#3

6.5K 167 1
                                    

Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 20 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
"CALL my lawyer, Darni. Set the time for me to meet him," arah Ghazi serius pada setiausaha yang menanti di hadapannya.

Dia tersandar selesa di kerusi empuknya. Rasa puas bila projek yang diinginkan sudah berada di dalam genggaman. Berbulan juga memakan masa untuknya membeli projek yang terbengkalai di Pulau Perhentian Kecil.

Resort yang sepatutnya sudah lama siap terbengkalai kerana salah percaturan duit. Perkara biasa jika ahli perniagaan itu tidak bijak menguruskan kewangan. Baru nak naik sudah habis modal digunakan untuk membeli kereta baru. Melancong entah ke mana-mana. Macam mana tidak lingkup?

Sayang benar. Projek itu tentu membawa pulangan lumayan jika mengikut perancangan awal. Dia mahu menjadikan resort itu resort mewah sekaligus mengubah konsep asal yang hanya bertaraf 3 bintang. Resort itu akan dijadikannya bertaraf 5 bintang. Dan resort itu akan menjadi harta persendirian miliknya. Bukan di bawah payung Diamond Group.

Biru laut akan menggamit pencinta alam untuk datang bersantai di resortnya nanti. Mereka yang inginkan suasana romantis bersantai di pantai berlaut biru tidak akan melepaskan peluang. Biru. Sebiru mata yang bersinar galak itu.

Siapa sangka gadis itu menyembunyikan sesuatu yang indah. Mata biru yang membalas renungannya itu sukar untuk dilupakan. Galak bersinar mengganggu hingga ke alam mimpi. Mengusik naluri lelaki yang sudah lama dibiarkan sepi.

Wajah itu terlayar lagi di mata. Rambut panjang separas bahu itu hanya ditocang kuda. Ringkas penampilan itu. Seringkas pakaian yang tersarung di tubuh. Bisa menggoda mata-mata yang liar memandang. Bibir itu sinis mengusir lelaki yang mendekat. Dan mata biru yang galak membalas renungannya sukar untuk dibuang dari ingatan.

Kenapa perlu mata secantik itu disembunyikan dari pandangan? Mata biru itu menambah kecantikan yang sedia ada. Menambah tarikan pada gadis itu. Mata biru yang bagai menggamit sesiapa yang melihat. Seducer.

"That's all, boss?" soal Darni bila Ghazi diam lama tanpa memberikan arahan selanjutnya. Tidak juga memberi isyarat menyuruhnya keluar.

"Kalau mata you biru... will you hide it?" soal Ghazi serius. Bukan tidak biasa dilihat Darni menggunakan contact lens berbeza warna. Sekejap biru. Sekejap hijau. Up to date kononnya. Perempuan hari ini begitu suka memalsukan diri.

"Why would I? Penat I pakai lens ni sebab nak nampak minah saleh sikit. Takkanlah I nak sembunyikan pulak. Blue eyes... very attractive." Hari ini matanya hijau. Emerald.

"That's what I thought. Buat apa nak sembunyikan sesuatu yang cukup indah," tutur Ghazi bersahaja. Misteri. Itu yang mengganggu fikirannya. Pelik dengan tingkah gadis itu. Apa perlunya menutup mata biru itu? Bukankah perempuan seboleh mungkin mahu menunjukkan kecantikan yang ada?

"Minah saleh mana yang dah tarik perhatian you?" korek Darni. Dia ingin tahu. Jarang ada gadis yang mampu menarik perhatian bosnya itu. Entah kenapa ada rasa cemburu yang membelit. Perasaan itu sudah lama dibuang jauh. Dia sudah punya suami. Malah punya dua orang anak. Kenapa masih ada rasa yang bersisa? Rasa yang tidak pernah diketahui lelaki di hadapannya ini. Lelaki ini tidak pernah peduli jika tahu sekalipun.

"Minah saleh, huh?" Tawa sinis meletus di bibirnya. Untuk apa dia beria-ia memikirkan tentang gadis yang tidak pernah ada kaitan dengannya. Hanya kerana sepasang mata biru yang mengasyikkan? No way!

"You betul-betul serius nak cari isteri, huh?"

"Kalau you belum kahwin... senang kerja I. Tak perlu I pergi jauh untuk cari bakal isteri," tutur Ghazi selamba. Langsung tidak tahu kata-kata itu menjentik hati sahabatnya itu.

"Oh, please don't lie, Ghaz. You don't want me. Seingat I... you tak pernah mahukan mana-mana perempuan kecuali untuk hiburan you semata-mata. I'm your secretary, boss. I know you," balas Darni dengan suara tertahan. Entah kenapa rasa hatinya tercarik dengan usikan itu. Usikan bagi Ghazi. Tidak baginya. Bukan mudah untuk membuang rasa yang bertunas di hati buat pertama kali. Bukan bermakna dia bukan isteri yang setia.

"I'm that bad, huh?"

"Very bad, boss," ucap Darni melenggang ke tempatnya. Meninggalkan Ghazi dengan persoalan si mata biru. Ghazi hanya gelak besar dengan kenyataan itu. Tidak kisah diselar setiausahanya.

BATRISYIAWhere stories live. Discover now