Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 30 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
"HAI, Trisy," sapa Hijam agak terkejut dengan kedatangan Batrisyia secara tiba-tiba. Selalunya pasti ada dikhabarkan terlebih dahulu. Takkanlah ada masalah lagi?"Relaks, Hijam. I datang bukan sebab kerja," tutur Batrisyia serius melihat riak kurang senang di wajah Hijam. Dia duduk sebaik dijemput. Wajahnya dikeraskan. Tiada senyuman untuk lelaki itu.
"Kalau bukan kerja apa yang buat you datang sini?" soal Hijam rasa panas punggung. Macam dapat membaca apa yang bakal dimuntahkan bibir dicalit gincu merah jambu itu. Cantik.
"Ghazi."Hijam rasa mahu tepuk dahi. Dia dah agak ini akan berlaku. Tapi kenapa perlu datang bersemuka dengannya? Kenapa Ghazi punya masalah dia pula yang terpaksa menelan? Aduhai.
"Kenapa dengan Ghaz?"
"You kawan baik dia, kan? Adik ipar, kan?" soal Batrisyia sinis sekadar mahu memastikan lagi kenyataan itu. Bukan dia tidak tahu. Hijam sendiri yang beritahu suatu ketika dulu.
"So?"
"I rasa you tahu apa dia buat kat I?" duga Batrisyia dengan nada agak keras.
Berkerut dahi Hijam. Apa sahaja yang dibuat Ghazi pada gadis di hadapannya ini. Takkanlah sudah diangkut ke bilik tidur pula? Dia betul-betul akan hilang klien besar. Berbakul sumpah seranah buat seorang sahabat. Bengang.
"Dia..."
"Tolong nasihatkan dia. Jangan ganggu I lagi. I tak nak tengok dia muncul depan I lagi!"
"Dia dah buat apa kat you?" soal Hijam ingin tahu. Dia tahu Ghazi memburu Batrisyia tetapi dia langsung tidak tahu apa yang dilakukan Ghazi pada si gadis yang dikejarnya.
Pelik sebenarnya. Ghazi tidak pernah mengejar gadis. Gelaran buayanya hanya kerana Ghazi melayan ramai perempuan kemudian dicampak bagai sampah tidak berguna. Ghazi tidak perlu mengejar. Terlalu banyak pilihan di depan mata yang datang dengan rela.
"Sahabat you tu dah ganggu privacy hidup I. I can sue him for that. I can do more than that. Keluarga you takkan suka kalau nama diorang busuk sebab dia. I tak nak kecoh-kecoh. I cuma nak dia berhenti ganggu I. Kalau dia masih terus kacau I... I takkan teragak-agak saman keluarga mentua you dan Diamond Group. And you... akan hilang klien you!"
Dia tahu berapa besar keuntungan yang dibawa kepada Diamond Wood. Disebabkan itu mampu mengugut. Dia juga tidak mahu membatalkan kerjasama di antara mereka. Sudah bertahun-tahun kerjasama mereka terjalin. Untuk mencari kilang lain pula satu perkara yang menyusahkan dan merugikan. Lebih senang mengekalkan apa yang ada.
"I faham. I will advise him to stop. Tapi pilihan bukan kat tangan I. Ghaz bukan lelaki yang mudah mengalah. Selagi dia tak dapat apa yang dia mahu... dia takkan berhenti mengejar. I kenal sangat dia."
Cukup kenal. Sebab itu kepalanya mula ligat mahu mencari klien baru. Dia tahu dia bakal kehilangan Batrisyia. Soal saman pula pandai-pandailah Ghazi uruskan nanti. Tiada apa yang dapat menggentarkan lelaki itu. Dia cakap pun tiada guna. Bazir air liur sahaja.
"I'm not playing games here. Kalau dia masih nak ganggu hidup I... I will sue him for harrassment. Mungkin perkara kecil bagi keluarga you, kan? Tidak pada I!"
Terkebil-kebil Hijam mendengar tohmahan itu. 'Argh, damn it Ghaz. Apa kau dah buat ni? Ramai lagi perempuan lain. Yang kau nak kacau si Ice Queen ni buat apa?!'
Dia mengeluh berat. Gangguan seksual bukan tuduhan yang kecil. Mahu buruk nama keluarga kalau Batrisyia benar-benar mengotakan apa yang diucapkan. Serabut kepala tiba-tiba. Ghazi punya angkara.
"I will do what I can. I minta maaf bagi pihak Ghaz. Sometimes he can be ruthless. But he's a good guy."
"Good guy, huh? No wonder," sinis bicara Batrisyia.
"I'm sorry." Hanya itu yang mampu diucapkan sebelum gadis itu melenggang pergi. Ghazi perlu ditegur. Buatnya Batrisyia betul sama mereka apa mahu dijawab nanti?
YOU ARE READING
BATRISYIA
RomanceBatrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar. "I want you... and I will keep hunting you. Again... and again." "You dah gila!" "I mungkin gilakan...