Masa

197 18 21
                                    

Andainya
Masa yang lalu dapat diulang
Ingin ku kembalikan
yang telah hilang
Agar yang manis tiada kan tawar
Agar yang indah tiada kan pudar.

Andainya
Masa yang lalu dapat disimpan
Mahu ku simpan senyuman itu
Agar dapat ku lihat selalu
Tanpa mengira waktu.

Andainya
Masa lalu boleh dirakam
Aku mahu rakamkan kata manis itu
Aku mahu mendengarnya selalu
Saat ku digayut rasa rindu.

Andainya...
Ah! Hanya seandainya..
Hakikatnya aku telah ditinggalkan
Kini hanya bertemankan kenangan
Yang mungkin memudar
Terhakis seiring masa berjalan.

Puisi KuWhere stories live. Discover now