DATO' ARIFFIN kelihatan serius menatap gambar-gambar di tangan. Wajah sahaja nampak serius. Sebenarnya menyembunyikan tawa.
Bermacam-macam imej menyapa pandangannya. Asyik membelek hingga tidak sedar anak sulungnya sudah berdiri di hadapannya memandang serius.
"Not again, dad," suara garau itu membuat Dato' Ariffin mengangkat wajah.
Tersugil senyuman di bibir dengan komen itu. Dia terus menyerahkan gambar-gambar di tangan kepada si anak. Laju sahaja keluhan keluar dari bibir sang anak. Dia gelak besar. Dalam mengeluh tetap disambut hormat oleh si anak.
Dari tadi dia menanti anaknya untuk bersarapan sama-sama. Sudah menjadi tabiat anaknya berjongging setiap pagi sebelum ke pejabat. Dahulu dia muda-muda pun begitu juga. Menjaga stamina tubuh. Kesihatan amat penting. Bila sudah berumur begini hanya sesekali dia turut serta. Tidak sekerap dulu.
"Kenapa muka kelat tu?" soal Datin Jumin pada anaknya yang merebahkan punggung di kerusi meja makan.
"Apa lagi kalau bukan ni," bidas Ghazi meletakkan gambar-gambar itu di atas meja. Datin Jumin tersenyum manis. Tergeleng-geleng dengan permainan suaminya.
"It's time you know," bela Dato' Ariffin bila mata sang isteri menuduh motifnya. Anak lelaki mereka bukan muda lagi. Anak-anak gadis mereka sudah selamat mendirikan rumah tangga. Si abang pula yang masih setia mahu mengekalkan status 'hot bachelor'.
"Mommy... tolong nasihatkan daddy sikit. Ghaz tak mungkin pilih dari gambar-gambar ni. Takkan ada suri Ghaz dalam gambar ni," tingkah Ghazi serius.
Di hadapan ibu bapanya, dia menjadi anak yang baik. Taat dan hormat. Tidak di luar. Di luar dia ahli perniagaan yang tidak kisah kawan atau lawan. Yang penting matlamatnya tercapai. Apa yang dimahukannya, itu yang akan berada di dalam genggamannya.
"Ghaz ingat daddy nak dengar cakap mommy," tingkah Datin Jumin terus menyerah kalah. Ayah dan anak sama sahaja degilnya. Yang seorang tidak mahu berkahwin. Yang seorang lagi tidak sabar-sabar mahukan cucu dari anak lelaki mereka. Bukannya mereka tidak punya cucu. Sudah 4 orang cucu memeriahkan rumah mereka setiap kali anak-anak gadis mereka datang melawat.
"Dad... please stop this will you," tutur Ghazi serius. Agak muak sebenarnya disogok dengan gambar-gambar yang langsung tidak menarik perhatiannya. Namun terpaksa jugak dibelek demi memuaskan hati seorang ayah.
"Pick one and I will stop," balas Dato' Ariffin dengan nada diktator seorang ayah. Nasi lemak di pinggan sudah tinggal separuh. Ini sahaja caranya mahu melihat Ghazi berkahwin. Jika dia tidak campur tangan sampai menutup mata pun belum tentu Ghazi akan membawa pulang isteri.
"Ghaz tak mungkin pilih dari gambar-gambar ni." Sekilas pun dia tidak pandang pada gambar di meja. Dihirup teh yang masih berkepul-kepul asap panas perlahan-lahan. Banyak kerja yang telah direncanakan di kepala dari memikirkan tentang pemilik gambar-gambar itu. Semak!
"Kalau tak nak pilih dari gambar tu... bawak balik bakal isteri Ghaz. Kenalkan dengan daddy."
"Macam mana kalau daddy tak suka?" tebaknya. Padahal dia langsung tidak punya calon. Dato' Ariffin semakin mendesak sejak setahun lalu. Sebelum ini sekadar selingan. Sekarang sekali gambar diberikan untuk dipilihnya.
Alasan yang diberikan kerana usianya sudah masuk ke angka 30 tahun ini. Bukanlah tua sangat bagi lelaki sepertinya. Malah semakin berusia semakin ramai gadis yang menggedik di hadapannya. Tidak pernah putus dengan lirikan dan godaan manja seorang gadis.
Sayangnya, dia yang tidak berminat. Sejak mengambil tempat sebagai peneraju Diamond Group, masanya lebih tertumpu pada kerja. Tiada gadis yang mampu menarik minatnya. Belum lagi. Dinanti juga jika ada yang mampu.
"Tak mungkin daddy tak suka. You're my son. Daddy kenal anak daddy. Tak mudah untuk perempuan tundukkan anak daddy. She must be someone special," ucap Dato' Ariffin bangga. Matanya melirik pada Datin Jumin. Isteri yang dipilihnya sendiri. Dia tidak pernah salah memilih. Hingga ke hari ini wajah sang isteri masih cantik untuk dipandang. Masih menyejukkan jiwanya.
"Kalau daddy kenal anak daddy... kenapa perlu gambar ni semua?" soal Ghazi sinis.
"Nak cepatkan pencarian, Ghaz. Kalau tak nanti Ghaz masih relaks aje," sampuk Datin Jumin yang lebih suka mendengar. Faham sangat niat suaminya.
"Ghaz takkan pilih dari gambar, mommy. Kalau Ghaz perlu kahwin... Ghaz akan pilih sendiri. And She must be someone special," tegas Ghazi bingkas bangun mengambil beg bimbitnya. Gambar-gambar di meja juga diambil. Biar tidak memilih. Dia tetap akan melihat demi memuaskan hati Dato' Ariffin. Isteri? Siapakah yang mampu menjadi surinya? Dia ingin benar melihat siapakah gadis yang berani bergandingan dengannya.
YOU ARE READING
BATRISYIA
RomanceBatrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar. "I want you... and I will keep hunting you. Again... and again." "You dah gila!" "I mungkin gilakan...