#11

5K 155 0
                                    

Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 30 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
"Will you dance with me."
Garau suara itu membuatnya laju berpaling. Bersinar garang mata birunya memandang lelaki yang sedari tadi mengganggu fikirannya.

"You!"

"Yes, it's me," balas Ghazi bersahaja. Tubuhnya hanya seinci dari tubuh berbalut dress biru itu. Cukup rapat. Haruman tubuh si gadis menusuk menggetarkan naluri lelaki.

"Apa you buat kat sini?!" soal Batrisyia dengan nada ditahan-tahan. Marahnya disimpan rapi. Tidak mahu menjadi perhatian ramai. Terasa benar-benar terganggu dengan kehadiran lelaki itu. Stalker!

"I told you... I will find you," bisik Ghazi rapat di telinga Batrisyia. Dia tertawa sinis bila Batrisyia pantas berpaling ke arah lain. Wajah itu merah menahan marah.

"Tolong pergi dari sini," dengus Batrisyia bengang. Apa perlunya dikejar hingga ke sini? Macam mana pula begitu senang mencarinya?

"Brilliant blue. So beautiful," ucapnya mendatar. Direnung ke dalam mata biru yang bersinar marah. Indah. Mampu melemaskan mana-mana lelaki yang melihat. Dia juga mungkin tewas.

"Kenapa you perlu sembunyikan sesuatu yang indah?" Tangannya ringan sahaja mau menyentuh wajah bersih itu. Ditahan diri tidak mahu Batrisyia melarikan diri.

"Siapa you dengan I? I tak kenal you. You tak kenal I. Dan I tak perlu terangkan apa-apa pada you." Batrisyia naik bengang. Kali kedua lelaki itu menyoal yang sama.

"Then... tell me about you. I want to know you." Selamba sahaja permintaan itu keluar dari bibir Ghazi. Bagaikan tiada apa yang pelik.

"You dah gila ke? I tak nak kenal you. Dan you tak perlu tahu pasal I. Tolong jangan datang dekat dengan I lagi," tingkah Batrisyia bingkas bangun tidak betah lagi terpaksa berhadapan dengan lelaki yang tajam merenungnya. Menanti matanya tunduk akur pada mata hitam itu. Dia tak mungkin kalah.

"Sorry, darling. You are my target now," ucap Ghazi selamba menarik tangan mulus itu lalu tubuh mereka dirapatkan. Hampir bersatu. Tersugil senyum sinis melihat wajah terkejut Batrisyia. Mata biru itu silau penuh amarah. Cantik. Dia sanggup tenggelam di lautan biru itu andai si gadis rela menerima.

"You!" Batrisyia cuba merentap tangannya. Cengkaman itu semakin kuat. Dadanya berombak kecil menahan gelodak amarah. Mahu menjerit pasti menimbulkan kekecohan. Mahu menampar kedua-dua tangannya di dalam cengkaman. Dia merengus geram. Tidak faham kenapa lelaki itu begini melayannya. Tercarik egonya diperlakukan begitu.

Ghazi menahan tawa melihat gadis yang cuba membendung marah. Di kelab malam begini, apa yang dilakukannya halal bagi mereka. Tiada gadis yang baik-baik akan menjejakkan kaki ke kelab malam. Hanya gadis liar dan terlalu mengikut cara barat. Gadis yang sudah lama membuang rasa malu yang menebal di dalam diri. Tertanya-tanya mana mungkin gadis seseksi Batrisyia suci dari noda. Lalu apa perlu dia menjaga adab. Untuk apa Batrisyia berlagak suci?

"Lepaskan I." Suaranya menderam geram.

"I akan lepaskan you. Just remember... I will find you again. I will, darling," ucapnya penuh janji. Cengkamannya dilepaskan. Dan arnab yang tersepit dibiarkan melarikan diri. Dia ibarat serigala yang memburu arnab. Arnab puas melarikan diri sedangkan Batrisyia menghidupkan kembali naluri buayanya. Batrisyia bakal diburunya. Untuk apa? Terpulang pada hasil buruannya nanti.

BATRISYIAWhere stories live. Discover now