Chenta

41 2 0
                                    

Chenta
Aku suka mengejanya begitu
Tampak indah dan manis
Ya.. chenta memang indah
Memang manis...
Sehingga ramai yang larut
Dan hanyut
Dalam arusnya yang bergula.
Tanpa menyedari kemanisan itu
Bahaya...
Keindahannya, sementara.

Chenta
Memujuk jiwa kesepian
Agar berasa berteman.
Memujuk jiwa kekosongan
Agar berasa tenteram.
Itupun andai chenta itu...
Imanmu yang memegang talinya.

Chenta
Kadang... Membodohkan aqli
Kadang... Membutakan hati
Kadang... Mata yang terang pun
Salah memandang
Kaca menyilau disangka terang
Rupanya hanya menumpang
Cahaya biasan.

Chenta
Ada orang berkata chenta
Kerana harta
Ada orang berkata chenta
Kerana nama
Ada orang berkata chenta
Kerana berdusta
Ada orang berkata chenta
Kerana terpaksa

Lalu...
Engkau menyinta kerana apa?



ReD_aWan
21:13pm/Khamis 20.03.2019

Puisi KuWhere stories live. Discover now