinar galak. Bukan mata hitam beku yang kini terpaku padanya.
Batrisyia keluar dengan hati yang sebal. Sebal dengan kejadian yang berlaku. Dan bertambah sebal dengan renungan tajam menikam lelaki yang kini berdiri di hadapannya. Tidak perlu ada deria keenam untuk tahu dirinya menjadi mangsa renungan. Apatah lagi orangnya tidak cuba menyembunyikan renungan itu. Terang-terangan. Seperti mahu dia tahu akan kehadiran lelaki itu. Angkuh benar.
"What?!" Terletus suaranya kasar.
Dahinya berkerut sendiri bila tersedar bibir laju menyoal lelaki di hadapannya. Apa perlu dia menyoal? Dia hanya perlu melangkah pergi. Pura-pura tidak nampak sahaja. Mungkin kerana angin yang kurang baik buatnya hilang sabar. Untuk apa lelaki itu merenungnya sebegitu? Renungan yang meresahkan."Why must you hide it?" soal Ghazi terus pada persoalan yang mengganggunya sejak kali pertama matanya tenggelam di lautan biru itu. Indah. Tiada kepalsuan.
Batrisyia menahan diri dari berbicara yang bukan-bukan. Lahar di hati semakin membuak-buak. Siapa lelaki itu untuk bertanya soalan begitu padanya? Pertama kali berhadapan begini dan soalan itu terpacul dari bibir lelaki itu. Sungguh tak malu. Dia paling tidak suka lelaki ego begini. Lagak seperti tahu segalanya.
"Don't hide something so beautiful," sinis bicaranya.
"What do you want?" keras soalan itu. Nasib baik tiada sesiapa di kawasan bilik Hijam. Bilik Hijam peneraju Diamond Group agak terpisah dari staf-staf lain.
"What do I want? Maybe... I want you," bersahaja kata-kata itu tapi cukup mendalam maknanya.
"You..." Tiada kata-kata yang mampu diungkap pada lelaki yang baginya cukup angkuh itu. Lagak bersahaja dengan senyum sinis di bibir. Dan mata yang tajam menikam. Buatnya hatinya lari rentak. Rentak marah. Rentak benci. Sungguh dia tidak suka.
Argh, tidak guna melayan lelaki gila. Baik dia pergi sahaja. Baru kakinya mahu melangkah pergi, tangannya dipaut tangan kasar itu. Berderau darahnya dengan tindakan selamba lelaki itu. Senyum sinis yang dipakukan di bibir itu bertambah sini."I will find you," bisik bibir itu rapat di telinganya seraya melepaskan pautan itu. Laju sahaja langkahnya meninggalkan Diamond Wood Sdn Bhd bagai dikejar hantu. Gila. Psiko. Dia tidak ingin bertemu dengan lelaki gila seperti ini lagi. Sumpah tidak mahu!
YOU ARE READING
BATRISYIA
RomanceBatrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar. "I want you... and I will keep hunting you. Again... and again." "You dah gila!" "I mungkin gilakan...