#16

5.4K 175 4
                                    

Untuk pembaca Batrisyia, Muna sekarang tengah open order untuk yang nak dapatkan versi cetak. Preoder till 30 September 2019 sahaja.
Please wasap 0175003365 untuk submit order ye.🌹🌹🌹
.
DIA melangkah bersahaja tidak mengendahkan mata-mata yang yang bersinar galak memandang susuk tubuhnya. Reaksi biasa yang diterima daripada gadis-gadis bila mata mereka jatuh padanya. Sekali jatuh bagai tidak mahu lepas. Senyum sinis di bibir terukir.

Mudah untuknya naik ke syarikat Batrisyia memandangkan dia merupakan peneraju Diamond Group. Syarikat Batrisyia bekerjasama dengan Diamond Wood. Dengar sahaja nama syarikatnya dia tentu dijemput masuk. Tiada halangan.

Status sahaja sudah cukup memberinya laluan ke mana sahaja. Tidak mustahil ke hati Batrisyia juga.
Ya, sekeping hati dibalut kepingan ais itu ingin disentuhnya. Dia mahu menilik hati itu. Hati yang menyimpan segala rahsia. Dia ingin menawan hati itu. Ingin dirungkai rahsia persembunyian Batrisyia. Gadis yang terlalu banyak rahsia.

Selalunya si gadis menutup cela dengan kepalsuan. Batrisyia berbeza padanya. Memalsukan keindahan yang tidak sepatutnya disembunyikan. Aneh. Ingin ditatap sepasang mata biru itu sekali lagi. Dia tahu itu tidak mungkin terjadi sekejap lagi.

"Wow, soooo rare!" Bulat mata Mary setiausaha kepada Batrisyia melihat lelaki spesies rare di hadapannya. Laju dia bangun mendekatkan diri. Tanpa segan silu dia menghulurkan tangan teruja mahu berjabat tangan dengan lelaki tinggi lampai di hadapannya.

"Nak jumpa siapa? I Mary," tutur Mary dengan suara lunak garau serta bibir terjuih-juih menggoda lagaknya. Jemarinya begitu lentik menanti lelaki itu menyambutnya.

"Your boss. Tell her... Ghazi Zayan wants her."

"O.M.G. Soooo daring tau," terlopong mulut Mary lelaki lembut yang belum bertukar jantina itu dengan mata bersinar penuh konspirasi. Teruja dengan kehadiran lelaki yang nyata mahu memburu majikannya yang tidak pernah melayan lelaki itu.

"Melepas I. Baru nak goda tau. You tunggu kejap. I tell my boss. Harap-harap... she wants you too."

Melenggang kangkung Mary menuju ke bilik bos yang agak tersorok ke dalam. Walaupun dia setiausaha Batrisyia, tempatnya bukanlah bersebelahan bosnya. Majikannya jenis sukakan privasi. Tidak mahu diganggu. Kurang bercakap. Hanya senyuman manis di bibir. Tapi jangan ingat tidak garang. Sekali mengaum semua terdiam.

"Hai, bos," tutur Mary sebaik Batrisyia menyuruhnya masuk setelah beberapa kali dia mengetuk pintu. "Bergayut di telefon rupanya. Patutlah I panggil tak dengar. Banyak kali tau, bos."

"Ada apa?" Dia pandang tepat wajah Mary yang nampak miang. Siapa pula yang menaikkan miang si Mary?

"Bos... ada orang nak jumpa you. Spesies rare tau. Meleleh air liur I tengok. Body macam Chris Evan. Berketul-ketul you. Pakai kemeja lagi nampak seksi. Kalau bukak baju I tak tau nak cakap apa. I terus lompat aje, bos. Terkam sama dia," ulas Mary panjang lebar dengan bibir terjuih-juih teruja. Macam mahu meleleh benar air liur tu.

Batrisyia tersenyum manis. Senyuman yang selalu dipakukan di bibir. Tidak tahu mahu ketawa atau mahu marah. Setiausahanya gersang betul. Pantang nampak lelaki bukan main teruja. Penerangan yang tak ingin didengar pun terpaksa ditadah juga telinga.

Mary memang miang-miang keladi. Jenis keliru jantina sendiri. Tetapi dia senang bekerja dengan Mary. Cekap. Mulut memang banyak celoteh. Kerja tip top. Itu yang buat dia senang membiarkan Mary di sisinya. Lagi pula bibir Mary sahaja begitu. Hati baik.

"Siapa Chris Evans tu?" soal Batrisyia kurang berminat. Siapa pula lelaki yang tidak diundang? Ghazi? Nama itu terus menjengah.

"Siapa nama laki tu?" soal Batrisyia serius. Hilang sudah senyuman di bibir.

