#20

8.2K 183 8
                                    

Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 30 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
IS... I nak jumpa you malam ni," ucap Batrisyia serius. Mengharap jawapan positif di hujung talian. Semuanya gara-gara Ghazi.

Puas dicuba untuk tidak mempedulikan kata-kata Ghazi. Biarkan kata-kata lelaki itu umpama angin lalu sahaja. Tidak kuasa melayan arahan yang tidak patut diturut itu. Siapa lelaki itu untuk mengarahkannya membuktikan hatinya sudah berpunya?

Apa perlu dia menurut? Malangnya pesanan Ghazi menyogoknya untuk menurut. Sedar pesanan Ghazi itu ada benarnya. Menfailkan saman terhadap lelaki itu bakal memalitkan gosip pada imejnya yang terjaga selama ini.

Sanggupkah dia mencemar nama baik sendiri kerana mahukan Ghazi menjauhkan diri? Silap hari bulan peguam Ghazi melabelnya sebagai perempuan yang mencari publisiti murahan dengan cuba menjatuhkan lelaki kaya seperti Ghazi. Ataupun dia digelar perempuan mata duitan. Tidak mustahil Ghazi boleh memutarbelitkan cerita hingga Ghazi yang dilihat sebagai mangsa.

Bagaimana kalau itu yang terjadi? Tidak sanggup dia memikirkan kemungkinan itu. Tetapi tidak mustahil itu yang akan berlaku. Ghazi tidak akan duduk diam jika dia cuba membusukkan nama keluarga lelaki itu. Mana mungkin lelaki seperti itu diam mengharap pada nasib sahaja jika sudah ditentang.

Serabut kepalanya memikirkan perihal Ghazi. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba sahaja Ghazi mengejarnya. Mengganggu ketenangan hidupnya. Macam tak ada perempuan lain yang boleh dikejar. Apa perlunya mengejar orang yang tidak sudi?

Dasar lelaki ego! Yang sukar itulah yang mahu ditawan. Kononnya cabaran. Dia tidak semudah itu. Kali ini Ghazi akan kalah. Kali ini Ghazi akan sedar tak semua gadis akan suka padanya. Tak semua gadis merasa diri bertuah dapat berada di sisi Ghazi.

"First time you ajak I jumpa dulu. I dah lama give up nak tunggu you ajak I keluar," suara garau di hujung talian membalas ceria.

Batrisyia tertawa sinis. Rasa tersindir pula. Selama mereka berkawan jarang sekali mereka keluar. Jika keluar sekalipun setelah puas Iskandar memujuknya. Iskandar yang lebih banyak datang mengganggu di syarikat. Dan dia tidak pernah menghalang.

Lelaki itu sudah dianggap sahabat. Sesekali punya sahabat yang menceriakan harinya bagus juga. Dia tidak punya sahabat lain. Sedari di bangku sekolah tidak pernah membiarkan sesiapapun datang dekat. Biar perempuan mahupun lelaki.

Lebih selesa hidup sendiri. Tidak perlukan sesiapa. Yang penting hanya adik-adik. Tiada yang lain. Jika ada yang cuba dekat ditepis awal-awal lagi. Hanya Iskandar yang tidak kisah dihambur dengan kata-kata sinisnya. Lagi-lagi Ghazi yang tidak lelah mengejar. Argh, dia serabut.

"Trisy... are you there?" soal Iskandar bila talian di hujung sana bisu tiba-tiba.

"Boleh tak? Malam ni?" balas Batrisyia kembali pada persoalan pokok.

"Kalau you yang ajak... 100 perempuan pun I sanggup tinggalkan. Demi you, Batrisyia," bisik Iskandar bergemersik di pendengaran.

Batrisyia menggigit bibir tidak senang. Iskandar semakin hari semakin suka pula menggunakan ayat-ayat buaya yang digunakan untuk gadis-gadis yang selalu menjadi mangsa. Dia ingat aku sama ke?

"Berbulu telinga I dengar. Boleh tak you jangan guna ayat buaya you tu? I bukan target you!" tingkah Batrisyia serius. Dibalas dengan gelak besar di hujung talian.

"What if you are?" duga Iskandar. Dia semakin berani. Sebenarnya semakin hilang sabar. Jika ditunggu hingga ke akhirnya Batrisyia tidak mungkin menjadi miliknya. Dia sudah menanam percaya di hati Batrisyia. Kini dia mahu mengajar gadis itu bercinta pula.

BATRISYIAWhere stories live. Discover now