Hebat

18 1 0
                                    

Tapak - tapak yang tertinggal
Setiap kali langkahmu makin kedepan
Adalah bukti keampuhanmu
Ampuhnya dirimu berdepan ujian
Ampuhnya jiwamu meredah halangan
Ampuhnya imanmu menahan godaan.

Tolehlah kebelakang, sesekali
Lihatlah apa yang kau tinggalkan
Lihatlah apa yang kau korbankan
Sewaktu kau mahu mara
Menggapai impian dan cita
Itu akan jadi pembakar semangat
Akan juga jadi kenangan tersemat
Bukti kau juga manusia hebat.

Percayalah pada diri
Kau mungkin tiada harta meruah
Boleh jadi tidak hidup mewah
Duit pun sekadar cukup tidak melimpah
Tapi selagi kau berusaha
Sebaik dan sehalal cara
Kau adalah manusia hebat
Berjaya
Dan berjasa.

Yakini aturanNYA
Yakini janjiNYA disetiap usaha
Dan disetiap usaha
Sertakanlah dengan doa
Dan disetiap doa
Tawakallah kepadaNYA.


#pesanpadadiri

ReD_aWan🍓
13/11/2019
Rabu, 22:57pm

Puisi KuWhere stories live. Discover now