Medsos

39 3 2
                                    

Media sosial...
Tempat bertukar cerita
Bertanya khabar, bertukar berita
Tempat mengadu sakit pening
Tempat mengadu susah dan lelah
Tempat mengadu hati lara
Tempat mengadu domba
Tempat menjaja rupa dan gaya
Tempat menayang harta benda
Tempat menayang bahagia
Tempat menunjuk kaya
Tempat berjual beli, berniaga
Tempat berkongsi ilmu dan fakta
Tempat tersemai segala rasa...
Sayang, rindu, benci, meluat pun ada!

Muatnaik cerita didada mukabuku
Konon kerap diganggu ulat bulu
Konon kerap digoda simiang keladi
Siang malam diulit manis puji dan janji.
Kononnya lagi, dia bukan wanita murah
Dia masih ada maruah
Tapi swafoto, nampak lurah...
Jantan mana tak naik ghairah?

Mahu luaskan pasaran
Terima semua menjadi kawan
Tapi riuh jaja kisah pm tepi menjadi jadi
Katanya tak layan.
Dia lupa pernah muatnaik satu paparan
Petikan pm tepi seekor lalat
Mengundang komen dan ketawa
Diberi kapsyen...
'saja layan sebab tengah tak watpe'
Maknanya dilayanlah juga.

Menjadi diri sendiri
Janji tak kacau orang, tak menyakiti.
Muatnaik apa saja ikut suka
Berkongsi apa saja sesedap rasa
Berswafoto pula sesedap gaya.
Bila ditegur, melenting pula.
Suka hati akulah nak buat apa
Medsos ini, aku yang punya
Sombong benar berbahasa...
Suruh tambah pahala, marah pula.

Begitu antara sedemikian banyak cerita
Diruang maya berbagai rencamnya
Bertimbang sebelum siarkan
Berfikir sebelum melakukan
Berfikir sebelum meluahkan.
Medsos... Penuh dengan persepsi
Mungkin kita tak boleh halang
Apatah lagi menutup cakap orang
Tapi kalau apa yang kau muatnaikkan
Isinya bernas, berguna dan sopan
Lalat - lalat tidak terbang berdekatan.

Cerminkan diri sebelum tuding jari...

ReD_aWan🍓
18 April 2019, Khamis
9:35am

Puisi KuWhere stories live. Discover now