BAMMM!!! Fail tebal di atas meja dihempas kuat melepaskan marah yang berbuku. Marah pada lelaki yang datang tidak diundang. Pulang tanpa dihalau. Datang dan pergi sesuka hati. Tidak peduli sarang mana yang dijolok. Langsung tidak takut disengat sang ratu.
Lengannya masih terasa berbekas dengan sentuhan jemari kasar itu. Ada getaran di situ. Dia mengepal jemari menahan gelodak di hati. Rasa mahu ditumbuk wajah yang selalu sinis memandangnya. Bagaikan tahu segalanya.
Berani benar lelaki itu menyentuhnya tanpa silu. Biliknya dilengkapi dengan kamera CCTV. Mudah sahaja jika dia mahu melaksanakan ugutannya. Dia sudah memberi amaran. Jika dia menfailkan saman pada lelaki itu pasti kemenangan miliknya. Jangan salahkannya bertindak begitu.
Ghazi terlalu angkuh dan ego. Memburunya yang tidak sudi. Selagi dia tidak menyerah selagi itu Ghazi terus mengejar. Jika dibiarkan makin menjadi-jadi. Dia tidak rela terus menjadi buruan lelaki itu. Dia tidak mahu hidupnya diganggu sesiapa.
Dia selesa dengan hidupnya kini. Tidak perlu sesiapa hadir menempel mengganggu. Lagi-lagi lelaki yang bagaikan cuba menyingkap kisah hidupnya.
Butang interkom ditekan. Suara Mary kedengaran menyapa. "Call Firdaus for me," arahnya tegas. Firdaus peguam syarikatnya. Segala urusan perundangan syarikat diselesaikan Firdaus. Untuk masalah kali ini juga sama.
"Kenapa bos?" soal Maru cuba mengorek punca.
"Cakap aje I nak jumpa dia. Urgent!" Hilang terus suara Mary bila dia tegas begitu.
Dia tersenyum puas. Jangan ingat begitu mudah memperkotak-katikkan hidupnya. Amarannya bukan mainan. Jika Ghazi mahu terus mengganggu dia akan menggunakan apa sahaja cara untung menghalang. Jangan ingat dia lemah untuk melawan.
YOU ARE READING
BATRISYIA
RomanceBatrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar. "I want you... and I will keep hunting you. Again... and again." "You dah gila!" "I mungkin gilakan...