Lidah

29 1 0
                                    

Jangan lafazkan ucapan
Tanpa fikirkan apa akibatnya
Kerana lidah lebih tajam
Dari mata pedang.
Tajam pedang, menghiris isi
Kadang bisa pulih sendiri
Tajam lidah, menghiris hati
Bisa pedihnya, membawa ke mati.

Sebaris kata yang terluah
Seribu rasa terbenam didalam
Adakalanya tidak terkuak riak
Suka, tak suka, tak dapat ditebak.
Entah kata bersalut madu
Atau tak sengaja, sepahit hempedu.

Sayangi lidahmu, jaga lisanmu
Tutur yang baik lagikan diumpat
Apatah lagi bahasa yang kesat.
Menegur biar berhikmah
Amarah biar berhemah.






ReD_aWan🍓
Rabu,15/01/2020
17:51pm

Puisi KuWhere stories live. Discover now