Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 20 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
"KAU nak adik kau sembelih aku ke?" soal Hijam kurang senang. Mahu tidak kalau ke kelab malam mereka melangkah. Sejak mengahwini adik Ghazi dia sudah tidak menjejakkan kaki ke kelab-kelab malam untuk hiburan. Masanya lebih banyak di rumah bersama Aisyah Hilda dan anak-anak.Sesekali jika mahu melepak bersama Ghazi pun hanya di kafe ataupun di rumah mentua. Mana dia berani. Isterinya cukup garang. Kalau sudah adik kepada Ghazi. Tak banyak pun, sikit sudah pasti terkena tempiasnya. Dia mungkin kenal rapat dengan Ghazi. Tapi jangan pernah cari masalah dengan lelaki itu. Mahu biru wajahnya nanti.
"Dia takkan berani selagi aku tak benarkan," ucap Ghazi bersahaja. Adik-adiknya cukup hormat padanya.
"Dia mungkin tak sembelih aku. Tapi nanti dia panjangkan tempoh berpantang dia macam mana? Seksa, bro," keluh Hijam resah. Aisyah masih di dalam pantang. Lagi seminggu cukuplah tempoh dan dia tidak perlu berpuasa lagi.
"Takut sangat kau dengan adik aku," sinis bicara Ghazi. Dia menuju ke tempat yang sama tika melayan klien tempoh hari. Dilabuhkan punggung lalu bersandar selesa memerhatikan gelagat-gelagat manusia yang ligat mengikut rentak muzik rancak.
"Bukan takut. Tapi sayang," jujur luahan Hijam. Isterinya mungkin garang. Tapi bila berdua manjanya buat hati tenang. Sejuk jiwa seorang suami.
Hijam turut melabuhkan punggung berhadapan sahabatnya. Dipandang sekilas Ghazi yang meliarkan pandangan bagai mencari seseorang. Dahinya berkerut. Tertanya-tanya juga kenapa memilih kelab malam untuk melepak. Seingatnya sudah jarang sahabatnya itu mahu menjengah ke sini. Kalau ada pun hanya untuk menemani klien sahaja. Pelik. Memang dia yang mengajak untuk keluar tapi kenapa perlu ke sini?
Terletus keluhan kasar dari bibirnya. Ada bau kecewa di situ. Matanya tidak dapat menangkap apa yang mahu ditemui. Tiada kelibat tubuh berpakaian seksi yang kelihatan. Tiada juga mata biru yang bersinar galak membalas renungannya.
"Kau cari siapa sebenarnya?" soal Hijam ingin tahu.
"Nobody," bidas Ghazi acuh tak acuh. Apa yang dicari sebenarnya? Untuk apa kakinya melangkah ke sini? Dia mahu ketawa besar. Tidak pernah-pernah dia begini. Sejak bila dia sanggup mengejar gadis begini? Terasa bodoh dengan tindakan sendiri. Mencari sedangkan si gadis tidak nampak bayang.
Dia tidak pernah mengejar mana-mana gadis. Terlalu banyak pilihan di depan mata. Untuk apa dikejar lagi. Pilih sahaja yang mana mungkin sesuai digunakan ketika itu. Dan kini hanya kerana sepasang mata biru yang mengasyikkan, kakinya ringan melangkah ke kelab yang sama mengharap dapat merenung ke dalam mata itu lagi. Merungkai misteri yang menyelubungi si gadis.
'What the hell! Apa yang tak kena dengan aku?' Tersugil senyum yang cukup sinis di bibir. Dia mungkin sudah terkena panahan si mata biru. Mungkinkah mata biru itu menundukkannya? Dia juga ingin tahu. Sayang, si mata biru tidak memunculkan diri.
YOU ARE READING
BATRISYIA
RomanceBatrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar. "I want you... and I will keep hunting you. Again... and again." "You dah gila!" "I mungkin gilakan...