#13

5.4K 164 0
                                    

BIBIR mulus yang memberi arahan tegas itu direnung sekilas sebelum pandangannya naik ke hidung mancung terus ke alis yang lentik dan seterusnya mata hitam yang menutup kecantikan asli. Ada rasa marah yang mengusik setiap kali melihat kepalsuan itu. Kepalsuan itu menjadi tanda tanya besar yang belum ada jawapannya. Dan dia lelaki yang akan mendapatkan segala jawapan yang dimahukan.

Tubuhnya selesa bersandar di dinding menjadi pemerhati senyap. Menanti hingga saat yang sesuai untuk mengejar buruannya. Ingin melihat riak wajah itu berubah sebaik melihatnya. Sayangnya malam ini reaksi yang diterima pastinya tidak sama. Kerana lens hitam itu menutup pintu masuk ke jiwa si gadis.

Batrisyia terus leka dengan kerjanya. Walaupun malam minggu, sesekali jika ada kerja yang memerlukannya dia pasti akan turun. Biasanya dia akan turun untuk melihat sample rumah pertama. Dia akan memastikan setiap pemasangan mengikut plan awal. Jika rumah pertama memuaskan hati baru dia akan menarik nafas lega. Dia tidak kisah turun bersama pekerja kerana minatnya pada kerja cukup mendalam. Konsep yang diketengahkannya sentiasa berbeza. Disebabkan itu khidmatnya sentiasa dicari.

"Kenapa?" soal Batrisyia pelik bila salah seorang pekerjanya menunjukkan pada sesusuk tubuh yang kini berdiri di pintu masuk. Tidak lagi berselindung. Kerana terlalu asyik dengan kerja tidak sedar dirinya menjadi mangsa renungan. Senyum yang terpalit di bibir tetamu tidak diundang itu terasa mahu sahaja dikoyakkan. Sinis yang menyakitkan.

"Teruskan sampai part ni. Esok I datang kita teruskan lagi." Dia menanda plan untuk pekerjanya.
Dicapai tas tangan yang terletak elok di kerusi lantas dia menuju ke arah tetamu tidak diundang itu. Tidak perlu dia mencipta drama di hadapan pekerja-pekerjanya. Mana mahu diletak muka nanti. Wajah dipasakkan dengan riak bersahaja. Mata hitamnya menipu hati yang bergelodak.

Sangkanya dua hari tanpa gangguan kata-kata lelaki itu sekadar mainan. Lelaki itu takkan muncul lagi. Dia mengukir senyuman paling manis buat lelaki yang sedang menanti.

Kalau Ghazi mahu bermain dengan hidupnya, Ghazi perlu mengikut rentaknya. Dia tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki menentukan rentak hidupnya. Apatah lagi lelaki asing ini.

"Faking a smile, darling?"
Berdesing telinganya dengan sindiran itu. Senyumannya mati. Wajahnya berubah serius. Tiada guna cuba berpura-pura di hadapan Ghazi.

"I'm impress. Malam pun you masih kerja."

"I tak ada banyak masa macam you. Masih sempat stalk orang walaupun you big boss syarikat." Batrisyia terus melangkah mahu mereka jauh dari pekerja-pekerjanya. Tidak mahu sesiapa terdengar perbualan mereka. Ghazi menyaingi langkahnya dengan mudah.

Ghazi ketawa besar. Tidak sinis seperti selalu. Sindiran itu tidak berbekas pun buatnya. Malah dia lebih suka bibir itu memuntahkan apa yang terbuku di hati dari memasakkan senyuman yang ternyata palsu. Dia mahu kenal gadis itu. Mahu merungkai misteri yang menyelubungi Batrisyia.

"Stalking you... is part of my obligation."

"Obligation, huh?" Dia mahu gelak besar mendengar alasan itu. Mahu menjerit pun ada. Mengejarnya suatu kewajipan? Dah gila agaknya. Kasihan Dato' Ariffin punya anak yang mental. Dia kenal Dato' Ariffin. Pernah bertegur sapa. Seorang yang peramah. Macam mana boleh punya anak yang begitu angkuh. Langsung tidak peduli perasaan orang lain.

"Kasihan daddy you."

"For what?"

"Peneraju Diamond Group lebih suka habiskan masa dengan perempuan daripada sibuk di pejabat," sindir Batrisyia.

"Dia lagi suka I habiskan masa dengan you," balas Ghazi bersahaja.

"I betul-betul tak faham." Batrisyia menahan marah. Sindirannya bagai tidak berbekas buat lelaki itu. Mereka sudah sampai di kereta.

"Dia nak I kahwin."

"Apa kaitan dengan I?" soal Batrisyia semakin bengang. Kahwin? Tidak mungkinlah Ghazi mengejarnya untuk menjadi isteri? Dah gila ke apa? Mereka tidak kenal hati budi. Dia tak mungkin berkahwin. Tidak pernah muncul perkataan itu di dalam hidupnya.

"You..."

"What?!" soal Batrisyia resah dengan ayat tergantung dan renungan tajam yang tunak ke dalam mata hitamnya bagai cuba tembus ke jiwa.

Dielus pipi bersih si gadis. Tangan yang cuba menepis ditangkapnya mudah. Mereka sudah berada di parkir kereta. Tiada kelibat manusia di situ. Hanya malam yang kelam meneman keheningan suasana.

"How dare you!" Tangan kanan yang masih bebas diangkat tinggi mahu melempang lelaki yang begitu berani menyentuhnya. Sayang kini di dalam cengkaman juga. Dia tiada daya untuk melawan. Mahu menjerit? Bukan tindakan yang bijak.

"Tangan secantik ni... tak sesuai digunakan untuk kekerasan, sayang. Jaga-jaga tangan tu. Takut tangan you yang injured nanti." Kedua-dua tangan di dalam cengkaman dibawa ke bibir.

"You!"

Ghazi gelak besar melihat wajah merah padam marah padanya. Sekurang-kurangnya itu reaksi yang jujur. Dia mahu melihat kejujuran Batrisyia. Bukan kepalsuan. Dilepaskan kedua-dua tangan Batrisyia.

"I want you... and I will keep hunting you. Again... and again."

"You dah gila!"

"I mungkin gilakan you. Jaga-jaga. I mungkin buat you jatuh cinta," tutur Ghazi selamba sebelum melangkah pergi. Jika dia terus di situ takut-takut dia tidak akan melepaskan gadis itu. Gadis yang mengusik naluri buayanya. Tidak mengapa. Dia punya masa untuk mencari si gadis lagi. Lagi pula dia masih belum puas memburu.
Batrisyia bukan sembarangan gadis untuk diperlakukan seperti gadis-gadis yang pernah hadir di dalam hidupnya. Batrisyia gadis yang berbeza. Ada sesuatu yang menariknya dekat. Mungkin kerana sepasang mata biru yang mengasyikkan. Sayang malam ini keindahan itu disembunyikan.

BATRISYIAWhere stories live. Discover now