"Ghazi Zayan. He said... he wants you. I panggil dia masuk tau, bos." Mary terus melenggang keluar mahu menjemput tetamu. Tidak menanti pun jawapan bosnya.

Batrisyia menggigit bibir bengang. "Good guy, huh?" Lagi disuruh jauh lagi laju lelaki itu datang mendekat. Siap berani datang ke pejabat pula tu. Hari ni pejabat. Esok lusa kat mana pula dia tiba-tiba muncul? Batrisyia gelisah sendiri.

"Hello, darling. Miss me already?" soal Ghazi sebaik melangkah masuk ke bilik pejabat Batrisyia. Dia tidak terus duduk sebaliknya berjalan penuh bersahaja memerhatikan setiap dekorasi yang menghias bilik Batrisyia. Lagak seorang pengawas. Mencari kesalahan yang mungkin ditemui.

Interior designer yang hebat punya bilik yang begitu suram. Dekorasi yang cantik. Sayang, warna yang digunakan menenggelamkan kecantikan itu. Refleksi penghuninya. Batrisyia yang cantik. Bersinar galak sepasang mata biru. Ditenggelamkan pula dengan contact lens hitam yang membekukan segalanya. Menjadikan gadis yang sepatutnya ceria hilang cahaya.

Batrisyia diam sahaja meerhati gelagat lelaki yang begitu selesa menceroboh pejabatnya. Hidupnya. Hatinya semakin panas melihat lagak lelaki yang bagaikan menganalisis segalanya. Bagai mencari apa yang mahu ditutupnya.

"Beautiful. But it's so dark. So like you. Hiding."

Hatinya bergelodak mendengar komen itu. Tidak suka akan komen yang ternyata terkena batang hidungnya. Tidak suka bila lelaki itu bagaikan dapat membaca dirinya. Malah cuba merungkai segalanya.

"Apa you buat kat sini? I told Hijam..."

"Baguslah you mengadu," potong Ghazi sinis. "Tapi lagi bagus kalau you mengadu dekat I. I sudi mendengar, sayang."

Berdesing pula telinganya dipanggil dengan panggilan mesra begitu. Begitu mudah lelaki itu menggunakan panggilan itu. Tangannya tanpa sedar terkepal sendiri. Rasa mahu ditumbuk lelaki yang merenungnya tajam tika ini. Bersandar selesa di hadapannya.

"Kalau you tahu apa yang I cakap dengan Hijam... kenapa you ada kat sini lagi?" soal Batrisyia mengawal nada amarahnya. Tidak mahu sampai terdengar oleh staf-staf di luar.

"Oh, pasal sexual harrassment tu ke? You want to sue me? Why don't you try?"

"You..."

"Apa yang I dah buat dekat you?" soal Ghazi bersahaja. Mata tajam ibarat helang memerhati sesusuk tubuh yang dibalut dress ungu ketat. Terdedah di bahagian lengan.
Dia bingkas bangun. Hanya dengan tiga langkah dia sudah berdiri di hadapan Batrisyia. Tidak sempat gadis itu mengelak. Jemari itu disentuh.

"Apa I dah buat, sayang? Sentuh you? Macam ni ke?" Jemarinya dileretkan dari jemari runcing Batrisyia naik ke lengan yang terdedah. Tangan yang cuba menepis ditangkapnya. Gangguan seksual? Sekadar menyentuh jemari runcing itu? Dia boleh melakukan lebih daripada itu jika Batrisyia inginkan gangguan seksual sebenar.

"Sue me if you can. Fight me if you want... tapi jangan ingat you akan terlepas daripada I. Bila I mahukan you... I takkan pernah melepaskan. Sampai I dapat apa yang I mahu... I will keep hunting you."

"How dare you!" Marahnya bukan main-main lagi. Ghazi benar-benar melampau. Dia bukan perempuan murah untuk diperlakukan begitu.

"Remember this, Batrisyia. I want you. And I will melt your heart. That's my promise." Dia melepaskan tangan Batrisyia. Berjalan menuju ke pintu.

"I bukan perempuan murahan untuk you layan macam ni!" tinggi suara Batrisyia. Benar-benar marah. Marah kerana lelaki itu begitu mudah memonopolinya. Marah kerana dia tidak berdaya melawan tenaga lelaki itu. Sungguh dia marah.

"I tahu. You terlalu mahal hinggakan I terpaksa datang pada you. Too precious. Too lovely. I will find you again. You boleh call lawyer you kalau you nak. I takkan halang. Satu aje pesan I. You takkan menang, Batrisyia. And you already know that," balas Ghazi terus melangkah keluar. Pemburuannya belum berakhir hingga hati itu menjadi miliknya.

BATRISYIAWhere stories live. Discover now